Part 9

26 3 0
                                    

"Kau bersiap pepagi ni nak pergi mana? Ada extra class ke?" Ryujin yang baru bangun dari tidur bertanya padaku.

Hari ni sangat penting buat aku sebab aku perlu bersiap sedia 'berperang' untuk dapatkan figura limited edition kartun Molang kegemaran aku.

"Bukan! Patung Molang terbaru sempena anniversary ke 8 dah keluar, tapi benda tu limited edition so aku kena dapatkan."

"Aish.. bukan ke kau dah cukup tua untuk beli benda tu."

"Yah Shin Ryujin! Minat seseorang tiada kaitan dengan usianya. Sejak kecil aku dah collect patung Molang jadi perlu diteruskan."

"Ah whatever, aku nak sambung tidur. Semoga berjaya." Ryujin menarik selimut dan kembali berbaring.

Aku melirik telefon bimbit, belum ada sebarang reply dari Beomgyu. Semalam dia dah janji nak temankan aku pergi bandar. Kalau lambat, nanti habis pula patung tu. Dah lah keluaran terhad, kalau aku tak dapat memang gagal lah aku sebagai collector berjaya.

Akupun pergi menunggu lelaki tu di depan bangunan asrama lelaki. Masih ada masa lagi ni, sempat ni.

Setengah jam berlalu, dia belum memberi sebarang khabar. Tidur mati ke budak tu? Dah jam 8 setengah ni.

Aih kalaulah ada kawan dia yang aku kenal lalu kat sini, boleh juga bertanya.

Takpe, kita tunggu lagi.

Satu jam berlalu, aku dah naik angin. Kali ni melebih pula lambat dia. Aku mendail nombor dia berkali-kali. Pada panggilan ketiga barulah dia mengangkat call.

"Yoboseyo?" suara dia ketara baru bangun.

"Beomgyu! Kau lupa ke hari ni kau nak temankan aku pergi bandar!"

"Bandar? Ahh nak beli patung tu kan. Okay kejap aku nak bersiap dulu." selamba dia berbicara.

Ya Tuhan! Dia baru nak bersiap. Apa masalah dia? Kalau tak dapat tepati masa jangan lah berjanji.

Tak sampai sepuluh minit, dia keluar dengan lagak biasa. Memang bukan Beomgyu lah kalau tak ada rasa bersalah.

"Morning!" sapa dia sambil tersenyum. Tak tau kenapa aku rasa sakit hati tengok senyuman dia tu.

Kalau patung tu habis, memang aku siat-siat si Beomgyu ni.

***

Molang Limited Edition Potato Rabbit Figure 8th Anniversary Sold Out

Aku menunduk usai membaca pernyataan yang ditampal pada dinding kedai.

Selama 8 tahun aku mengumpul koleksi kartun tu, ini pertama kali aku gagal hanya disebabkan kelewatan Beomgyu.

"Semua ni salah kau!" marahku kepada Beomgyu yang berdiri di sisiku.

"Eh.. kau bukan budak lagi nak beli mainan macam tu."

Aku memandang dia tidak percaya, dia boleh cakap macam tu?!

"Itu bukan mainan lah, but it's a hobby of mine."

"I think you should find a new hobby yang tak waste money. Contohnya macam hiking. Dah lah tak buang duit, dapat jaga kesihatan pula tu." ada masa pula dia berceramah.

Aku terkedu, tak tau nak cakap apa sebab Beomgyu pasti akan bidas balik semua kata-kata aku dengan hujah berhikmah dia.

Dia tak pernah nak mengalah!

***

Tiga hari setelah kejadian itu, aku masih tak contact dengan Beomgyu. Perasaan marah tu memang masih tersisa tapi aku rindu dia!

My Worst Boyfriend Ever [ CBG ]Where stories live. Discover now