13

210 21 1
                                    

┏ ━━┅━━━┅━━┅━━━┅━━ ┓
RYKER AAFIYA
┗ ━━┅━━━┅━━┅━━━┅━━ ┛

" AWAK cakap apa tadi, honey? " Aafiya berdehem perlahan sebelum pandangan dialihkan ke arah lain. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata? Hadap lah si Adryen ni!

" Mana ada saya cakap apa-apa. " Adryen sudah tersenyum manis, mana nya tidak. Seronok betul lah dia!

" Ada lah awak cakap, awak dah sayang tadi. " Sebelah tangan naik menongkat dagu, wajah memerah Aafiya dipandang. Alahai comel betul!

" Tuan Adryen mesti mengigau ni kan? Ha, sah tak cukup tidur ni. " Aafiya cuba mengalih topik. Sudahnya dia yang mati kata dengan si Adryen ni.

" Sekali lagi. "

" Apa? Sekali lagi apa nya. Dah lah, malas layan awak. " Aafiya mengalihkan tumpuan ke arah telefon pintarnya. Dah lewat. Adryen yang masih lagi tersenyum manis ke arahnya itu dijeling sekilas.

" Cepat lah makan, Tuan Adryen. Dah lewat ni. Esok saya kena pergi melawat syarikat lagi. " Aafiya menggelengkan kepalanya, penat betul melayan karenah Adryen ni.

" Suap kan. " Senyuman polos terukir elok di bibir Adryen.

" Sudah lah, saya nak balik. Awak duduk sini sorang-sorang! "

" Eh honey, tunggu lah! "


" Awalnya bangun, Tuan Adryen? " Aafiya menegur jejaka di hadapannya itu. Wajahnya dah berkerut, apa pula agenda lelaki ni?

Pukul 8 pagi dia turun ke dobi, Adryen sudah siap berpakaian kemas dan bersilang kaki duduk di sofa lobi. Entah apa yang dirancangnya.

" Hi, honey. " Senyuman manis terukir di bibir Adryen. Seronoknya, pagi pagi dah boleh tengok buah hati!

Aafiya menjungkit kening. Aih pelik.

" Kenapa awak tengok saya macam tu? Tahu lah saya ni kacak. " Seloroh Adryen. Sempat dia tertawa kecil melihat ekspresi wajah Aafiya. Lucu.

" Eh perasannya Tuan Adryen ni. " Aafiya menggelengkan kepala, pening melayan kerenah Adryen ni.

" Awak nak pergi dah ke ni? Saya teman eh. " Adryen bangkit dari duduknya dan mula mengorak langkah ke arah Aafiya.

Aafiya pula sudah memandang jejaka itu hairan. Dia ingat kita nak pergi taman tema ke?

" Tak payah. Tuan duduk sini diam-diam. Saya nak pergi atas urusan kerja ni, bukannya nak pergi Bertam! "  tukas Aafiya. Gadis itu sudah menggelengkan kepalanya, tangannya pula naik bercekak di pinggang.

Halahai garangnya sayang!

" MasyaAllah comelnya, dah ada ciri-ciri nak jadi Ummi dekat anak-anak kita nanti. " puji Adryen. Senyuman gatal elok terukir di bibirnya. Lain orang tegur, lain pula dia tengok.

" Malasnya nak layan awak ni, baik saya pergi dulu. Dah Assalamualaikum! " Aafiya berdengus geram lalu mengorak langkah pergi dari situ. Adryen pula sudah galak ketawa, suka betul.

" Tunggu lah saya! "


" Selamat datang ke syarikat kami, Cik Aafiya. Oh dan Tuan Ryker. Saya Hanis, pembantu peribadi Tuan Arash. " Gadis yang bernama Hanis itu menyapa mesra. Senyuman manis diukir.

Lain pula Aafiya, dia sedaya upaya cuba untuk mengukir senyuman. Geram sungguh dengan Adryen ni, sudah dilarang mahu juga dia ikut.

" Terima kasih, Cik Hanis. " Adryen hanya menyuakan senyum datar. Bagi dia, senyuman macho nya hanya perlu ditunjuk kepada Aafiya sahaja!

" Maaf kalau saya bertanya, tapi saya dimaklumkan hanya Cik Aafiya yang terlibat dalam lawatan syarikat ni? " tanya Hanis. Pelik juga dia, tadi Tuan Arash maklumkan pada dia yang Cik Aafiya yang ingin melawat syarikat mereka. Tapi sekarang, kenapa ada Tuan Ryker sekali?

" Ah tak apa. Itu lah, tak dirancang pula ada Tuan Ryker ni! Tak apa kalau merumitkan kerja, saya boleh suruh Tuan Ryker balik. " jawab Aafiya. Hatinya merayu agar Hanis mengatakan yang Adryen tu menyusahkan. Dia nak halau Adryen balik ni.

" Eh apa pula? Tak ada yang merumitkan pun, Cik Aafiya. " sampuk satu suara dari sisi mereka. Aafiya menoleh ke arah jejaka itu.

Jejaka yang berkulit sawo matang dan mempunyai mata hazel itu pula sudah tersenyum mesra. Uish, ni dah macam Hero Filem hindustan ni!

" Ryker. Lama tak nampak. " tegur Tuan Arash. Bahu Adryen di tepuk sekilas sebagai tanda sapaan.

" Biasa lah, Arash. Aku ni sibuk sikit. " Adryen tertawa pula. Ah, Tuan Arash ini kawan lamanya!

Aafiya yang sudah bingung itu hanya berdehem
perlahan, seraya mengalihkan tumpuan kedua jejaka itu kembali ke topik asal.

" Jom, saya bawa Cik Aafiya dan Tuan Ryker lawat syarikat ni. " pelawa Hanis, dia berdiri di sebelah Tuan Arash.

" Ha, jom. "

Assalamualaikum, saya bawak Adryen kauorang ni! ❤️❤️

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Assalamualaikum, saya bawak Adryen kauorang ni! ❤️❤️

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 24, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

𝗛𝗶𝘀 𝗔𝗮𝗳𝗶𝘆𝗮 Where stories live. Discover now