XS MAX

12 0 0
                                    

perempuan
aku disini menunggu kamu
menunggu kita kembali
setiap hari

hari ku biasa saja
sama seperti selalu
perasaan yang berlagu
kerana merindukanmu

cinta tak pernah lupus
rindu tak pernah habis
begitulah aku
setiap hari

kau disana
ku mohon jaga diri
kerana nanti
kita bakal bersama

seribu satu sebab
aku mahukan kamu
tapi tidak
kerana cintaku tak bersebab

aku anggap ini takdir
rahsia yang terbongkar
kerana ku tak rasa begini
bersama yang lain

seribu wanita yang datang
tak juga aku berkelip
apatah lagi mahu memilih
kerana kamu, sudah bertakhta di hati

12/2/2023
7.58 pm

SHAWhere stories live. Discover now