20 || ERDEN'S ✧.*

Start from the beginning
                                    

Irene memandang Clara hairan. Dia mengetap bibirnya tatkala melihat Clara berjaya masuk ke dalam Earlane's.

Clara memandang wajah perempuan itu. Dia cukup kenal dengan perempuan yang membawa malang pada hidup adik iparnya.

"Kau sepatutnya ada benda ni untuk masuk. Kalau kau tak ada.." Clara mendekatkan mulutnya ke telinga Irene.

"...Maknanya kau tak penting dan tak diperlukan dalam Earlane's." Ucap Clara sebelum dia tersenyum sinis. Bukannya dia tidak tahu tujuan Irene ke sini. Sudah tentu perempuan itu mahu berjumpa dengan Erden Carl.

"Oh ya.. Satu lagi.."

"Kau rasa kau boleh dapat Carl macam tu je? Kalau kau dapat pun.. Kau hanya dapat tubuh dia bukan hati dia.." Ujar Clara dengan senyuman sinis yang tidak pernah lekang dari bibirnya.

"Kau siapa nak cakap macam tu?! Kau tak kenal aku siapa!" Jerit Irene kuat. Baru saja dia mahu mendekati Clara, pengawal keselamatan itu sudah menariknya menjauhi Clara.

"Aku tak kenal kau.. Atau kau yang tak kenal aku? Kalau betul kau nak Carl.. Kau kena hadap aku dulu, Irene Melissa.."

"SIAPA KAU?! UNTUK APA AKU KENA HADAP KAU?! KAU TAK PENTING DALAM HAL NI!!" Irene masih dipegang kuat oleh pengawal keselamatan itu. Risau jika Irene ini mengganggu Clara ataupun  mencederakan Clara.

"Really? You should ask Erden Carl how important me in his life." Ujar Clara sebelum dia melangkah pergi meninggalkan Irene yang meronta-ronta itu.

Carl dan Cadee yang berada di atas itu hanya melihat saja Clara dan Irene berperang mulut. Cadee tersenyum bangga melihat isterinya yang berani seperti itu. Jarang sekali dapat melihat Clara berkelakuan begitu.

Cadee menoleh ke arah adiknya. Carl sudah mengeluh perlahan sebelum dia melabuhkan punggungnya di atas sofa yang tersedia di bilik Cadee.

"Apa plan kau, Carl? Perempuan tu datang bawa masalah lagi." Ucap Cadee sebelum dia melabuhkan punggung di sebelah adiknya.

"I wish I can kill her." Sinis saja jawapan yang keluar dari mulut Carl.

"But you can't.." Cadee menggeleng kepalanya perlahan. Dia tahu adiknya sangat benci dengan perempuan bernama Irene Melissa.

Pintu bilik itu ditolak dari luar. Lantas mereka berdua mengangkat kepala memandang figura siapa yang bakal muncul.

Cadee tersenyum manis tatkala figura isterinya yang masuk ke dalam bilik ini. Carl turut tersenyum kecil.

"Beraninya sayang.." Ucap Cadee sebelum dia menarik tubuh isterinya untuk duduk di sisinya.

"Berani? Abang nampak apa yang Clara buat?" Soal Clara bersama wajah yang sedikit terkejut. Dia sangkakan suaminya tidak melihat.

Cadee mengangguk kepalanya. Kepala isterinya diusap lembut.

"Apa perempuan tu nak?" Soal Carl tiba-tiba. Clara menoleh ke arah Carl yang sedang duduk menikmati coffee.

"Dia nak jumpa awaklah. Dia tak dapat masuk sebab tak ada card.." Jelas Clara. Carl mendengar sebelum dia mengeluh.

Cadee memandang adiknya yang tiba-tiba bangun dari duduknya. Lantas Cadee juga turut bangun sebelum dia memegang lengan adiknya.

"Kau nak pergi mana?" Soal Cadee hairan.

"Bawa perempuan tu naik." Ucap Carl dan terus meninggalkan Cadee dan Clara berdua.

" Ucap Carl dan terus meninggalkan Cadee dan Clara berdua

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐄𝐑𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐁𝐄𝐄 ©Where stories live. Discover now