16 || ERDEN'S ✧.*

Start from the beginning
                                    

Carl melakar senyuman kecil. Dia tahu itu adalah penipuan terbesar Ayeshah. Siapa saja yang tidak terluka bila perkahwinannya tidak jadi?

"Don't lie, Zahra. Aku tahu kau terseksa. Aku.. tak layak untuk jadi orang istimewa dalam hidup kau.." Ucap Carl dalam nada yang rendah. Dia sedar, dia tidak layak untuk mendapat gadis sebaik Ayeshah.

"Tapi awak pernah jadi orang yang istimewa dalam hidup saya.." Ayeshah melarikan pandangannya ke arah lain.

Tidak berkelip Carl memandang wajah Ayeshah. Dia.. pernah jadi orang yang istimewa dalam hidup gadis ini?

"Saya tak mampu nak luah sebab saya takut saya tak redha lepaskan awak pergi dengan orang lain, Erden.." Ayeshah tersenyum kecil. Dia memandang bintang-bintang di langit.

Carl terdiam. Dia turut memandang bintang-bintang yang bersinar di langit yang gelap itu.

"Zahra.." Panggil Carl perlahan.

Ayeshah menoleh ke arah Carl. Dia menanti saja apa yang bakal keluar dari mulut Carl.

"Kalau kau rindu aku.. Kau tengoklah bintang-bintang yang ada dekat langit ni.."

Ayeshah mengerutkan dahinya. Tengok bintang dekat langit?

"Kenapa nak kena tengok bintang?" Soalnya hairan.

"Sebab kau seperti bintang yang menyinari hidup aku.." Carl tersenyum kecil. Merepek? Mungkin.

Ayeshah tergelak kecil. Lawak? Tidak. Dia hanya mahu menyorok kesedihannya.

"Dan kalau aku rindu kau.. Aku akan tengok bintang dekat langit juga.." Sambung Carl lagi.

Semakin berkerut dahi Ayeshah mendengar. Wajah Carl dipandang lama. Dia mengelipkan matanya berkali-kali.

Carl menoleh ke arah Ayeshah sekilas sebelum dia tergelak kecil.

"Janganlah buat muka macam tu, sayang.. Makin berat hati aku nak tinggalkan kau.." Sayu saja Carl berkata. Dalam hatinya sudah meraung tidak mahu melepaskan Ayeshah.

Ayeshah terus mengalihkan pandangannya ke arah lain. Dia juga berat hati mahu melepaskan Carl pergi. Namun ini sudah tertulis dalam takdir hidup mereka, siapalah mereka untuk membantah?

"Bila kau rindu aku, kau akan tengok bintang.. Dan bila aku rindu kau, aku akan tengok bintang.. Kita sama-sama tengok bintang.."

"Bintang tahu kau tengah rindukan aku, dan bintang pun tahu aku tengah rindukan kau.. Jadi, dialah saksi kita.. Walaupun aku dah tinggalkan kau, kau boleh jumpa aku melalui bintang.. Kalau bintang tu berkelip, maksudnya aku pun rindukan kau.."

Terdiam Ayeshah tatkala mendengar kata-kata Carl. Walaupun pada mulanya dia agak keliru, tetapi akhirnya dia faham. Mereka.. berkomunikasi melalui bintang?

"Terima kasih, Honey Bear sebab jadi sebahagian dari hidup aku.." Ucap Carl perlahan. Dia menahan saja air matanya dari mengalir.

"Aku akan selamanya cintakan kau, sayang.. Sampai akhir hayat aku.." Mata Carl merenung dalam anak mata Ayeshah. Mereka berdua bertentang mata. Lama..

"Aku.. Sayang kau, Zahra.."

Ayeshah menundukkan kepalanya ke bawah. Menahan air mata daripada mengalir. Dia.. tak mahu menangis di hadapan Carl.

"Kau.. Cinta pertama aku. Kalaulah kau tahu betapa besarnya cinta aku pada kau.." Ucapnya perlahan. Dia sungguh mencintai wanita yang bernama Ayeshah Azzahra.

𝐄𝐑𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐁𝐄𝐄 ©Where stories live. Discover now