Aku sudah berkerut sambil mata merenung tajam wajah tampan seorang Harith Anaqi.

Aku menarik nafas dalam-dalam sebelum membalas.

“Tahulah saya ni beban dah hidup awak. Saya sekarang rasa nak telan sahaja awak hidup-hidup. Tapi awak sebenarnya kenapa? Ada apa-apa yang menganggu fikiran awak ke?” soalku.

Aku melihat Harith mengambil nafas panjang lalu hembus.

“Aku jumpa seseorang yang tak patut aku jumpa di hospital tadi” balasnya akhirnya.

Aku terdiam seketika. Menunggu ayat seterusnya yang akan keluar dari mulutnya.

“Jadi, aku nak kau lebih berhati-hati. Mereka dah tahu kau siapa dan apa status kau. Bila-bila masa sahaja mereka akan lakukan sesuatu pada kau” kata Harith.

Aku masih membisu.

“Kau faham tak ni?” soal Harith yang kedengaran sedikit keras.

“F-fahamlah. Tak perlu nak tinggi suara awak tu. Tahulah suara tu sedap”

Harith mendengus kecil seraya menggeleng kepala. Terukir juga senyuman kecil di bibir separa nipisnya.

“Aku serius ni. Dan kau pula menyempat nak puji aku. Dah tak ada masa lain ke?”

Aku tertawa kecil. Perlahan-lahan aku mencapai tangan kanan Harith yang bebas tidak lakukan apa-apa lalu menggenggamnya.

“Harith. Saya tahu awak marah sebab awak risaukan saya. Dan saya sebagai seorang isteri yang sangat memahami suaminya, tak kan saya nak biar awak marah-marah sahaja. Saya kenal lah pandai redakan amarah awak. Betul tak?” kataku sambil menyalut-nyalut tangan Harith.

Sekali lagi aku dapat melihat senyuman di bibir Harith Anaqi.

Tangannya yang berada di dalam genggamanku ditarik lalu terus dibawa ke kepalaku.

Aku ingat dia nak bawa ke kepalaku untuk menyalut kepalaku atau seangkatan dengannya. Rupanya, dia pergi cubit pipi tembam aku ni.

“Awak, sakitlah!” jeritku.

“Sejak bila isteri aku ni jadi matang?” soal Harith yang senyuman tidak lekang terukir.

Aku sudah menjeling tajam wajahnya sekilas. Mulut sudah memuncung.

“Itulah. Awak yang kerja tak ingat dunia sebenarnya. Isteri sendiri dah matang pun dia tak sedar” balasku.

“Iyelah. Sorry sebab tak sedar. Dah kau nak apa sekarang?” soal Harith.

Aku sudah memandang wajahnya dengan mata sudah bersinar-sinar. Nak dapat hadiah. Siapa tak gembira, kan?

“Saya boleh minta apa-apa sahaja ke?” soalku balik.

“Hmm. Minta dua benda. Satu sebagai tanda aku minta maaf. Lagi satu hadiah sempena kau dah mengandung” balas Harith.

Aku sudah tersenyum lebar. Untung dapat suami kaya ni. Minta sahajalah apa-apa. Duit dia tak berkurang pun.

Kalau tidak disebabkan takut Harith akan bunuh aku, sudah lama aku menjerit kegembiraan di dalam kereta ni.

Aku buat-buat seperti berfikir buat seketika waktu. Walau sebenarnya dalam kepala ini sudah ada jawapan yang satu. Saja ingin membuat Harith tertunggu-tunggu.

“2 benda, kan?” soalku inginkan kepastian.

“Hmm”

“Selepas sekian lama saya merenungkan apa yang saya inginkan, hati dan minda saya sudah membuat kata sepakat. Untuk hadiah sempena saya sudah mengandung ni, saya cuma mahu awak penuhkan hati awak dengan saya sahaja” balasku yang sudah tersenyum.

Adrenaline [Complete]Where stories live. Discover now