1- Anak Mak Siah.

503 54 7
                                    

RIUH rendah kediaman Tan Sri Izhar dengan teletah anak-anaknya. Membuat Mawar tersenyum sendiri. Perkahwinan yang bahagia mungkin impian semua orang. Tadi tidak bagi Mawar. Sehingga sekarang, dia rasa tiada keperluan untuk dia berumahtangga. Dia baik-baik saja sendiri. Wanita mandiri sepertinya tidak perlukan lelaki untuk bahagia.


"Lama dah kamu tak datang sini kan?" Mak Siah, ibunya yang berkerja sebagai pembantu rumah di rumah agam itu menegur sambil menarik kerusi. Wanita tua itu melabuh punggung berhadapan dengannya di meja makan.
Mawar mengoyak senyum kecil.

"Mak pun tahu Mawar sibuk. Dengan spa, flight lagi. Tapi, InsyaAllah lepas ni Mawar lebihkan masa untuk mak ye." Mawar capai kekura tangan si emak. Mawar tahu, emak pastinya selalu rindukan dia. Cuma emak tak mahu mengaku.

"Yelah tu, lepas tu kamu sibuk pula dengan SPA kamu tu. Betul ke kamu nak berhenti jadi pramugari ni?" Mak Siah menyoal lagi buat kesekalian kalinya. Bukan dia tak tahu yang anak daranya itu begitu sayangkan kerjayanya. Menjadi pramugari memang cita-cita Mawar dari kecil.
Mawar tergelak kecil. Serius betul muka emak!

"Ya mak.. Mawar dah tua pun. Biarlah bagi peluang kat budak-budak muda yang lain pula. Lagipun, Mawar ingat nak tambah cawangan SPA Mawar tu. Penatlah nak handle dua kerja."
Mak Siah terangguk-angguk. Ya tak ya juga. Si Mawar ini memang terlalu kuat bekerja. Sampai lupa yang dia sudah meningkat usia. Sebut pasal umur ni...

Pandangan Mak Siah mengecil pada Mawar.

"Tahu pun kamu tu dah tua... Kalau kamu bersuami. Agaknya anak kamu lagi ramai dari anak Tan Sri."

Erk! Tercekik liur Mawar apabila emak beri hint begitu.

"Ermm... Mawar masuk tidur dululah. Esok mak nak ke pasar kan? Mak pun tidurlah awal. Budak-budak tu pun dah senyap. Dah tidur agaknya tu." Cepat Mawar angkat punggung.
Hari ini dan esok hari cutinya. Emak ajak berkelah dengan keluarga Tan Sri Izhar esok hari. Mawar pun setuju aje. Dia pun dah lama tak melayan anak-anak Tan Sri Izhar.

Mak Siah tergeleng kecil. Baru sebut suami dah nak lari. Macam dia tak kenal anak daranya itu.

"Esok kamu teman mak ya?"

"Ya mak, apa saja untuk mak." Mawar tersengih. Langsung dia memaut bahu emaknya dan memimpin ke bilik yang disediakan majikan emaknya itu.

Diam tak diam sudah lama emak bekerja di sini. Mawar suruh berhenti pun emak tak mahu. Dari arwah isteri masih ada sampai ke isteri Tan Sri Izhar yang baru ini. Emak masih di sini. Kalau itu bahagiakan emak, Mawar ikutkan saja. Lagipun Tan Sri Izhar melayan emaknya seperti emak sendiri. Bukan emak saja, dia pun dilayan dengan baik oleh majikan ibunya itu.



PAGI-PAGI lagi Mawar sudah bersiap. Mahu temankan emak ke pasar. Tapi yang menjadi masalahnya sekarang, keretanya tak boleh hidup.
Apa aku nak buat ni? Jemari Mawar naik menggaru dahi. Kepala tertoleh pada kereta milik Tan Sri Izhar yang berderet tersusun. Nak minta tolong pemandu Tan Sri ke?

Sedang Mawar berkira-kira. Sebuah kereta Audi A7 menyusul masuk ke perkarangan rumah agam Tan Sri Izhar itu.

Mawar masih tegak berdiri di tepi keretanya sehingga pemilik kenderaan tadi keluar dari perut kereta.

Seorang lelaki berkaca mata dengan gaya kasual yang keluar dari dalam kereta tadi. Lelaki itu mengangkat muka dan sekaligus pandangan mereka bertembung sesama sendiri.

Akhbar berkerut dahi. Tajam pandangannya menangkap wajah jelita yang sedang berdiri di tepi kereta Mazda CX-8 berwarna merah itu. Siapa pula perempuan itu? Takkan isteri baru Izhar. Mustahillah, habis tu Puan Sri Huda itu nak letak mana?

Akhbar mengatur langkah mendekati. Hajat nak bertegur sapa sahaja sebelum pandangannya menyapa Mak Siah yang sedang merapati wanita itu.

"Kamu tak start enjin kereta lagi ke? Kita dah lambat ni." Mak Siah yang baru keluar dari rumah mendapatkan Mawar yang masih berdiri serba tak kena di tepi kereta.

"Tak boleh start la mak. Dari tadi Mawar cuba." Adu Mawar. Bukan dia tak cuba. Dah banyak kali. Sudahnya dia putus asa dan berdiri tercongak kat sini.

"Kenapa Mak Siah?"

Tiba-tiba saja mereka disapa lelaki yang baru tiba tadi.

"Dato'… Awalnya datang." Ceria Mak Siah menyambut tetamu Tan Sri Izhar itu.
"Saja datang awal. Mana tahu ada yang boleh saya bantu.." Akhbar tersengih. Dia pun tak tahu kenapa tergerak hatinya nak datang awal pagi begini.
Mawar pandang keduanya silih berganti. Oh, mak kenal rupanya.

"Err... Hai. I Akhbar, you?" Akhbar menyapa Mawar. Nak tahu juga siapa gerangan wanita jelita ini.

"Ya Allah. Lupa Mak Siah nak kenalkan. Ini Mawar. Anak Mak Siah. Dia kerja pramugari. SPA pun ada.. Ini hari dia cuti. Mak Siah ajak ikut sekali kita berkelah. Mawar, ini kawan Tan Sri, Dato' Akhbar." Panjang lebar Mak Siah kenalkan Mawar.

Mawar mengoyak senyum kekok. Mak ni panjang betul intronya.

"Mawar." Mawar mengangguk kecil pada Akhbar.

"Akhbar ajr sudah Mak Siah... Tak payah Dato’- Dato’. Oh, anak Mak Siah? ada Izhar bagitau saya. Tak sangka cantik betul anak Mak Siah ya." Puji Akhbar merenung redup wajah Mawar yang cantik dengan solekan tipis.
Meremang leher Mawar mendengar pujian dari si Dato' Akhbar ni. Geli!

Biasalah lelaki berpangkat memang suka bermulut manis!

"Macam mana ni mak. Nak pinjam pemandu tan sri ke?" Mawar menyampuk laju. Tak berapa suka bila emak melebih-lebih melayan si Dato' itu.

"Kenapa ni? Ada masalah ke?"

Mawar menjeling. Orang tanya emak. Bukannya bercakap dengan dia.

"Entah. Kereta tak boleh start katanya. Mak Siah dah lambat ni nak ke pasar." Mak Siah tolong menjawab bagi pihak Mawar.

"Oh yeke. Kalau macam tu, biar saya jelah hantar. Boleh macam tu Cik Mawar?" Akhbar mengoyak senyum manis. Nampak gaya anak Mak Siah ini seperti tak mahu melayan dia.

"Tak apa, tak apa. Kami boleh naik grab je."
Laju Mawar menolak.

"Ish! Kamu ni. Dah dato' nak tolong tu. Buat apa susah-susah. Boleh dato'. Tak susahkan dato' ke?"

"Mak Siah... Berkali-kali ni saya dah cakap. Panggil Akhbar aje." Akhbar kecilkan mata pada Mak Siah. Orang tua ni, dah banyak kali pesan pun. Nak juga berdato' dengan dia.
Mak Siah tergelak kecil.

"Dah, jom Mak Siah. Jom Cik Mawar." Akhbar meleret senyum buat Mawar.
Mawar menghela nafas. Mahu tak mahu dia kenalah ikut emak juga.



KAU MAWARKUWhere stories live. Discover now