24 || ERDEN'S ✧.*

Start from the beginning
                                    

Cadee tergelak sinis. "Dia ada buat apa-apa dekat kau ke?"

Laju Irene mengangguk kepalanya. Sengaja dia menipu Cadee. Dia mahu terlihat baik dan lemah lembut di hadapan semua orang.

Terangkat kening kanan Cadee apabila melihat Irene mengangguk kepalanya. Tanpa Irene sedar, Cadee sudah tahu segalanya. Jadi sia-sia saja Irene menipu.

"Dia buat apa? Teruk sangat ke dia buat dekat kau?" Soal Cadee. Walaupun dia sudah tahu kebenaran, saja dia mahu melihat permainan Irene.

"Teruk. Dia tumbuk muka I. Tak cukup dengan tumbuk, dia tampar pula. Lebam tahu tak muka I ni! Tak guna betul perempuan tu!" Irene memutarkan bebola matanya.

"Mana lebamnya? Nampak okay je muka kau tu?"

Irene terdiam. Dia berdehem kecil. Belakang lehernya digosok sebelum dia tersengih.

"Dah hilang. I dah sapu ubat semalam." Tipu Irene lagi. Dia sendiri tidak sedar bahawa dia adalah manusia paling bodoh ketika ini.

"Hebat betul ubat yang kau guna tu. Sekelip mata boleh hilang lebam." Cadee ketawa kecil. Dia ingat kita ni budak-budak ke nak tipu? Silap orang ni.

Irene hanya tersenyum. Dia risau jika Cadee sudah tahu kebenarannya. Dia mengalihkan pandangannya ke arah lain.

"Jom ikut aku."

Pantas Irene menoleh semula ke arah Cadee. Berkerut dahinya memandang Cadee. Tanpa segan silu Cadee mengajaknya.

"Nak pergi mana?" Soal Irene hairan. Jarang sekali penghuni rumah ini mahu mempelawanya.

"Office. Kau kan tak boleh masuk kalau tak ada card. Jomlah ikut aku." Cadee terus bangun dari duduknya.

Tanpa menunggu lagi, Irene terus berlari mengejar Cadee. Bukan selalu dapat masuk dalam bangunan Earlane's.

 Bukan selalu dapat masuk dalam bangunan Earlane's

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

PINTU kereta ditutup kasar. Tubuh Irene diseret. Irene sudah meronta-ronta minta dilepaskan. Kali ini nasib tidak berpihak padanya. Dia telah termakan umpan Cadee.

Cadee menendang pintu markasnya kasar. Dia menarik kuat tubuh Irene yang telah diikat itu. Stephen dan Eric yang turut berada di situ sudah menelan air liur.

"Habislah Irene kali ni." Ucap Stephen sambil menggeleng kepalanya. Boleh maut isteri Carl kalau sudah berada di tangan Cadee.

"Silap dia. Dia sentuh isteri Cadee." Ujar Eric bersama matanya memandang Irene yang diseret itu. Dia sendiri tidak sanggup melihat Irene begitu. Sudahlah diseret, diikat pula tu.

"Dia tak tahu siapa isteri Cadee. Kesian princess aku kena tampar dengan dia." Stephen mengeluh. Dia turut sakit hati melihat wajah Clara yang penuh dengan luka dan lebam itu.

𝐄𝐑𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐁𝐄𝐄 ©Where stories live. Discover now