8

714 67 4
                                    

━━┅━━━┅━━┅━━━┅━━
RYKER AAFIYA
━━┅━━━┅━━┅━━━┅━━

JELAS kedengaran bunyi seseorang berdehem, Aafiya mengalihkan pandangan ke arah suara itu. Wajah Adryen yang sedang khusyuk menilik telefon ditangannya selepas menjawab panggilan tadi menyapa kornea matanya.

" Makan lah sayang, tengok saya takkan kenyang. " Adryen mengangkat muka dan mata mereka bertembung. Cepat-cepat Aafiya alihkan pandangannya.

" Orang tau lah.. " perlahan Aafiya membalas, malu masih ada ni.

Bagaimana dia boleh berada di kafe dengan Adryen? Mudah, semuanya salah Adryen lah. Tiba-tiba dia mengajak Aafiya dan Daisha makan.

" Fiya, assignment dah submit belum? Yang Madam bagi minggu lepas. " soal Daisha untuk mengelakkan daripada suasana berubah kekok. Bukannya dia tidak perasan Aafiya yang seperti tidak selesa dengan kewujudan Adryen.

" Dah, mujur sempat tau! " Teringat pula dia beberapa hari lepas, sibuk betul. Nak study untuk test lagi. Huish penat!

Daisha mengangguk faham, sesekali matanya mengerling ke arah telefon pintarnya. Mana tahu tiba-tiba dapat mesej daripada Haqimie ke, tunangnya itu sedang sibuk menjalankan kerjanya. Iyalah, doktor lah katakan.

" Elele, tunggu encik tunang chat ke tu? Untunglah. " Aafiya terkekeh perlahan, seronok betul dia menyakat kawannya itu. Adryen yang hanya memerhati dua sahabat itu tersenyum kecil. Tak sangka pula Aafiya ini seorang yang suka menyakat. Haih comelnya lah!

" Kau pun apa kurangnya, abe lebah ada depan mata tu.." belum sempat Daisha menghabiskan ayatnya, lengannya dicubit geram oleh Aafiya.

" Daisha! " Aafiya menahan malu, mukanya kembali membahang. Aduh perangai betul Daisha ni!

" Betul lah tu, lagi untung awak lah sayang. Saya depan muka bukannya nak pandang. Seminggu tak jumpa, tak rindu ke? " tangan naik menopang dagu sendiri, senyuman manisnya dilemparkan ke arah Aafiya.

" Buat apa saya nak rindu awak! Awak tak layak pun dapat rindu saya. " Jual mahal ya Aafiya ni, Daisha hanya menggeleng kepalanya.

" Iya ke tak? Boleh percaya ke ni? " sakat Adryen lagi, tawanya ditahan.

Tajam jelingan Aafiya beri kepada Adryen, dia ni memang nak kena ni. Elok-elok satu je cermin tingkap retak kang semua dia pecahkan.

" Okay okay, saya gurau je lah honey. Jangan lah marah. " Adryen menolak piring yang berisi muffin itu ke arah Aafiya. Pujuk dulu awal-awal.

" Nah, taknak lah marah-marah! Walaupun cik Aafiya kita ni comel je kalau marah, tapi jangan la marah selalu. Kesian dahi sayang tu berkerut. " Daisha yang mendengar Adryen berkasih sayang itu membuat mimik muka geli, aduh rasa nak muntah pulak!

Sekali lagi, kasut tumit tinggi Aafiya singgah di atas permukaan kasut Adryen. Senyuman palsu dilemparkan ke arah Adryen. Geram betul!

" Oww, sayang! " Adryen menggosok kakinya, sakit betul. Dahla dia pijak betul-betul atas ibu jarinya. Mujur kesayangan yang pijak!

" Padan lah muka Tuan! Menggatal lagi. Tuan tau tak, haram tau kacau anak dara orang macam ni. Lebih baik kalau Tuan balik, muhasabah diri banyak-banyak. Ha ni tak! Mengacau perempuan je kerja. Ish dahla, Daisha jom balik! " panjang lebar Aafiya membebel, tangan Daisha dipegang lalu ditarik bersamanya.

Daisha yang baru saja mahu membetulkan postur berdirinya terbantut dek kerana Aafiya yang seakan mahu berlari keluar dari kafe itu. " Ya Allah, geram dengan orang lain aku pulak jadi mangsa. " keluh Daisha.

Adryen yang hanya memerhati dari jauh tergelak kecil, kepalanya digeleng. " Soon, darling. Soon. "

━━┅━━━┅━━┅━━━┅━━
RYKER AAFIYA
━━┅━━━┅━━┅━━━┅━━

" TAK suka betul! " Aafiya memeluk tubuhnya sendiri, pandangan dialihkan ke luar.

" Apa yang tak suka, Adryen ke? " Daisha mengerling ke arah sahabatnya itu. Iya je tak suka, ego sangat dia ni.

" Ha dia lah, siapa lagi! Ada ke patut mengayat macam tu. Dia fikir dia siapa. " Aafiya menjelingkan matanya, malu tau tak. Dahla depan Daisha!

" Eleh kau, cakap je lah kau suka kan? " Daisha menyakat lagi.

" Buat apa aku nak suka dia? Tolonglah, daripada first aku jumpa dia dah macam-macam jadi tau! "

" Kalau dah dia jodoh kau, terima jelah. " Cepat Aafiya memusingkan badannya menghadap ke arah Daisha yang sedang fokus memandu itu.

" Kau ni dah kenapa Daisha, sibuk nak kenenkan aku dengan si Ryker tu. Dia bagi kau ubat guna-guna ke tadi. " Matanya tidak lari dari muka Daisha, sesekali pipi gadis itu dicubit. Pelik sangat Daisha ni.

" Jangan cubit aku lah! Tak lah aku cakap je, daripada kau bersendu, boleh jugak kau naik pelamin dengan aku tahun depan kan? Jimat weh. "

Aafiya menutup telinga menggunakan kedua-dua belah tangannya, taknak dengar dah!

" Blah blah blah. "

Daisha hanya tersenyum melihat gelagat Aafiya itu. Orang cakap taknak dengar, betul-betul tersayang nanti baru tau.

Sorry late update! Saya sibuk sikit dengan assignment ko since dah hampir final exam! TT But don't worry, saya akan cuba double update

Oops! Questa immagine non segue le nostre linee guida sui contenuti. Per continuare la pubblicazione, provare a rimuoverlo o caricare un altro.



Sorry late update! Saya sibuk sikit dengan assignment ko since dah hampir final exam! TT But don't worry, saya akan cuba double update. Thanks again for 2k reads! MasyaAllah tak sangka akan dapat 2k in just a short time. Terimakasih support saya!💕 With lovee ❤️

𝗛𝗶𝘀 𝗔𝗮𝗳𝗶𝘆𝗮 Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora