Chapter 2

9.6K 208 8
                                    

Sudah seminggu Ara tinggal di rumah mertuanya. Jadi Zayn memutuskan untuk membawa Ara pergi ke rumahnya pula.

"Jaga isteri kamu baik-baik bang," pesan Ayda. Bukan apa, dia kenal sangat dengan perangai anak sulungnya itu.

"Baik maa. Zayn bertolak dulu." Zayn meraih tangan Ayda untuk disalam kemudian beralih ke arah Zayyan.

Melihat Zayn bersalaman dengan orang tuanya, Ara juga ikut bersalaman. "Ara pergi dulu ya mama, papa." Dia tersenyum ke arah keduanya.

Ara begitu bersyukur, kerana mama dan papa Zayn masih melayaninya dengan baik. Ara masuk ke dalam kereta kemudian melambaikan tangannya.

***
Ara sudah mengetahui sedikit tentang Zayn kerana dia sempat berbual dengan Ayda. Mama mertuanya itu banyak bercerita tentang Zayn.

Pada pendapat Ara, Zayn adalah orang yang sangat dingin dengan orang yang tidak dikenali.

Tapi jika dia sudah selesa dengan orang itu maka sifatnya akan sangat berbeza.

Zayn juga sangat suka dengan sesuatu yang bernama coklat berbanding terbalik dengan Ara yang kurang menyukai coklat.

Pada masa lapang pula, lelaki itu akan pergi menziarahi sekolah pondok yang didirinya. Disebabkan itulah, kembar selalu menganggap Zayn seorang ustaz hanya kerana lelaki itu suka memberi motivasi pendek di sana.

Selain memiliki sekolah pondok, Zayn juga mendirikan beberapa rumah anak yatim.

Dan satu lagi, Zayn sangat mendambakan seorang perempuan yang menurutnya begitu sempurna, sebagai contoh, Alara.

Hanya sebanyak itu, yang Ara tahu tentang Zayn. Selebihnya dia harus mencari tahu sendiri.

Terlalu sibuk dengan lamunannya, dia akhirnya tidak sedar jika kereta sudah lama berhenti.

"Dah sampai turunlah," ujar Zayn. Dia keluar terlebih dulu dan membuka bonet keretanya untuk mengambil bagasi Ara.

Ara keluar dari kereta, dia menatap kagum ke arah desain rumah Zayn, "cantiknya." Ucapnya perlahan.

Keduanya berjalan masuk ke dalam rumah. Tiba di ruang tamu, Zayn meletakkan bagasi milik Ara di tepi sofa.

"Itu bilik awak dan sebelah kanan tu bilik saya," tunjuk Zayn dari arah bawah, kemudian meninggalkan Ara sendirian di ruang tamu.

Untunglah ada seorang bibik yang langsung datang membantunya.

"Puan izinkan saya bawa beg anda ke atas, " ujar bibik itu yang Ara teka umurnya 60 ke atas.

"Eh tak apa makcik, Ara boleh bawa sendiri," balasnya sambil mendekat ke arah bagasi.

Ara sangat menghormati orang yang lebih tua darinya kerana didikan Roshan. Kata abinya, sebagai yang lebih muda kita perlu menjaga adab dengan yang lebih tua. Sebab mereka sudah terlebih dulu memakan garam.

"Eh panggil je Mak Bedah. Mak Bedah dah lama ada dekat rumah Tuan Zayn ni. Jadi dah biasa buat kerja macam ni," terang mak Bedah, ramah.

"Tak apa, Ara boleh buat sendiri. Mak Bedah rehat saja dulu," ujarnya sambil tersenyum manis.

"Baiklah puan...."

"Aralia. Aralia Haura Rosalie. Mak Bedah panggil je Ara. " Ujar Ara memperkenalkan dirinya sambil mencium tangan Mak Bedah.

"Eh..., tangan Mak Bedah kotor." Dengan cepat dia menarik tangannya.

"Tak ada yang kotornya. Tak apalah, kalau macam tu Ara naik dulu ya," balas Ara dengan sopan. Mak Bedah tersenyum melihat isteri Zayn yang tidak merasa jijik dengan dirinya.

She, Aralia! Donde viven las historias. Descúbrelo ahora