29 || ERDEN'S ✧.*

Start from the beginning
                                    

PINTU kereta ditutup rapat sebelum dia melangkah masuk ke dalam tempat itu. Dia tersenyum kecil tatkala melihat figura yang cukup dikenali. Perlahan-lahan kakinya menapak mendekati rakannya itu.

Tanpa segan, dia melabuhkan punggungnya bersebelahan dengan rakannya. Rakannya jelas terkejut tatkala melihat Irene berada di sisinya.

"Wait! Melissa?!" Soal rakannya dalam nada terkejut. Irene tergelak kecil melihat wajah terkejut itu. Dia memukul bahu rakannya perlahan.

"Yes Gabriel Easton. It's me, Irene Melissa!" Ucap Irene teruja. Sudah lama dia tidak bertemu dengan jejaka bernama Gabriel ini.

"Lama kau tak balik sini, Mel. Mimpi apa kau tiba-tiba balik?" Gelak Gabriel. Sudah hampir tiga tahun dia tidak bertemu dengan Irene. Katanya Irene ini sudah menetap di Malaysia.

"Aku rindu nak enjoy dekat sini. Dekat sana tak boleh enjoy. Kena ikat." Irene tergelak kecil. Mana taknya, jika di Malaysia, nak keluar pun mesti diperhati. Kalau disini, dia bebas.

"Kena ikat? Siapa pula nak ikat kau, Mel?" Geleng Gabriel. Mengarut sajalah si Irene Melissa itu. Gabriel mencapai segelas cawan kecil yang berisi arak itu sebelum dia meneguk laju air itu.

"Aku isteri orang sekarang." Terkejut Gabriel mendengar pengakuan Irene itu. Dia memandang Irene tidak berkelip. Baru tiga tahun tak berjumpa, tahu-tahu bila jumpa semula dah bersuami?

"Bila masa kau kahwin? Kau tak ajak aku pun kan?" Gabriel menjeling. Mereka sudah berkawan lama, malah Irene berkahwin pun dia tidak tahu.

"Aku tak sempat nak jemput sesiapa. Husband aku tu tak menyabar nak kahwin." Gelak Irene. Tak menyabar? Huh! Sampai kini Carl tidak cintakan dia. Sepanjang dia berada di sini, Carl langsung tidak menelefonnya. Nampak sangat dirinya tidak penting untuk Carl.

"Untunglah kau dapat suami baik. Aku ni entah sampai bila tak kahwin-kawin." Kini Gabriel pula tergelak. Umur sudah meningkat, namun dia masih tiada teman wanita. Nak kata tiada rupa, ada. Dia sendiri tak tahu apa kurangnya dirinya.

"Kau tak payah nak cakap macam-macam. Kau tu dah berapa kali tukar girlfriend?" Irene menjeling tajam Gabriel. Gabriel yang mendengar itu hanya tergelak. Dia sangkakan Irene tidak ingat tentang itu.

"Aku tak anggap semua perempuan tu girlfriend pun." Jawab Gabriel selamba. Benarlah, dia tidak pernah serius dalam hubungan. Dia melayan semua perempuan sama. Tiada lebih tiada kurang. Namun perempuan yang terlebih berharap dengannya.

"Jadi semua perempuan tu scandel kau je lah?" Irene memutarkan bebola matanya. Kalau boleh setiap bulan si budak Gabriel ini menukar perempuan. Tukar perempuan macam tukar baju. Inilah kelebihan bila mempunyai rupa yang tampan. Sekali petik terus dapat.

"Lebih kurang begitulah." Cawan berisi arak itu diambil sekali lagi. Dia menoleh ke arah Irene yang sedang memandang manusia yang sedang berjoget itu.

"Kau tak nak minum ke?" Soal Gabriel sambil menghulurkan cawannya kepada Irene. Laju Irene menggeleng.

"Tak nak. Nanti Daddy dengan Mama aku tahulah aku pergi club. Aku cakap dengan dia orang aku nak keluar, aku tak bagitahu aku nak pergi club." Irene hanya melihat saja manusia di dalam club ini. Dia ke sini hanya untuk menghilangkan stress, dia tiada rasa mahu berjoget sama.

"Kau tipu Daddy dengan Mama kau sekali lagi, Mel?" Ucap Gabriel sebelum dia meneguk air haram itu. Irene mengangguk kepalanya. Entah berapa kalilah dia menipu Aldrich dan Monica. Tidak boleh dikira.

𝐄𝐑𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐁𝐄𝐄 ©Where stories live. Discover now