32 || ERDEN'S ✧.*

Start from the beginning
                                    

"Aku bapa tak guna, Mel. Aku lepaskan anak aku masuk Islam tapi aku tak didik dia dengan cara Islam. Aku biarkan dia keluar masuk tempat terkutuk. Aku biarkan anak aku minum air yang tak sepatutnya dia minum..." Aldrich menggeleng kepalanya. Dia tidak layak menjadi ayah kepada Irene Melissa. Anaknya benar-benar hancur. Dia risau jika anaknya ini akan mengandung anak luar nikah. Bagaimana pula perasaan si menantunya itu?

 Bagaimana pula perasaan si menantunya itu?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BAJU dimasukkan ke dalam beg bagasinya. Irene mengemas bilik tidurnya buat kali terakhir sebelum dia meninggalkan negara ini sekali lagi. Dia sudah berhasrat untuk memikat hati suaminya. Dia tidak mahu melepaskan peluang emas itu. Bukan mudah untuk Carl melayannya dengan lembut. Semalam adalah kali pertama Carl berlembut dengannya. Walaupun dia tidak pasti Carl berpura-pura ataupun tidak, namun setiap kata yang keluar dari mulut suaminya itu menyentuh hatinya.

Beg bagasinya yang sudah siap dikemas itu ditarik perlahan keluar dari bilik. Pintu biliknya ditutup sebelum dia melangkah menuruni anak tangga. Sudah seminggu dia menetap di sini, jadi sudah sampai masanya untuk dia pulang ke pangkuan si suami. Dengan ayahnya yang tidak pernah menyukai kehadirannya, dia tetap dengan keputusannya untuk pulang ke Malaysia.

Sampai saja di aras satu, matanya tertancap pada susuk tubuh tegap yang sedang duduk membaca buku di ruang tamu. Dia mengeluh perlahan.

Aldrich mengalihkan pandangannya ke arah tangga apabila merasai kehadiran seseorang. Dia menjatuhkan matanya pada beg bagasi yang berada di sisi anaknya itu.

"Kau nak berambus dah ke? Eloklah." Ujar Aldrich lalu dia kembali memandang buku yang berada di tangannya.

Irene diam. Dia tahu Aldrich kecewa dengannya. Namun keadaan itu sungguh di luar kawalan. Dia sedar namun kepalanya terlalu pening untuk menolak. Jadi dia merelakan saja segala tindakan Alexander pada hari lalu. Lagipun dia sendiri yang menggoda Alexander. Ini semua silapnya, bukan silap Alexander.

"Mel balik dulu." Ucap Irene tanpa berganjak sedikitpun dari tempatnya. Dia hanya memandang wajah si ayah dari jauh. Dia tahu jika dia mendekati ayahnya itu, tindakannya itu hanya sia-sia. Ayahnya sudah semakin benci dengannya.

"Pergilah berambus cepat. Aku ada anak pun tak guna. Baik aku tak ada anak lagi bagus." Ucap Aldrich sebelum dia menjeling. Dia benar-benar kecewa apabila mendapat tahu anak perempuannya menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain.

"Mel minta maaf, Daddy.." Perlahan saja Irene mengatur ayatnya. Dia menunduk ke bawah. Dia tidak sanggup melihat wajah kecewa si ayah. Dia tahu dia sudah banyak sakitkan hati orang tuanya.

"Jadi manusia tu cuba belajar untuk berubah. Kau sepatutnya semakin hari semakin elok. Ini tidak, semakin hari semakin teruk perangai. Apa nak jadi kau ni, Melissa? Kau tak fikir ke perasaan suami kau kalau dia dapat tahu isteri dia sedap menyundal dengan jantan lain?"

Terdiam Irene mendengar perkataan suami yang keluar dari mulut Aldrich. Sungguh dia tidak terfikir tentang suaminya. Pada malam itu, dia hanya mahu melayan kesedapannya. Dia sikit pun tidak fikir tentang si suami.

𝐄𝐑𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐁𝐄𝐄 ©Where stories live. Discover now