39 || ERDEN'S ✧.*

Start from the beginning
                                    

Berkerut dahi Irene mendengar kata-kata suaminya. Matanya tidak lari dari memandang wajah si suami.

"Hiraukan mulut orang, Carl.. You ada cara you sendiri. Tak perlu dengar mulut orang.." Dia cuba juga tenangkan suaminya walaupun dia sendiri tak tahu apa masalah yang dihadapi oleh Carl.

"Apa yang orang nak, semuanya aku buat. Walaupun hati aku sendiri tak mampu nak terima, aku paksa juga hati aku untuk terima. Apa salah aku sebenarnya? Kenapa orang layan aku macam patung? Orang arah aku macam aku ni patung..." Tertunduk Carl dibuatnya. Semakin dia dewasa, semakin banyak ujian yang perlu dia tempuhi.

"Aku pujuk hati aku sendiri, Irene.. Aku tak nak buat, tapi demi orang yang aku sayang... Aku sanggup.."

Matanya dipejam rapat. Dia tidak mahu menangis. Air matanya sudah banyak mengalir kerana Ayeshah. Dan kini dia tidak mahu menjadi lelaki yang lemah lagi.

"Carl.. Apa yang buat you bahagia, you teruskan.. Jangan ikut apa kata orang.. Orang tak duduk dekat tempat you.. Orang tak rasa apa yang you rasa.. You patut rasa kebahagiaan untuk diri you sendiri.. Berhenti puaskan hati orang.. Focus pada diri you sendiri." Irene melakar senyuman kecil pada bibirnya. Carl terdiam. Perlahan-lahan kepalanya dipusing ke arah Irene.

"Kalau kebahagiaan aku tu boleh buat orang terluka.. Macam mana?"

"Teruskan. I nak tengok you bahagia.. Terluka tu sekejap je.. Nanti Tuhan akan hadirkan pelangi untuk diri dia juga.." Irene mengangkat wajahnya memandang langit gelap. Patutlah Carl gemar melihat langit.. Tenang.

"Carl.. Kalau satu hari nanti you akan kecewa dengan I.. You tinggalkan I tak?" Soalan Irene itu membuatkan Carl memandangnya hairan. Kecewa? Mengapa tentang kecewa yang keluar dari mulut Irene? Mengapa hal ini turut dibangkitkan?

"Kau akan kecewakan aku ke?" Soal Carl kembali. Matanya menikam anak mata Irene.

"I cuma tanya.."

"Kalau benda tu layak untuk buatkan aku tinggalkan kau.. Aku tinggalkan.." Ucap Carl dalam nada serius. Irene sudah terdiam. Dia cuba mengawal riak wajahnya.

"You sayangkan I kan?"

Carl menoleh ke arah Irene. Dia mahu jujur, tapi dia malu. Dia sudah mula menyayangi isterinya. Selama ini, Irene sudah lakukan macam-macam untuk memikat hatinya.

"Kau nak aku jawab apa?" Carl merenung wajah isterinya lama. Tangan isterinya ditarik. Carl beralih sedikit memberi ruang kepada Irene untuk duduk disisinya.

"I nak you jawab yang you sayangkan I.. Boleh?" Ucap Irene bersama matanya merenung anak mata Carl.

"Aku sayangkan kau.."

Terdiam Irene mendengar pengakuan Carl. Perkahwinan mereka baru masuk 2 bulan, dan selama ini.. Bermacam-macam cara dia lakukan untuk memikat hati Carl. Dan akhirnya..

"Bintang dengar apa yang aku cakap.. Dia saksi.."

Mata mereka bertentangan antara satu sama lain. Irene mengunci mulutnya dari bersuara. Dia mahu mendengar pengakuan suaminya.

"Hari ini.. Bersaksikan bulan dan bintang.. Aku, Erden Carl.. Sepenuhnya menyayangi Irene Melissa.."

Senyuman manis terlakar indah di bibir Carl. Buat kali pertamanya, Irene melihat senyuman ikhlas itu. Dia teruja. Dia tidak pernah melihat senyuman itu.

𝐄𝐑𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐁𝐄𝐄 ©Where stories live. Discover now