₊˚ʚ Zhafran Aurel 57 ⨾ଓ

Start from the beginning
                                    

"Leena sayang. Babah awak tu ada plan nak tambah adik, awak dah ready ke nak jadi kakak tu?" Ujar Zayyan dengan nada yang cukup menyindirnya.

PAP

Secara tidak langsung, tapak tangan Zhafran melekap di bahu lelaki itu. Tindakan yang cukup spontan itu membuatkan si kecil merengek, terkejut dengan pukulan itu.

"Alamak, baby Leena dah nangis!" Langsung sahaja Zayyan mendodoikan si kecil itu namun tangisannya semakin menjadi - jadi membuatkan kedua-dua lelaki itu panik. Zhafran dan Zayyan sama-sama menggaru kepala yang tidak gatal itu, mereka buntu mahu melakukan apa lagi untuk memujuk si kecil itu.

"My-mmyy.." Rengek Zhufairah dengan perlahan, namun Zhafran masih dapat mentafsir apa yang anaknya ingin sebut itu. Zhafran terbungkam, Zhufairah mahukan adik perempuannya itu?!

Seriuslah?!

"Nak mommy su?" Zhafran cuba untuk memujuk anaknya, laju sahaja si kecil itu menganggukkan kepalanya.

Zhafran menghela nafasnya panjang, nampaknya Zhufairah suka dengan Afeefa.

"I'm here, sweetheart!! Come with me!" Sampuk Afeefa lalu belum lagi Zayyan mahu mengeluarkan suaranya, pantas sahaja Afeefa merampas tubuh kecil itu daripada duduk di atas peha abangnya.

Setelah itu, Afeefa membuka langkah untuk menuju ke biliknya. Zhufairah yang berada di dakapannya ketawa suka dengan Afeefa. Serta merta, tangisannya hilang apabila bersama dengan Afeefa.

"Meh dengan mommy, little flower!"

RUMAH Zhafran riuh rendah dengan tetamu yang hadir

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

RUMAH Zhafran riuh rendah dengan tetamu yang hadir. Harini mereka melakukan majlis akikah untuk anak mereka, memandangkan Aurel sudah habis pantang.

Walaupun sebenarnya majlis akikah itu dilaksanakan setelah bayi lahir, tapi tidak mengapalah. Asalkan ada.

Zhufairah hanya diam sahaja walaupun berada di majlis yang cukup riuh. Zhufairah bukanlah jenis yang suka menangis, malahan Zhufairah lebih suka meluangkan masanya untuk melelapkan matanya.

"Eh ni ke anak bos? Comelnya!" Puji Ilya dengan penuh teruja. Baru sahaja dia mahu mencuit pipi si kecil itu, pantas sahaja Zhufairah melekapkan tubuhnya di dada babahnya.

Belum sempat Zhufairah mahu menutup matanya, sudah disapa oleh rakan - rakan sekerja babahnya. Zhufairah menyorok di dada babahnya, tidak mahu pipinya menjadi mangsa cubitan para kakak-kakak cantik itu.

"Comelnya.." Puji Ilya sekali lagi apabila Zhufairah berbuat sedemikian.

"Abang? Nah air," Sapa Aurel lalu menghulurkan segelas air teh panas. Zhafran mengulum senyuman, sweet nya isterinya ni. Tangannya mencapai gelas yang Aurel berikan untuknya itu. Ilya dan rakan - rakan sekerja Zhafran mula mengorek senyuman yang mengejek.

"Abang minum lah dulu, bagi Aleena dengan Aurel."

"Okay bunga."

Zhufairah yang baru sahaja mahu terlelap buat kali sekiannya merengek kecil apabila bunyi bising mulai menyerpa gegendang telinganya.

"Aurel bawa Aleena pergi bilik dulu tau? Nanti Aurel turun okay? Nak mandikan baby flower jap.." Panjang Aurel berbicara, lalu sempat lagi dia mengenyitkan matanya. Tersentak Zhafran dengan tindakan spontan isterinya. Nakal!

"Okay."

"Cie cie cie! Bos kita blushing lah!"

Secara tidak langsung, pipi Zhafran membahang panas. Malu tatkala pekerjanya mengusik dirinya dengan sang isteri. Bayangan isterinya sudah tidak kelihatan lagi, tetapi semakin rancak sembang mereka..

Senja mula hadir di petang hari. Tetamu - tetamu yang hadir tadi beransur pulang. Alhamdulillah, majlis akikah untuk anaknya tadi berjalan dengan lancar. Nasib sahaja Zhufairah tidak banyak meragam. Jikalau tidak, habislah sampai lewat malam nanti.

"Bos, I balik dulu lah ya? By the way, kirim salam dekat wife you." Zhafran hanya menganggukkan kepalanya. Tidak berdaya mahu membalasnya akibat penat mula menyerang dirinya.

Ilya mula mengorak langkah untuk menuju ke pintu utama, lalu sempat lagi dia melambai tangannya sebelum mengatur langkah.

Apabila semua tetamu sudah pun beransur pulang, Zhafran menuju ke biliknya untuk melihat kesayangannya itu.

Zhafran meregangkan tubuh badannya, lenguh tangan dan kakinya.

"Sayang - sayang babah.." Mata lelakinya meliar mencari sosok kesayangannya itu, sesampainya di bilik mereka, mata Zhafran tertumpu akan dua sosok yang nyenyak tidur di katil. Dia menggelengkan kepalanya, lalu Zhafran pun mula menghenyakkan tubuhnya di katil empuk itu. Ergh selesa!

Sebelum dia mahu menutup matanya, Zhafran mengucup sekilas dahi isteri dan anaknya lalu membisikkan surah al Mulk di cuping telinga kedua-dua kesayangannya itu.

"Tidur yang lena, kesayangan abang..."

3 chapter lefttt!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


3 chapter lefttt!

Zhafran Auden ©️Where stories live. Discover now