9

786 72 4
                                    

━━┅━━━┅━━┅━━━┅━━
RYKER AAFIYA
━━┅━━━┅━━┅━━━┅━━

" AAFIYA, esok masuk office. Papa ada sesuatu nak bincang dengan Aafiya. " Aafiya mengangguk kepala tanda faham. Tuan Darien yang sedang berjalan mahu ke biliknya itu diperhati dari jauh.

" Pakcik Zafran hantar Aafiya eh esok! Aafiya malas nak drive. "

" Alright, cik muda. "

Aafiya berlalu ke biliknya sebelum membaringkan badannya di atas katil. Penat betul hari ni. Daripada pagi dia hanya sibuk dengan class nya. Adryen ada juga menghantar pesanan text beberapa kali, tapi tidak pula Aafiya melayan.

Bag kertas di atas meja belajarnya dikerling, ya beg kertas pemberian Adryen. Entah apa di dalamnya dia pun tidak tahu. Aafiya bangun semula dari katilnya dan berjalan ke arah mejanya. Beg kertas itu diambil.

" Agaknya apa lah yang Tuan Adryen ni bagi. " bebel Aafiya seorang diri sambil tangannya cuba membuka ikatan pada beg kertas itu. Isi di dalam beg kertas itu ditilik, tangannya naik menekup mulut. Terkejut.

" Ni bukan ke, wahh! " buku novel yang sudah lama dicarinya, Toxic Date.

" Macam mana dia tau aku cari buku ni? Aduh, peduli lah. Wah Askan! "  Buku ditangannya dipeluk erat, sukanya!

Telefon pintarnya disambar, laju tangannya menaip pesanan untuk dihantar kepada Adryen.

Tuan Adryen! Terima kasih tau untuk novel ni.
Saya hargai sangat, thank you!

Senyuman dibibir masih terukir, dia membaringkan kembali tubuhnya di katil. Sedang dia ralit menilik buku ditangannya itu, matanya mula perlahan-lahan terpejam. Ah tidur nyenyak lah malam ni!

━━┅━━━┅━━┅━━━┅━━
RYKER AAFIYA
━━┅━━━┅━━┅━━━┅━━

" MANA pakcik Zafran ni? " Sesekali jam tangannya dikerling, dah pukul 8:30 ni. Selalunya driver nya itu muncul 15 minit awal daripada masa yang dijanjikan. Ini dah 30 minit lewat!

" Sejak bila pakcik pandai janji melayu ni? Aduh dah lah tengah hujan ni. " Aafiya menggosok kedua-dua belah lengannya, sejuk. Dia sedang berdiri di hadapan rumahnya, mahu masuk ke dalam rumah dulu memang sudah dia malas.

Sekali lagi nombor Zafran cuba di dail, gagal. " Ish taknak suara perempuan ni! Pakcik Zafran.. " Aafiya mula merengek, aduh tak suka betul macam ni. Nanti papa marah macam mana? Dah lambat ni!

Bunyi kereta masuk ke perkarangan rumahnya menarik perhatian Aafiya. Siapa pulak datang ni? Tu bukan kereta kepunyaan keluarganya. Kereta itu berhenti tepat di hadapan Aafiya. Pintu belah pemandu dibuka, jelas terpampang wajah Adryen.

" Tuan Adryen? Tuan buat apa kat sini? " meluas mata Aafiya, tidak percaya akan kehadiran lelaki itu. Adryen sebaliknya hanya menghiraukan perkataan Aafiya. Laju tangannya membuka payung dan memayung Aafiya sebelum pintu penumpang disebelah pemandu dibuka.

" Masuk dulu. " dua perkataan sahaja, tapi entah kenapa Aafiya dapat merasa tegasnya suara Adryen. Aafiya hanya menurut. Matanya tertumpu pula pada baju blazer Adryen. Sudah basah kuyup.

Pintu kereta ditutup sebelum Adryen melangkah kembali ke arah belah pemandu dan masuk ke dalam. Matanya memandang ke arah Aafiya, nafas lega dihembus. Mujur saja lah gadisnya itu tidak basah. Risau dia.

" Tuan Adryen buat apa kat sini? Macam mana Tuan tahu rumah saya? Kenapa tolong saya? " bertubi-tubi soalan diajukan, Adryen hanya memberikan senyuman.

" Satu-satu lah sayang.. " Tangannya menggapai jaket kulitnya yang berada di tempat duduk belakang. Adryen menghulurkan jaket itu kepada Aafiya. " Nah pakai ni dulu, sejuk kan? "

Aafiya hanya mengambil jaket itu sebelum disarungkan ketubuhnya, betul memang dia sejuk. " Pakai seatbelt tu, honey. "

Sekali lagi Aafiya hanya menuruti, tangannya mencapai tali pinggang yang berada di tepinya.

" Untuk soalan awak tadi, saya kat sini nak ambil awak lah. " Adryen mula memandu keluar dari perkarangan rumah Aafiya.

" Kenapa pulak? Macam mana awak tahu rumah saya? "

" Saya terserempak dengan Zafran tadi. Katanya ada hal urgent, so saya sukarela kan diri nak datang ambil awak. Sweet kan? Pergi kerja sama-sama. " senyuman dibibir Adryen makin lebar, ya memang dia jumpa Zafran tadi. Tapi bukan terserempak, memang niatnya mahu berjumpa dengan Aafiya. Tak sangka pula boleh pickup dari rumah terus.

" Habistu macam mana awak tau rumah saya? "

" Sebab saya tau rumah Tuan Darien lah, lagipun haritu saya dah datang sini. Bagi bouquet bunga tu. Jangan cakap awak tak dapat bunga tu, honey. " Sesekali wajah Aafiya dikerling, sebelah keningnya diangkat.

" Tuan lah yang hantar? " sekali lagi, terkejut. Tidak dia sangka Adryen orang yang hantar bunga tu.

Adryen mengangguk, kereta yang dipandunya dihentikan. Traffic light merah, cun! Boleh dia berborak dengan Aafiya lama sikit.

" Iya saya lah, awak fikir siapa yang hantar sayang? "

" Mana lah tau. Mama cakap, Airell yang kasi.. " bisik Aafiya perlahan namun Adryen masih lagi dapat mendengarnya.

Airell. Sebut sahaja nama itu, bibir Adryen mengukir senyuman sinis. 

" Hm, apa dia honey? Saya tak dengar la apa awak cakap. " Adryen pura-pura tidak mendengarnya, Aafiya hanya menggelengkan kepalanya.

" Nevermind. "

Seperti yang dikatakan, double update ya sayang-sayang! ❤️

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Seperti yang dikatakan, double update ya sayang-sayang! ❤️

Anyway special mention, Toxic date by romeoows! Askan suami saya, okay bye ❤️❤️

𝗛𝗶𝘀 𝗔𝗮𝗳𝗶𝘆𝗮 Where stories live. Discover now