38 || ERDEN'S ✧.*

Start from the beginning
                                    

"Lama lagi ke? Kesian bubur aku tinggal sorang-sorang dekat sana." Tangan Carl masih lagi menggosok belakang badan Irene.

Irene terus mengangkat wajahnya apabila dia sudah berasa sedikit lega. Mulutnya dibasuh sebelum tangan mencapai tisu.

Carl memapah tubuh isterinya untuk keluar dari bilik air. Katil didekati sebelum dia meletak isterinya perlahan-lahan.

"Kau kenapa sebenarnya ni?"

Irene mengangkat bahunya. "I pun tak tahu. Maybe I ada salah makan kot."

Carl mengeluh. Matanya memandang saja wajah si isteri yang jelas pucat itu. Gelas kaca yang berisi air suam itu diambil sebelum dia menghulur ke arah Irene.

"Minum."

Irene mencapai lalu dia meneguk sedikit demi sedikit air itu. Habis saja air itu diteguk, gelas kaca diletakkan kembali ke atas meja.

"Carl.." Panggil Irene. Carl mengangkat keningnya memandang si isteri.

"You sayang I tak?"

Terdiam Carl menerima soalan daripada Irene. Susah pula mahu menjawab soalan itu.

"Jawablah, Carl.." Irene menggoyangkan tubuh suaminya. Carl yang sudah pasrah itu hanya relakan saja tubuhnya digoncang.

"Kalau aku cakap aku tak sayang kau?"

Irene mencebik. Dia merenung saja wajah suaminya itu. Lama kelamaan, dia tersenyum kecil.

"You tipu. I tahu you sayang I!" Irene meninggikan suaranya lalu dia tersenyum manis.

Carl hanya menjeling saja isterinya itu. Dulang yang berada di atas meja itu diangkat sebelum kakinya melangkah ke arah pintu.

"Kalau tahu, baguslah.." Jawab Carl dan terus menutup pintu bilik isterinya.

Tersenyum riang Irene mendengar jawapan Carl. Dia terus menutup wajahnya. Akhirnya, usahanya selama ini sudah mendatangkan hasil.

 Akhirnya, usahanya selama ini sudah mendatangkan hasil

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

PINTU rumah agam Cadee ditolak oleh Carl. Seharian dia menjaga Irene di rumah, jadi inilah masanya untuk dia menghabiskan sisa masa yang ada bersama Cadee dan yang lain. Sofa yang masih kosong itu dihampiri sebelum dia melabuhkan punggungnya. Mereka terkebil-kebil melihat Carl yang kini berada di hadapan mereka.

"Kenapa kau tak masuk office?" Soal Leron terlebih dahulu. Selama dia berkahwin dengan Irene, inilah kali pertama dia tidak hadirkan diri ke office.

"Irene tak sihat. Aku jagalah dia." Carl merampas Tupperware yang berisi kerepek di tangan Eric. Terkejut Eric dibuatnya. Matanya menjeling tajam Carl yang selamba itu.

𝐄𝐑𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐁𝐄𝐄 ©Where stories live. Discover now