"Alhamdulillah" Papa memeluk tubuh isterinya.

"Saya minta diri dulu" Doktor tadi mula melangkah pergi setelah meminta diri.

"Abang nak pergi balik Malaysia" Kata papa membuat mama medongak  memandang muka papa.

"Pasal Adam"

"Dah jumpa ke?"

"Orang yang abang upah sudah check semua CCTV di tempat yang berkenaan dia dapat nombor plat kereta dan lori yang langgar Zafriel"

"Dan abang dah tahu dekat mana tempat Adam sembuyi"

"Dekat mana?" Tanya mama.

"Johor rumah dekat kampung mak ayah dia. Mak ayah dia juga ikut bantu Adam sembunyikan diri dari kena tangkap dengan polis" Jawab papa. Dalam hatinya sudah bersumpah serapah terhadap keluarga Adam.

"Kalau macam tu pergilah balas balik apa yang Adam buat dekat anak menantu kita"

"Saya stay sini jagakan Zafriel ada apa-apa saya call abang" Sambung mama.

🪐

"Nadia..."

Satu tangan kekar memeluk pinggang Nadia dari belakang. Suara itu...suara yang selama ini dia rindukan.

"Zafriel?" Dari posisi mengiring ke kanan terus menukar mengiring ke kiri.

Zafriel tersenyum lembut lalu mengangguk. Nadia sudah menitis air matanya.

"Aku rindu kau" Suara lembut dibisik di telinga Nadia.

"Tolong jangan tinggalkan Nadia lagi" Ujar Nadia.

"Aku selamanya ada untuk kau" Bisik lagi Zafriel lembut. Air mata Nadia terus mengalir tidak berniat ingin menghapuskan.

Nadia tersentak membuka matanya dengan luas dia mengelap matanya yang berair dengan kasar. Itu semuanya hanya mimpi. Mimpi Nadia. Zafriel tidak akan pulang.

Melihat ke arah jam dinding pukul 3 pagi alangkah baiknya dia bangun menunaikan solat tahajud.

Langkah diatur masuk kedalam bilik air untuk mengambil wuduk dan solat tahajud.

🪐

Kandungan Nadia sudah mencecah dua bulan. Hari-hari Nadia seperti biasa tanpa kehadiran Zafriel yang masih belum dapat Khabar.

Kes Adam pula polis sudah berjaya menangkap Adam dan orang upahan Adam yang telah langgar Zafriel. Kini hanya perlu menunggu hari dimana Adam akan dijatuhkan hukuman selanjutnya.

"Kau asal pandang Nadia macam tu?" Soal Isya kepada Hanna yang dari tadi lagi memandang Nadia dengan pelik.

"Macam ada something lah" Jawab Hanna.

"Something maksud kau?"

"Sesuatu"

"Yelah aku tahulah something tu sesuatu kau ingat aku bodoh sangat ke" Ujar Isya dengan emosi.

"Lek lek lah aku gurau aje"

"Nadia nampak gemuk sikit" Hanna merenung anak mata Nadia.

"Macam...orang tengah pregnant" Sambung Hanna.

Mata Nadia kini terbulat terkejut.

"Memandai je kau ni kau tahu mana Nadia pregnant?" Soal Isya.

"Aku tahulah sebab aku tengok ustazah Dayana tu asyik mengandung rupa dia macam ni lah tembam dan berisi" Jawab Hanna sambil mencubit pipi Nadia yang semakin tembam.

"Janganlah main pipi aku ni!" Nadia menepis tangan Hanna dari mukanya. Hari ni angin tak elok.

"Tapi memang betul pun kang kau pregnant" Kata Hanna dengan nada perlahan.

"Kalau ya kau nak buat apa?" Jawab Nadia bersahaja.

"Serius lah!" Isya dan Eryn serentak terkejut.

"Aku jadi aunty lah nanti!?"

"Aku rasa aku terlalu muda dan cantik untuk dipanggil aunty or makcik" Ujar Hanna dengan sedikit dramatik.

"Memang elok pun panggilan tu untuk kau" Bidas Isya.

"Berapa bulan dah ni" Tanya Eryn. Membiarkan Hanna dan Isya bergaduh.

"Dua bulan baru" Jawab Nadia sambil menggosok perutnya dengan lembut.

"Ohh...hm mertua kau dah tahu ke pasal ni?"

"Belum. Aku tak ready lagi nak bagitahu dekat diorang" Jawab Nadia dengan senyuman hambar.

Tbc

SENIOR TU, SUAMI AKU!Where stories live. Discover now