11

921 95 5
                                    

━━┅━━━┅━━┅━━━┅━━
RYKER AAFIYA
━━┅━━━┅━━┅━━━┅━━

ADRYEN menapak masuk ke dalam cafe itu. Matanya memandang ke arah susuk lelaki yang sedang ralit menilik kertas kerja di tangannya. Senyuman sinis terukir di bibirnya sendiri.

" Hey bro, dah lama tunggu? " Langkah diatur ke arah meja yang diduduki oleh lelaki tadi.

Dengar sahaja suara itu, laju Airell memandang ke arah Adryen. Riak wajah berubah dingin.

" Sampai juga kau. " Adryen tertawa mengejek, memang dia sengaja datang lambat. Kalau diikutkan hati, malas lah mahu berjumpa dengan Airell ni.

" Shoot your point, bro. Aku taknak bazirkan waktu dekat sini dengan kau. "

" Jauhkan diri kau dari Aafiya. " perlaha sahaja suara itu melontarkan kata-kata, namun penuh amaran. Adryen hanya menyengetkan kepala, senyuman sinis dibibir masih terpapar.

" Woah, woah. Kau nak jumpa aku semata-mata nak suruh aku jauhkan diri dari Aafiya? You mean, my girl? " Kening sebelah diangkat. Perkataan my girl sengaja ditekankan. Biar Airell ingat sikit.

" She's not your girl! Kau tiada hak nak tentukan dia milik kau. " balas Airell, rahang diketap geram. Lelaki dihadapannya ini bagai mencabar dirinya.

" Kau suka atau tak suka, dia tetap milik aku. Kau pun tahu kan, Airell? How her face reacts when she looks at me, oh mi amor. " wajah Aafiya kembali terbayang di benak mindanya, ah rindu betul.

" Aku akan pastikan, kau takkan dapat dia, Ryker. Jangan gembira dulu, banyak lagi benda yang akan jadi lepasni. Rest assure, you will lost to me. " Airell memeluk tubuh sendiri, wajah Adryen direnung tajam. Ada sesuatu yang Adryen tidak tahu, dan perkara itu pasti akan mengubah seluruh keyakinannya untuk memiliki Aafiya.

Adryen hanya menggelengkan kepala, borak dengan Airell ni takkan ada sudahnya. Airell Rizky, musuhnya dari zaman mereka belajar di London lagi. Ada saja benda yang tidak kena dimatanya kalau berkait dengan Adryen.

" Sure, says whatever you want. Tapi, kau kena ingat. Aku? Kalah dengan kau? Impossible. Tak pernah sekali pun aku kalah dengan kau. So, dream on, little prince. " Adryen bangkit dari kerusi, bahu Airell ditepuk perlahan sebelum dia melangkah keluar dari cafe itu.

Matanya tajam mengekori langkah Adryen, rambutnya diraup ke belakang. " Kau tunggu jelah, Ryker Adryen. "

━━┅━━━┅━━┅━━━┅━━
RYKER AAFIYA
━━┅━━━┅━━┅━━━┅━━

" AAFIYA dah siap ke, sayang? " Aafiya mengangguk perlahan, entah kenapa berat hatinya mahu bergerak ke Pulau Pinang hari ini.

Puan Ayla tersenyum melihat anak gadisnya. " Nanti Mama call Airell suruh temankan Aafiya. " usik Puan Ayla. Wajah Aafiya sudah kembali mencuka. Tak suka betul lah!

" Mama ni, ish. Tak suka lah Airell. " Kepala digelengkan. Dia dan Airell? No!

" Elele iye la, dah cepat bertolak. Nanti kan sampai malam pula. Sampai je sana terus bagitahu Mama tahu. " Puan Ayla mengelus perlahan kepala anak gadis tunggalnya. Aafiya hanya membalas dengan senyuman manis dan menjatuhkan kepalanya beberapa kali.

𝗛𝗶𝘀 𝗔𝗮𝗳𝗶𝘆𝗮 Where stories live. Discover now