" Pak cik datang sini dengan siapa ? Seorang sahaja ke ? " Serta-merta Qaz memulakan perbualan.

" Tak. Pak cik datang dengan mak cik. Melawat besan kami , dia jatuh tangga . Tergelincir. Biasalah orang tua. Tinggal pula dengan bini. Anak semua kerja luar. Benda dah jadi , kita tak boleh nak undurkan masa dah . "

" Baru lagi ke jatuh tangga ? " Soal Qaz . Karl yang di sebelah menggaru kening setelah memandang mereka bersilih ganti . Tak gatal tapi hairan. Sejak bila Qaz peramah ni ?

Malas hendak menyampuk , dibiarkan sahaja Qaz dan pak cik di hadapannya berborak. Sesekali dia juga ada mencelah. Jam tangannya dikerling. 8.40 malam.

Dia memerhati mereka berdua bersembang. Rancak betul berbual. Seperti tiada penghujung je gayanya. Boleh dah join group whatsapp si Qaz ni. Ada ciri-ciri hampir serupa .

" Nak , pukul berapa dah ? " soalan daripada pak cik iru menyedarkan Karl. Sekali lagi jam ditilik.

" 8.46 malam , pak cik. "

Pak cik angguk faham. Dia berdiri perlahan-lahan dan menepuk bahu mereka berdua.

" Mari , kita. Dah lewat ni. "

" Ke mana , pak cik ? " Serentak Karl dan Qaz bertanya dengan nada hairan.

" Solat Isya' .Dah lama masuk waktu. Nanti lewat-lewatkan berdosa pula. Tak baik kita melengahkan waktu solat . "

Mereka berdua berpandangan lama dan dengan niat dan hati yang ikhlas , mereka mengangguk kepala lantas berjalan seiring dengan pak cik itu.

Menuju ke surau yang berhampiran.


♛•♛•♛•



Kizz Calvien ligat meninjau gelagat-gelagat pembunuh upahan dari atas bukit berpasir. Sedang dia meninjau , seekor rama-rama menghinggap pada pipi. Dia tidak melatah mahupun menampar sebaliknya meraih rama-rama tersebut lalu meletakkannya di atas tapak tangan.

Sejenak , angin dari arah barat bertiup sepoi-sepoi bahasa menerpa tubuh Kizz Calvien. Rambutnya berselerak , langsung dia tidak hiraukan. Malah dia boleh memejam mata , menikmati suasana petang.

Serta-merta satu bayangan yang dikenali muncul di fikiran.

" Aisha Kim. " Satu nama yang sentiasa meniti di bibir. Masih diingat raut wajah yang indah , bibir yang sentiasa mencebik , paling dia tidak boleh lupa dengan muka blur gadis itu. Jelas di minda Kizz Calvien .

Bibirnya secara automatik mengukir senyum lebar.

Apa khabar gadis itu ? Sihat ke ? Dah ada boyfriend ? Dah kahwin ? Satu perasaan aneh menyelinap masuk ke dalam hati. Rindukah dia ? Jawapannya , sendiri tahu.

Namun , hatinya menjadi tidak enak tiba-tiba . Bagaikan ada benda buruk sedang berlaku. Nafas ditarik panjang-panjang dan lepas. Perasaan gusar ditepis jauh-jauh agar dia dapat selesaikan tugasnya dengan segera.

" Sabar Kizz. Tak lama dah penantian kau ni. Settle kerja , terus balik. "

Sedetik , matanya dibuka. Iris mata Kizz Calvien melirik tapak tangannya. Rama-rama itu masih tidak berganjak walaupun sayapnya sering dikibas-kibas seperti bersedia untuk terbang.

Haih, kesian pula dia pada rama-rama ini . Dia pun mahukan kebebasan seperti makhluk lain. Tanpa berlengah , Kizz Calvien menggerakkan tangannya ke atas supaya rama-rama boleh bebas ke mana-mana tempat yang ingin dia pergi.

Sekelip mata , rama- rama itu terbang ke udara.

Butterfly terbanglah tinggi
Setinggi anganku untuk meraihmu
Memeluk batinmu yang sama kacau
Karna merindu

My Mate , That's Diavolo CriminaleWhere stories live. Discover now