18 || ERDEN'S ✧.*

Start from the beginning
                                    

"Tak ada apalah. Mungkin aku ada salah makan agaknya.." Ucap Irene bersama nada yang perlahan. Dia tidak larat untuk bercakap.

"Jom baring dekat atas katil. Nak buat apa duduk dalam toilet ni?" Geleng perempuan itu. Baru saja tangan perempuan itu mahu memegang tubuh Irene, Irene sudah menepis. Berkerut dahi perempuan itu tatkala Irene menepis tangannya.

"Aku nak duduk sini. Aku tak laratlah nak berjalan." Ucapnya perlahan. Mata masih ditutup rapat. Mahu saja dia tidur di dalam tandas hari ini.

Membulat mata sahabatnya tatkala mendengar kata-kata Irene. Perempuan ni ada sakit mental ke apa?

"Kau dah gila ke? Ini toilet. Kotor tahu tak?!" Marah perempuan itu. Selamba dia menarik tangan Irene untuk keluar dari tandas itu.

"Alysse Draniela!!" Jerit Irene sedikit kuat. Sudahlah dia tidak larat, dapat pula kawan yang jenis tidak faham bahasa. Apalah nasib hidupnya..

Alysse terus melepaskan tangan Irene. Dia mengeluh perlahan sebelum dia keluar dari tandas itu. Irene hanya memandang saja sahabatnya yang sudah melangkah keluar. Bukannya dia mahu marah, tetapi dia benar-benar tidak larat.

Telefon bimbit dicapai sebelum dia membuka google untuk mencari sesuatu. Tangan Irene laju menaip untuk mencari apa punca mual dan pening kepala. Matanya sibuk membaca artikel yang terpapar di google itu. Membulat matanya tatkala dia menangkap satu perkataan itu.

"Me-mengandung?" Ucapnya perlahan. Mahu hilang jantung tatkala membaca artikel itu. Pantas dia bangun dari duduknya dan berlari keluar dari tandas.

Meja kecil yang berada di sisi katilnya dihampiri. Laci meja itu dibuka dan tangannya mengambil pregnancy test yang sudah lama terperap di dalam laci.

Pintu bilik air ditutup rapat sebelum dikunci. Kotak itu dibuka lalu dicampak ke dalam tong sampah. Menggigil tangannya memegang alat itu. Mahu ataupun tidak, dia tetap perlu lakukannya.

 Mahu ataupun tidak, dia tetap perlu lakukannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

KAKI melangkah masuk ke dalam rumah agam. Beg tangannya dicampak ke atas sofa yang berada di ruang tamu rumah itu. Dia berjalan kehulur kehilir memikirkan masalah ini.

Dua jejaka yang baru turun dari aras dua itu berpandangan sesama sendiri tatkala mata mereka tertancap pada susuk tubuh seorang perempuan. Kaki melangkah mendekati perempuan itu.

"Kau ni dah kenapa kehulur kehilir? Tak reti duduk?" Ian Rifqi menjeling Irene yang sedang serabut memikirkan masalahnya itu.

Irene terus duduk di hadapan dua jejaka itu. Wajah dua jejaka itu ditenung dalam. Berkerut dahi mereka tatkala Irene merenung wajahnya.

"Apa masalah kau ni, Irene Melissa?" Soal seorang jejaka. Irene merengus kasar sebelum dia menumbuk sofa itu dengan kuat.

"Korang kena tolong I." Ucapnya dalam nada serius. Dua jejaka itu tergelak kecil apabila mendengar kata-kata Irene.

"Kau nak apa lagi, Mel? Hidup kau ni tak pernah tenang eh? Ada je masalah.." Ucap Ian sebelum dia menggeleng kepalanya.

"Masalah kali ni besar! Korang kena tolong. Kalau tak mana I nak letak muka I ni?" Irene meninggikan suaranya tatkala dua jejaka itu seperti tidak heran dengannya.

"Tu.. Dekat tong sampah. Sesuai dengan kau." Ucap jejaka itu selamba. Matanya sedikitpun tidak memandang wajah Irene yang sudah merah akibat menahan marah ini.

"Ivan Rafiqi!" Jerit Irene kuat. Sakit pula hatinya tatkala mendengar kata-kata jejaka yang bernama Ivan Rafiqi itu.

Ian sudah tergelak besar apabila mendengar abangnya memerli perempuan itu. Dia setuju dengan kata-kata abangnya. Kadang kala dia selesa bersama Irene, kadang kala dia rasa mahu pijak saja wajah Irene itu.

"Apa masalah kau? Apa yang kau serabut sangat? Bagitahu aku, Mel.." Ucap Ivan serius. Wajah Irene dipandang tajam. Apa lagilah masalah perempuan ni.

"Tak payah dengar, Raf. Perempuan ni tak habis-habis dengan masalah hidup. Siapa suruh jahil sangat, kan dah bertimbun masalah." Ujar Ian selamba. Matanya memandang kaca televisyen yang menayangkan movie korea itu.

"Dengarlah dulu apa I nak cakap! You boleh tak jangan menyampuk, Rif?!" Irene memutarkan bebola matanya. Kenapalah dia perlu menghadap manusia seperti Ian Rifqi itu?

"Kau cakap je boleh tak? Aku dengarkan? Nak buat apa kau bising-bising?" Ivan menggeleng kepalanya perlahan. Perempuan memang macam ni ke?

"I..."

Semakin pelik mereka berdua apabila Irene ragu-ragu untuk menghabiskan ayatnya. Irene sudah menggigit bibir bawahnya untuk menghilangkan rasa gelisah.

"Kau apa? Cakap bagi habis boleh tak? Ada yang kena lempang kejap lagi ni.." Ian sudah berdiri mahu menghampiri Irene. Namun nasib baik Ivan menghalang, kalau tidak, pasti wajah Irene itu sudah merah apabila dilempang Ian..

"I... Pregnant..." Ucapnya perlahan sebelum dia menundukkan wajahnya.

Membulat biji mata Ivan dan Ian tatkala mendengar ayat terakhir yang keluar dari mulut Irene.

"Whatt?! Kau pregnant?!" Jerit Ian terkejut. Mulutnya ditutup kerana tidak percaya. Apa ni?

"Yes.. I'm pregnant..." Ucap Irene dalam nada yang rendah. Bibir bawahnya digigit. Takut pula melihat wajah Ivan yang sudah merah menahan marah itu.

"Kau dah gila ke Irene Melissa?! Anak siapa?!" Tengking Ivan dengan kuat. Dia tidak sangka pula Irene akan mengandung. Apa yang sudah jadi?

"Anak..."

To Be Continued—Ree

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

To Be Continued
—Ree

𝐄𝐑𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐁𝐄𝐄 ©Where stories live. Discover now