36 || ERDEN'S ✧.*

Start from the beginning
                                    

Berkerut dahi Carl mendengar kata-kata Daren. Kecewa? Kenapa hal ini dibangkitkan?

"Apa maksud kau ni? Aku tak fahamlah.." Carl mengeluh. Susah ya bila berbual dengan orang yang suka putar belit cerita.

"Carl.. Aku nak tanya.."

Carl terus mengalihkan pandangannya ke arah Xylon. Pening dia mahu menjawab soalan dua jejaka ini. Macam-macam..

"Apa benda yang akan buat kau kecewa?"

Makin berkerut dahi Carl. Mengapa hal kecewa ini dibangkitkan oleh Daren dan Xylon?

"Kecewa? Aku nak kecewa pasal apa?" Carl menggeleng kepalanya. Setakat ini, dia tiada lagi kecewa dengan sesiapa.

"Pasal rumah tangga kau." Kata Daren pula. Carl terus memegang kepalanya. Sakit pula kepala nak melayan dua jejaka ini.

"Kalau isteri aku ada orang lain?"

Jawapan Carl itu membuatkan Daren dan Xylon memandang sesama sendiri. Jawapan Carl itu benar-benar akan mengecewakan dirinya suatu hari ini.

IRENE menghempas badannya ke atas sofa yang berada di ruang tamu rumahnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

IRENE menghempas badannya ke atas sofa yang berada di ruang tamu rumahnya. Alysse yang baru saja turun ke tingkat atas itu memandang Irene pelik.

Figura Irene di dekati sebelum dia melabuhkan punggungnya bersebelahan dengan Irene. Wajah Irene dipandang lama. Nampak macam ada masalah.

"Mel? Kau okay ke?" Soal Alysse hairan. Sejak Irene kahwin, dia jarang pulang ke sini. Biasanya dia pulang ke sini jika dia ada masalah.

Irene menoleh ke arah sahabatnya sebelum dia mengeluh. Puas dia fikir untuk mengelakkan Carl tahu tentang kandungannya.

"Alysse.." Panggil Irene. Alysse memandang saja wajah sahabatnya yang penuh dengan masalah itu.

"Apa kau buat kalau kau mengandung anak luar nikah?"

Soalan Irene itu membuatkan Alysse sedikit terkejut. Mengapa pula Irene tiba-tiba menyoalnya tentang mengandung anak luar nikah?

"Kenapa kau tanya aku macam tu?" Alysse sudah syak sesuatu. Dia pasti Irene ada lakukan kesilapan. Dan kesilapan itu amatlah besar. Cuma dia tidak mahu menuduh melulu. Biarlah Irene jujur sendiri padanya.

"Tak adalah. Aku tanya aje. Jawablah.. Kau akan buat apa?" Irene menatap wajah sahabatnya dengan penuh harapan Alysse memberi jawapan yang sama dengan akalnya berfikir.

"Jaga je lah anak tu. Salah sendiri. Siapa suruh menggatal sangat." Selamba Alysse menjawab. Irene yang mendengar jawapan spontan Alysse tu terus berubah riak wajah. Tadi wajahnya teruja mahu mendengar jawapan Alysse, bila sudah dengar wajahnya terus berubah.

"Ish kau ni! Jawapan kau menyakitkan hati.." Irene memeluk tubuhnya. Sakit pula hatinya mendengar jawapan Alysse. Nak kata orang menggatal pula.

"Kenapa? Kau terasa ke?" Soal Alysse lalu dia tersenyum sinis melihat Irene terdiam. Dia tahu ada sebab Irene menyoal begitu. Kalau tidak, tak akanlah Irene sengaja mahu membuka topik tentang anak luar nikah.

𝐄𝐑𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐁𝐄𝐄 ©Where stories live. Discover now