18 || ERDEN'S ✧.*

Start from the beginning
                                    

"Cermin siapa pula kau rembat ni anak haram?!" Carl meninggikan suaranya. Sejak bilalah Daren Freedy menjadi bodoh begini. Setahun sekali saja dapat melihat kebodohan Daren ini.

Daren mendirikan cermin besar yang diambil dari bilik Stephen itu. Tubuh Carl ditarik sehingga berdiri betul-betul di hadapan cermin.

Daren memegang wajah Carl. Dia tersenyum senget tatkala Carl sudah memandangnya tajam.

"Look Erden Carl.. Muka kau dah macam mayat hidup. Mayat pun handsome lagi.." Daren menggeleng kepalanya. Carl sudah pasrah. Apa lagilah si bebal ni nak buat..

"Then tengok baju kau.. Kenapa kau tak iron baju?" Carl hanya diam. Dia mendengar saja bebelan Daren itu. Tubuhnya masih dipegang erat oleh Daren.

"And lastly... Baju kau warna hitam, Carl.. Kenapa kau pakai kasut warna pink? Sejak bila hidup kau berwarna-warni?" Daren terus menggeleng kepalanya. Jarang sekali dia melihat Carl begini.

"Dah habis?" Soal Carl kepada Daren. Laju Daren mengangguk kepalanya. Carl menepis tangan Daren yang masih memegang wajahnya.

"Sejak bila kau jadi bengap macam ni? Setahu aku.. Kau yang paling bijak dalam keluarga ni." Ujar Carl dan terus duduk di kerusinya.

"Thank you sebab cakap aku bijak. Dan.. Aku tak bengap. Kau tu yang bengap. Tak sedar diri.." Daren menjeling Carl sebelum dia mengangkat cermin itu untuk dipulangkan kepada Stephen.

Carl mengetap bibirnya. Dia memandang saja Daren yang sudah melangkah keluar dari biliknya. Kasutnya yang berwarna pink itu dipandang.

"Shit. Macam mana aku boleh pakai kau? Buat malu je." Ucap Carl dan terus menanggalkan kasut itu sebelum dia membaling kasut itu jauh. Disebabkan kasut pink itu, rosak imejnya sebagai jejaka paling handsome di Earlane's.

 Disebabkan kasut pink itu, rosak imejnya sebagai jejaka paling handsome di Earlane's

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

PINTU bilik air ditolak kasar dari dalam. Irene memegang kepalanya yang mulai pening itu. Perutnya terasa kosong. Mata dipejam rapat apabila dia berasa mual.

Sudah hampir seminggu dia tidak keluar dari rumah. Seminggu ini juga hidupnya dipenuhi dengan keluar masuk tandas. Setiap jam pasti dia akan muntah dan kepalanya berpusing seperti roller coaster.

Irene menutup mulutnya pantas. Kakinya berlari ke arah bilik air sebelum dia mengeluarkan sisa makanannnya dari perut. Dia terpaksa duduk di dalam tandas apabila rasa mualnya semakin membuak-buak.

Matanya ditutup sekali lagi. Dia tidak mampu menahan sakit kepalanya. Mahu saja dia menghentak kepalanya di dinding. Secara tidak sedar, tubuhnya tiba-tiba disentuh seseorang. Lantas Irene membuka matanya sebelum dia menoleh ke sisinya.

Wajah sahabat baiknya itu dipandang. Dia mengeluh perlahan sebelum dia kembali menutup matanya. Dia rasa mahu mati saja sekarang.

"Mel? Kau kenapa ni?" Soal sahabatnya risau. Mana taknya, sudah seminggu Irene terperap di dalam bilik. Makan pun hanya sekali sehari. Lebih merisaukan, Irene akan memuntahkan semula makanan itu. Dia juga kerap sakit kepala sejak kebelakangan ini.

𝐄𝐑𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐁𝐄𝐄 ©Where stories live. Discover now