"Wahh...pandailah Thaqif baca. Nanti kakak belikan hadiah. Thaqif nak apa?"

Thaqif menunjukkn Ipad ditangan Marsha.

"Eh, ni kak Marsha punya. Kalau kak Marsha beli Thaqif ais krim nak?"

"Nak."Thaqif menarik senyuman lebar.

"Kat sini ada kedai tak?"

"Ada...dekat depan sana."

"Jom kita pergi kedai. Thaqif tunjukkan Kak Marsha jalan."

Thaqif mengangguk.

Di kedai, bukan setakat ais krim sahaja Marsha belikan untuk Thaqif. Coklat dan mainan pun Marsha belikan. Seronok dia dapat melayan Thaqif.

PETANG itu Marsha cuba menghubungi suaminya. Baru sehari di kampung sudah rindukan Arshad. Malangnya line telco dia tak beri kerjasama pula.

"Aduyai...line tak clear pula dekat sini." Marsha mengeluh.

Akhirnya dia terpaksa memanjat pohon jambu di depan rumah Opah Som. Ini pertama kali dia memanjat pokok. Demi mencari line yang sempurna untuk bercakap dengan encik suami.

"Assalamualaikum sayang..." Kedengaran suara Arshad dari corong telefon bimbit Marsha.

"Waalaikumusalam abang...abang kat mana tu?"

"Abang tengah drive ni...nak sampai rumah dah."

"Abang..." suara Marsha kedengaran manja.

"Ya sayang..."

"Rinduuuu..."

"Aik, baru sehari dah rindu?" Sengaja Arshad mengusik.

"Rindu la...abang tak rindu sayang ke?" Marsha mula nak merajuk.

"Mestilah rindu. Pagi tadi abang nak pergi kerja, abang bercakap seorang diri sebab abang lupa sayang tak ada. Selalunya sayang tolong sediakan baju untuk abang. Tapi pagi ni tak ada pula." Arshad tergelak kecil.

"Abang jaga diri tau kat sana. Jangan skip makan. Jangan buat kerja sampai lewat malam tau," pesan Marsha.

"Ya...abang tahu. Abang boleh jaga diri abang. Sayang tu...macam mana duduk kat kampung tu. Okay ke? Selesa ke?"

"Malam tadi susah nak tidur sebab tak ada abang tolong dodoikan Sha. Selalunya abang bacakan al-mulk dan ayat kursi sebelum Sha tidur. Tapi malam tadi tak ada siapa bacakan untuk Sha." Marsha berkata dengan nada sedih.

Mak Su yang baru sahaja pulang dari kerja terkejut melihat Marsha sedang bertenggek di atas pohon jambu.

"Ya Allah...ya Tuhan ku. Buat apa atas pokok tu...jatuh nanti," bebel Mak Su.

"Sekejap Mak Su...tengah on call ni," balas Marsha sambil tersengih.

"Sayang...sayang kat atas pokok ke sekarang ni?" Terkejut Arshad dengar suara Mak Su nya tadi.

"Iyalah...kalau tak Sha tak boleh bercakap dengan abang macam sekarang ni. Line tak okay lah kat sini."

"Marsha...turun. Nanti patah riuk pula badan kamu. Opah Som kamu dah terseliuh kakinya. Nanti kamu pula jatuh macam mana?" bebel Mak Su lagi. Risau betul kalau Marsha jatuh.

"Ya Mak Su. Marsha turun ni. Jangan lah risau. " Marsha terpaksa menurut. Kalau tidak, lama lagi lah dia kena bebel.

"Okay abang...esok sayang call lagi. Sayang akan call abang hari-hari. Okay bye... I love you...mmuah." Marsha segera mematikan panggilan. Tak sempat Arshad ingin membalas.

Jodoh Tersalah Alamat (COMPLETE)Where stories live. Discover now