19 || ERDEN'S ✧.*

Start from the beginning
                                    

KAKI melangkah laju menuju ke pintu besar rumah agam itu. Tanpa menghiraukan sesiapa, dia berjalan melulu tanpa memandang ke arah lain.

Ian memandang figura Irene hairan. Jam di dinding ditoleh sekilas sebelum dia kembali melihat Irene. Berkerut dahinya apabila jam baru menunjukkan pukul 7 pagi.

"Mel.." Panggil Ian dalam nada yang sedikit kuat. Irene menghentikan langkahnya sebelum dia menoleh ke arah Ian yang sedang menonton movie di ruang tamu.

"Kau nak pergi mana pagi-pagi ni? Baru pukul 7 pagi.." Soal Ian hairan. Biasanya jam 7 pagi begini, Irene masih lena dibuai mimpi.

"I nak keluar sekejap. You buat apa dekat rumah I? Tak ada rumah ke?" Ujar Irene bersama perlian. Ian memutarkan bebola matanya tatkala mendengar ayat terakhir yang keluar dari mulut Irene.

Irene meneruskan langkahnya untuk keluar dari rumah. Malas dia mahu layan Ian yang duduk selamba di dalam rumahnya.

PINTU kereta ditutup rapat. Enjin kereta di hidupkan. Dia menarik nafas untuk mencari ketenangan. Dia tersenyum sinis sebelum dia mencapai telefon bimbitnya di dalam beg.

Nombor seseorang dicari sebelum dia mendail. Telefon dirapatkan ke telinga.

"Kau dah buat belum apa yang aku suruh?" Ujarnya dalam nada tegas. Wajahnya sudah bertukar serius. Tiada langsung senyuman di bibir.

"Dah. Aku dah buat apa yang kau nak." Jawab seorang lelaki dari dalam telefon. Irene terus tersenyum puas tatkala mendengar kata-kata lelaki itu.

"Nanti aku share location." Irene terus mematikan panggilan tersebut. Senyuman sinis di bibirnya mulai terlakar.

Kereta dipandu laju ke destinasi yang mahu dituju. Senyuman sinis di bibir Irene tidak hilang lagi. Dia sungguh gembira mendengar berita baik yang dinyatakan oleh lelaki itu.

AYESHAH memandu laju keretanya sambil mendengar laju yang dipasang melalui radio

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

AYESHAH memandu laju keretanya sambil mendengar laju yang dipasang melalui radio. Disebabkan hari ini kurang kenderaan di jalan raya, jadi Ayeshah selamba melajukan pemanduannya.

Lampu isyarat sudah bertukar dari hijau ke merah. Brek ditekan perlahan namun keretanya masih dalam keadaan laju. Rasa gelisah mula menghantui diri Ayeshah.

Sekali lagi dia menekan brek itu dengan kuat. Namun ianya masih sama. Kereta yang dipandu itu masih laju. Ayeshah sudah buntu. Di hadapannya ada beberapa buah kereta. Dia tidak tahu mahu lakukan apa.

Kini kereta Ayeshah sudah hilang kawalan. Dia sudah panik. Stereng keretanya dipusing ke kiri dan ke kanan. Keretanya sudah berada di laluan yang bertentangan. Ayeshah cuba untuk menekan brek itu tetapi masih sama.

Ayeshah cuba mengelak daripada bertembung dengan kereta lain. Namun kini nasib tidak berpihak padanya. Kereta yang dipandu olehnya sudah selamat masuk ke dalam gaung.

𝐄𝐑𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐁𝐄𝐄 ©Where stories live. Discover now