Part 11

28 3 0
                                    

From: Gyu<3
Areum-ah, jom dinner sama-sama. Kali ni aku belanja sebagai tanda minta maaf.

Disebabkan mesej itu, malam ni aku paksakan diri juga untuk bersiap sebab siang tadi aku tinggalkan Beomgyu tanpa berkata apa-apa.

Tak elok juga macam tu walaupun dia layak terima.

Kalau selalu aku excited nak jumpa dia tapi kali ni, perasaan tu dah tukar jadi menyampah.

Setelah bersiap, aku pun turun ke bawah. Tak perlu lah berhias sangat sebab dia bukan kisah pun dengan penampilan aku. Di mata dia semua tak kena.

Semasa keluar dari bangunan asrama perempuan, aku terperanjat bila melihat Beomgyu sedang menunggu aku. Eh selalunya aku yang tunggu dia kat depan hostel lelaki. Dia mimpi apa tunggu aku kat sini.

"Areum-ah.." katanya setelah aku mendekati dia.

Dia mengukir senyuman lalu memakaikan aku helmet. Tak pernah pernah pula mamat ni pakaikan aku helmet. Huh nak ambil hati aku lah tu. Tapi entah kenapa, hati aku dah semakin tawar.

Aku naik atas motor tanpa sebarang kata.

"Peluk kuat-kuat tau."

"Peluk?"

"Ya, peluk belakang aku supaya kau tak jatuh."

Ceh sebelum ni tak suruh peluk, kenapa tiba-tiba kali ni beria suruh.

"I'm fine, pegang seat je." aku menolak untuk berpaut pada dia.

"Baiklah. Kau nak pergi mana malam ni? Aku bawa ke mana-mana je yang kau nak." soal dia.

"Terserah kau."

Beomgyu tak membalas, dia pun menekan pedal minyak.

***

Setibanya di cafe favourite aku, Beomgyu tarik kerusi untuk aku duduk.

"Aku boleh buat sendiri lah." gumam aku tapi aku yakin dia masih dapat dengar.

Beomgyu hanya tersenyum, kami pun duduk di tempat masing-masing saling berhadapan. Aku perhatikan sekeliling, cafe ni dipenuhi dengan hiasan bentuk hati dan juga bunga mawar. Setiap meja diletakkan candlelight, malah muzik yang dipasang juga bertemakan cinta. Suasana yang cukup romantis.

Oh, baru ingat esok Valentine's Day.

"Aku pergi tandas dulu." pamit aku. Dari tadi tahan kencing.

Kaki ku atur menuju ke washroom. Setelah siap membuang apa yang patut. Aku ingin kembali ke meja.

Dari jauh aku lihat ada seorang perempuan, LAGI SEKALI, duduk di tempat duduk aku tadi. Dia sedang berbual sesuatu dengan Beomgyu.

Siapa perempuan tu? Cantik sangat pula tu.

"Siapa dia ni?" soal aku, muka Beomgyu aku pandang.

"Dia-"

"I'm Park Aera, his ex girlfriend." perempuan itu memintas percakapan Beomgyu.

Ex girlfriend?? What the hell..

"Awak ni mesti girlfriend Beomgyu kan?"

Aku sekadar mengangguk perlahan.

"Tapi buat apa dia ni kat sini?" aku bertanya pada Beomgyu.

"Well, kami terserempak tadi. Dah alang-alang terjumpa, kami pun berbual lah. Lagipun lama tak jumpa, rasa rindu pula. Kan, Beomgyu?"

Aku tanya Beomgyu, minah ni pulak yang menjawab. Eleh.

"Awak pun tentu rindukan saya kan?" Aera bertanya pada Beomgyu.

Aku pandang Beomgyu, berharap dia menyangkal. Namun sekali lagi aku dibuat kecewa setelah melihat dia mengangguk. Maknanya dia pun rindukan Aera.

Dia mengaku rindu ex girlfriend dia di hadapan girlfriend dia. Apa lagi yang lebih teruk dari tu?

"Ini tujuan kau ajak aku keluar? Untuk kenalkan aku dengan ex girlfriend kau. Bagus sangat lah tu." hamburku. Usai itu aku terus pergi dari situ.

Sakit tahu.

Hati aku bagai dicarik-carik, kenapa kau tak bunuh je aku.

"Areum tunggu!" Beomgyu laung namaku.

Di luar cafe, aku terhenti apabila lelaki itu mencapai tanganku.

Aku berpaling menghadap Beomgyu, "Kau anggap aku ni apa?" soalku.

Beomgyu kelihatan ragu-ragu hendak menjawab. Ketara lah dia tak sayang aku.

"Aku tanya sekali lagi, kau anggap aku ni apa Choi Beomgyu?" serius nadaku.

"Kau girlfriend aku lah. Now, what's your problem? Dari awal kita keluar tadi kau asyik dingin je dengan aku."

"Kau tanya apa masalah aku? Cuba kau tanya diri kau sendiri, apa masalah kau dah buat?"

"Aku tak faham apa maksud kau. Aku dah cuba nak jernihkan keadaan kita, aku tunggu kau depan asrama, aku pakaikan kau helmet, aku tarik kerusi untuk kau. Tapi kau pula langsung tak layan aku." balas Beomgyu.

Itu saja kah dia dapat fikirkan? Perasaan aku macam mana?

"Kau pernah fikir tak macam mana kau layan aku selama ni? Kau bawa aku couple tapi kau layan aku macam aku ni bukan siapa-siapa dalam hidup kau! Aku dah lama tahan dengan perangai teruk kau, aku dah banyak kali maafkan kau dan tetap bagi peluang untuk kau berubah tapi apa yang kau dah buat? Tiada! Kau tetap dengan perangai teruk kau tu! Memang aku akui yang aku sayang kau tapi aku rasa aku dah buang masa dengan orang yang tak pernah cakap yang dia sayangkan aku!" akhirnya aku luahkan segalanya.

Air mata aku sudah menitik di pipi. Beomgyu hanya membisu. Mungkin masih memproses kata-kata aku.

"Areum-ah.. maafkan aku-"

"Dah! Aku dah tak nak dengar apa-apa dari kau, and I don't want to meet you ever again. We are over!" usai mengucapkan itu, aku beredar pergi.

Dia tak pernah cakap dia sayang aku, buat apa aku masih bertahan.

Aku tahu aku telah buat keputusan yang tepat bila lihat Beomgyu langsung tak kejar aku.

***

Sampai saja di dorm, aku terus menyembamkan muka ke bantal. Ryujin yang terpinga-pinga cuba mendekati aku.

"Kau kenapa Areum?" Ryujin bertanya prihatin. Dia menepuk bahu aku.

Aku menukar posisi ke duduk, wajah Ryujin aku tatap sebelum tubuhnya aku dakap erat. Aku menangis di bahunya.

"Ryujin-ah.. aku dah putus dengan Beomgyu." tersedu-sedan aku bertutur.

"Bwo?? Apa dia dah buat kat kau? Teruk sangat ni kau nangis."

"Dia tak pernah sayang aku. Dia tu teruk, aku.. benci dia!"

"Hmm, menangis lah sepuas hati kau kalau itu mampu buat kau tenang."

Malam itu, aku bertekad untuk melupakan Beomgyu. Daripada aku layan perasaan, baik aku fokus pada exam yang tak lama lagi bermula.

Mungkin dia bukan lelaki yang cupid padankan untuk kau, Yoon Areum.

---

TBC

My Worst Boyfriend Ever [ CBG ]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora