32 || ERDEN'S ✧.*

ابدأ من البداية
                                    

"Aku gagal, Melissa. Aku gagal didik kau jadi anak yang baik. Aku gagal didik kau untuk jadi isteri yang baik. Aku memang bapa tak guna." Aldrich melakar senyuman kecil di bibirnya. Ya. Dia gagal. Anak perempuan rosak disebabkan dirinya. Dia adalah punca utama Irene menjadi seperti itu.

"Baliklah, Melissa. Pergi duduk dengan suami kau. Jangan balik sini. Kalau kau balik sini, kau akan buat perangai lama kau. Pergi jaga suami kau dekat Malaysia. Tak payah balik tengok aku dekat sini." Aldrich terus bangkit dari duduknya dan mendaki anak tangga meninggalkan Irene terkaku. Irene hanya mampu diam. Dia cuba menghadam setiap kata yang keluar dari mulut Aldrich. Apa yang dia lakukan?

"Allahuakhbar.. Maafkan I, Carl.." Rintih si Irene. Dadanya dipegang. Sungguh besar dosanya. Dia sanggup tidur bersama lelaki lain dan mengaku dirinya masih belum berkahwin sedangkan dia sudah mempunyai suami yang sah.

"Jangan pelik kalau suami kau tu tak pandang kau. Tengoklah perangai kau, Melissa. Kalau kau tak kahwin lagi sekarang ni, kau rasa ada ke lelaki nak memperisterikan perempuan macam kau?" Ujar Monica yang dari tadi mendengar perbualan si suami dan anak. Dia terus naik ke tingkat atas dan membiarkan Irene sendiri.

CADEE menolak pintu bilik adiknya sebelum dia meloloskan diri ke dalam bilik itu

اوووه! هذه الصورة لا تتبع إرشادات المحتوى الخاصة بنا. لمتابعة النشر، يرجى إزالتها أو تحميل صورة أخرى.

CADEE menolak pintu bilik adiknya sebelum dia meloloskan diri ke dalam bilik itu. Figura adiknya dicari namun hampa, tiada sesiapa di dalam bilik ini. Tidak lama kemudian, Carl keluar dari bilik air bersama tuala mandi di tangan.

Berkerut dahinya memandang Cadee yang sudah duduk di birai katilnya. Dia meletakkan tuala di penyangkut sebelum dia turut melabuhkan punggungnya di birai katil bersebelahan dengan abangnya. Wajah Cadee ditoleh sekilas.

Kunci yang berada di poket seluar Cadee dikeluarkan sebelum dia menghulurkan kunci itu kepada adiknya. Carl hanya memandang kunci itu seketika lalu dia memandang wajah abangnya hairan.

"Kunci apa ni?" Soal Carl hairan. Tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba saja Cadee masuk ke biliknya lalu memberinya kunci.

"Kunci rumah. Aku belikan rumah untuk kau." Ujar Cadee sebelum dia menarik tangan adiknya. Kunci itu diletakkan di tapak tangan Carl. Carl memandang kunci itu lalu dia menjatuhkan pandangannya pada wajah Cadee.

"Kunci rumah? Kenapa kau belikan aku rumah? Kau nak halau aku ke?!" Soal Carl dalam nada yang sedikit tinggi. Berkerut dahinya memandang Cadee. Mimpi apa abangnya ini tiba-tiba beri rumah kepadanya?

"Bukanlah! Aku bagi sebab kau kerja elok. Siap stay sampai malam untuk siapkan kerja kau tu. Kau dah tak ponteng kerja.." Ujar Cadee lalu dia memukul bahu adiknya perlahan. Dia nampak perubahan diri adiknya ini. Dulu Erden Carl yang paling malas untuk ke office. Namun kini, Erden Carl adalah orang pertama yang sampai ke office.

"Sebab itu aje? Aku rasa tak perlu kot kau beli rumah untuk aku. Aku ada duit. Aku boleh beli sendiri." Serba salah Carl mahu menerima hadiah terbesar dari abangnya itu. Bukannya dia tiada duit mahu beli rumahnya sendiri, cuma dia tiada masa. Dia ada plan untuk beli rumah sendiri, cuma dia sendiri terlalu sibuk sehingga tidak sempat mahu mencari rumah.

"Tak apalah.. Ambil je rumah tu. Kau anggap itu hadiah dari aku. Nanti bawalah bini kau duduk sana.." Ujar Cadee sebelum dia tersenyum tipis. Carl terdiam seketika sebelum dia mengangguk kepalanya.

"Erlan.." Panggil Carl perlahan. Laju Cadee menoleh ke arah adiknya. Kening kanannya diangkat.

"Kenapa?"

"Aku nak minta maaf pasal Irene dengan Nia.." Carl menundukkan wajahnya. Ini juga sebab mengapa dia mahu berpindah. Dia tidak mahu isterinya mengganggu Clara lagi.

Mendengar ujaran adiknya itu, Cadee terus tersenyum kecil. Dia menepuk peha adiknya itu sebelum menggeleng.

"Tak apalah. Benda dah lepas. Apa yang aku boleh buat? Dah lebam dah pun muka isteri aku tu.." Cadee tergelak kecil. Sebenarnya dia juga sakit hati melihat wajah isterinya lebam dan luka akibat dipukul Irene, namun tiada apa yang dia boleh lakukan.

"Nanti aku cari masa nak bawa dia pindah rumah lain. Risau pula ada apa-apa jadi dekat Nia.." Carl mengeluh. Isterinya itu bukan boleh percaya. Sekejap saja insaf, nanti buat semula.

"Tak apalah. Aku keluar dulu. Rumah tu dekat dengan mansion Daren. Nanti bila-bila masa kau free kau pergilah tengok. Daren pun tahu rumah tu dekat mana." Ujar Cadee sebelum dia menapak pergi dari bilik adiknya. Carl hanya mengangguk. Matanya jatuh pada kunci yang berada di tangannya.

To Be Continued

اوووه! هذه الصورة لا تتبع إرشادات المحتوى الخاصة بنا. لمتابعة النشر، يرجى إزالتها أو تحميل صورة أخرى.

To Be Continued

𝐄𝐑𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐁𝐄𝐄 ©حيث تعيش القصص. اكتشف الآن