₊˚ʚ Zhafran Aurel : 51 ⨾ଓ

7.4K 382 15
                                    

Song : It's You by Sezairi

HARINI, Aurel telah di- discharge setelah sekian lama menjadi penghuni hospital

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

HARINI, Aurel telah di- discharge setelah sekian lama menjadi penghuni hospital. Manakan tidak, Aurel telah melakukan kemoterapi yang pertama untuk mencegah penyakitnya itu. Dia sanggup menjadi penghuni hospital hanya kerana tidak ingin terlepas daripada rawatan kemoterapi itu.

Mencegah lebih baik dari mengubati.

Kedengaran jelas derapan kaki menuju ke wadnya. Itu mesti suaminya. Pintu bilik dikuak perlahan dan kelihatan tubuh badan seseorang yang cukup dia kenali, itu suaminya. Zhafran melangkah ke arahnya lalu sebuah kucupan telah hinggap di forehead Aurel. Aurel hanya menguntum senyuman manis. Manis sangat sehingga ke telinga.

"Amboi senyuman dia tu..." Usik Zhafran lalu tanpa aba-aba, pipi wanitanya itu dicubit perlahan. Serta merta senyuman yang melebar itu hilang.

Raut muka Aurel bertukar monyok. "Ish taknak kawan abang..!"

Tangan disilangkan tanda Aurel lagi protes dengan suaminya. Tak suka lah! Bibirnya turut dimuncungkan seperti itik. Zhafran menguntum senyuman kecil, gelagat isterinya itu membuatkan Zhafran geli hati.

"Jangan comel sangat, bunga kesayangan abang. Ada yang kena terkam juga kat sini ni.." Selamba Zhafran berkata tanpa memikirkan apa-apa. Setelah itu, Zhafran mengukir senyuman yang cukup miang.

Aurel mengetap rapat bibirnya, Zhafran ni memang suka cakap tanpa fikir ke?

"Jangan nak gatal..!" Deruan nafas wanita itu kedengaran jelas, membuatkan Zhafran semakin suka untuk mengusik isterinya.

PAP!

Bahu Zhafran dipukul manja bagi melepaskan geram. Orang selalu lepaskan rindu, ini lepaskan geram.

Pantas sahaja Zhafran merengek kecil. Boleh tahan padu juga pukulan isterinya ini walaupun hanya pukulan manja-manja..

"Sakitlah.." Aurel hanya beriak biasa, taknak kesiankan suaminya.

"Padan muka.." Selamba Aurel berbalas kata, Zhafran menghela nafasnya panjang. Jikalau mahu berbahas kata, memang dia sahaja yang kalah ni.

"Dah dah, jom keluar.. Kan bunga dah kena discharge." Ujar Zhafran lalu dia menghulurkan tangannya untuk memimpin isterinya. Aurel menyambut huluran itu tanpa segan silu.

Dah halal kan?

Setelah itu, mereka berdua pun melangkah keluar dari kawasan hospital. Lalu, kaki mula melangkah ke arah kereta diparkirkan. Zhafran membuka pintu kereta sebelah pemandu untuk isterinya, dan sempat lagi dia mengucup tepi dahi isterinya.

Zhafran Auden ©️Where stories live. Discover now