Part 7

28 4 0
                                    

Kelas aku habis awal hari ni, disebabkan Beomgyu tak dapat dihubungi jadi aku memutuskan untuk balik ke dorm untuk rehatkan diri. Beomgyu selalu macam tu, susah nak balas chat, call apatah lagi.

Kadang aku cemburu bila lihat Ryujin dan boyfriend dia oncall tengah malam, selalu chat berbagi khabar dan cerita. Aku dan Beomgyu pula macam bukan pasangan kekasih, rasa macam hanya kawan rapat yang melakukan sesuatu aktiviti bersama. Aku terfikir juga, adakah Beomgyu serius dengan hubungan kami atau sekadar buang bosan? Overthinking aku dibuatnya.

"Hari ni tak keluar dengan Beomgyu ke?" soal Ryujin usai melihat aku di dalam dorm.

"Tak rasanya."

"Kau okey ke? Macam ada sesuatu tak kena je."

"Kau memang memahami aku Shin Ryujin."

"Biasalah, 2 tahun jadi roommate membuatkan aku dah khatam dengan tingkahlaku kau."

Mula dah dia nak berdrama.

"So tell me, apa kejadian?" Ryujin duduk di bucu katil aku.

"It's about Beomgyu."

"Hah kenapa dengan lelaki tu? Dia sakitkan hati kau? Nak aku kerjakan dia?"

"Bukan, dengar dulu cerita aku ni."

"Okay mian, teruskan."

"Selama seminggu ni aku couple dengan dia, sekali pun dia tak pernah nak on call dengan aku. Selalu sangat tidur awal."

"Hm mungkin dia penat kot. Yelah dia kan tergolong pelajar bijak, siang dia berhempas pulas belajar, malam mestilah nak rehat tidur awal."

"Itu aku boleh faham, pastu dia tak pernah pegang tangan aku masa date dan selalu jalan di depan aku."

"Mungkin dia masih segan? Atau dia taknak buat kau rasa tak selesa. Kau kena lah berinisiatif ambil langkah pertama."

Dah apesal perempuan ni backup si Beomgyu pula.

"Satu lagi, dia tak pernah panggil aku dengan panggilan manis, asyik-asyik oi-oi-oi. Pastu guna kau-aku, langsung tak menunjukkan yang kami ni sedang dalam hubungan."

"Itu mungkin sebab-"

"Dan lagi, dia tak pernah bayarkan makanan aku! Setiap kali makan bersama, kami akan bayar asing-asing. Bila naik motor, tak pernah suruh aku peluk dia, pegang bahu pun tak boleh dengan alasan dia cepat geli dan tak selesa!"

"Wow, yang tu aku dah tak tau nak cakap apa."

"Kan?!"

"Sabar lah. Hubungan korang masih baru lagi, lama-lama nanti okay lah tu. But listen, dari apa yang kau cerita ni. Aku dapat simpulkan mungkin dia tak tertarik sangat dengan kau, apa kata kau tarik perhatian dia dengan hias diri kau."

"Hias diri aku? Maksud kau bermakeup?"

"Ya dan ubah penampilan. Stop using that old fashion sweatshirt and jeans, pakai dress mulai esok."

"Kau yakin akan berkesan kalau aku ubah penampilan?"

"Yakin lah, kalau kau berhias mesti dia akan bangga sebab ada gf cantik macam kau dan akan pamer kat semua orang."

Betul juga kata Ryujin, mungkin di mata Beomgyu aku ni biasa sangat. So aku kena lah berusaha untuk buat dia terpesona dengan aku.

"But first, apa kata kau call dia dulu daripada tunggu dia yang call kau." cadang Ryujin sebelum dia keluar dari dorm, entah nak ke mana.

Aku mengangguk lantas ku dail nombor Beomgyu. Panggilan aku disambut setelah beberapa deringan,

"Hello! Aku tengah main game ni, jangan ganggu. Apa-apa chat je. Bye!"

Tup! Dia terus matikan talian tanpa sempat aku mengeluarkan sepatah kata. OKAY GAME LEBIH PENTING DARI AKU, FINE!

Nak merajuk!

Hilang mood aku terus, ingatkan busy belajar rupanya main game! Boyfriend tak guna.

Lama aku menyepi di pojok katil, tiba-tiba chat dari Beomgyu masuk.

From: Gyu<3
I sent you something, hope you like it.

Seminit selepas mesej itu aku terima, seseorang mengetuk pintu dorm, aku bangkit untuk membuka pintu. Ku lihat Yunjin di muka pintu sedang memegang bunga berwarna putih kuning yang digubah rapi dan agak besar.

"Areum, ada orang hantar bunga ni kat kau. Kau ke yang order? Setau aku ni bunga yang selalu orang guna untuk funeral."

Heol! Beomgyu ke yang hantar bunga ni? Dah kenapa dia hantar bunga macam di pengkebumian ni?! Namun aku tetap ambil bunga tersebut dari tangan Yunjin.

"Gomawo sebab hantarkan."

"Cheonma, kalau betul ada kenalan kau yang mati, aku turut berdukacita."

"Tak ada kenalan aku yang mati. Semua okay."

"Baiklah kalau macam tu." Yunjin pun melangkah pergi setelah itu.

Aku memerhatikan bunga tersebut, kad ucapan yang terdapat di bunga itu aku tarik dan isinya ku baca.

Maaf, aku tak jumpa bunga rose. Bunga ni je ada untuk kau. 15 kuntum bunga untuk Yoon Areum.
- CBG

Jadi betul lah ini dari Beomgyu. Bagi bunga tu elok dah tapi masalahnya bunga ni yang tak sesuai. Bunga kekwa! Bunga sinonim dengan pengebumian.

"Areum, kau— eh kenapa dengan bunga ni? Ada mana-mana ahli keluarga kau yang meninggal ke?" masuk-masuk je kat dorm, Ryujin bertanya setelah nampak bunga yang Beomgyu kasi kat aku.

Damn! Tak pasal-pasal semua orang ingat aku sedang bersungkawa.

"Tak, Beomgyu yang kasi."

Tawa Ryujin meletus, "Bunga ni dia kasi kau? Hahahah."

Ketawa lah kau selagi masih hidup wahai Shin Ryujin.

"Gelak je lah, aku tak kisah. Macam takde bunga lain kat dunia ni, bunga ni juga dia pilih." rungut aku, bertambah kuat tawa Ryujin.

"Okay cukup." Ryujin berhenti ketawa, boleh tahan lama juga lah dia gelak.

"Dia kata kat sini 15 kuntum bunga untuk aku. Apa yang special sangat erk?" soalku.

"Setahu aku kalau orang bagi 15 kuntum rose, itu tanda dia minta maaf."

Oh maknanya dia nak minta maaf, cuma silap bunga je sebab dia tak dapat cari bunga rose. Tak sangka, pandai juga dia pujuk aku. Boleh nampak effort dia, nampaknya aku kena maafkan dia.

Alahai Choi Beomgyu, yang pelik-pelik je lah kau ni.

—-

TBC

My Worst Boyfriend Ever [ CBG ]Where stories live. Discover now