STSA 19

36.7K 1.7K 457
                                    


Malam menjelma semua orang bersiap untuk malam kebudayaan. Nadia memakai kain batik dan baju kurung kosong berwarna oren tidak lupa juga memakai handsock untuk tutup auratnya.

Tarian yang dibawa oleh kadet bomba ialah tarian inang sulam sembilan.

Terpana Zafriel melihat Nadia yang kelihatan ayu pada malam ni.

Aisyah sebagai ketua disitu maju kehadapan memberi kata pembuka sebelum mula menari.

"Saksikan dari kami unit kadet bomba akan menari tarian inang sulam sembilan" Dengan tepukan gemuruh membuat Nadia semakin nervous.

"Ingat step yang kita berlatih sebelum ni" Bisik Isya sambil menggegam tangan Nadia yang bergetar.

Nadia mengangguk.

Mereka pun menari diikuti irama Melayu klasik. Mata Zafriel tidak berhenti menatap setiap gerak-geri Nadia. Memang sungguh terpesona!

Arissa yang sedang bercakap dengan dia hanya abaikan saja malas nak melayan. Baik tengok isteri dia menari kat depan ni.

Nadia dan Zafriel bertentang mata lalu saling berbalas senyum.

Terasa dia abaikan Arissa berhenti bercakap dia melihat kehadapan dengan muka tak puas hati.

Habis tarian dari kadet bomba. Nadia melangkah ke sungai ingin melihat suasana malam tanpa memberi tahu siapa-siapa.

Tangan ditarik kasar sehingga Nadia terbangun. Arissa dengan perasaan marah menolak Nadia.

"Hey pompuan! Aku warning sekali lagi kau dekat dengan Zafriel siap kau!" Katanya dikawal oleh perasaan marah campur dengan cemburu.

Nadia bangun dia tersenyum sinis.

"Asal? Kau cemburu ke Zafriel lebih tertarik dengan aku berbanding betina murah macam kau ni?" Saja Nadia ingin panaskan hati Arissa.

Harap muka je cantik tapi perangai hm.

"Aku murah? Tolong sikit eh aku dulu yang dapat dia lepastu senang-senang je kau rampas dari aku!"

"Bukan ke kau yang tinggalkan dia sebab ikut jantan lain? Lepastu nak jilat balik benda yang kau ludah" Ujar Nadia. Dia sudah tahu pasal hubungan Zafriel dan Arissa.

"Euww, shameless" Sambung Nadia membuat muka jijik.

"Tak guna sundal!" Nadia yang tahu Arissa akan menolaknya cepat-cepat memeluk Arissa biar terjatuh bersama-sama.

"Sebelum kau nak bunuh aku, aku akan pastikan kau ikut mati sekali dengan aku" Bisik Nadia sebelum dia tenggelam dalam sungai.

"Tolong!!!" Arissa menjerit meminta pertolongan. Nadia yang pandai berenang dengan cepat membawa Arissa keatas darat sebelum air semakin deras.

Nadia masih mempunyai hati perut.

"Tolong!" Jerit Nadia apabila deruan nafas Arissa terhenti.

Khairiz yang kebetulan terkejut melihat kejadian itu, dengan lekas dia pergi dan menelefon medical.

Semua orang yang mendengar kekecohan dari arah sungai segera pergi ingin melihat apa yang terjadi.

"Arissa!"

"Nadia!"

"Apa kau buat ni Nadia!?" Tengking Zafriel.

Nadia menggeleng kepalanya. Bukan aku!
Nak buka mulut pun tak mampu yang mampu hanya menangis.

"Bukan aku buat dia tolak aku" Kata Nadia lemah.

"Dia tolak kau ke kau tolak dia!?" Tengking lagi Zafriel. Isya dan Hanna memeluk Nadia yang terduduk menangis.

"Kau tahu tak kau dah buat anak orang hampir mati!?" Tak puas lagi Zafriel menjerkah Nadia didepan orang ramai.

"Zafriel!" Jerkah cikgu Abidin.

Hanna dan Isya datang memeluk Nadia yang terduduk menangis. Suami tak guna!

Semua orang yang berada disitu hanya menyaksikan saja. Tak tahu apa-apa dan macam mana boleh jadi macam ni.

"Bukan aku yang tolak dia" Kata Nadia dadanya terasa sakit akibat menangis ditambah pula dengan suami yang dia percaya selama ini menuduhnya.

"Ye,ye aku tahu" Isya dan Hanna memeluk erat. Dia percaya yang kawan dia tak buat semua ni!

🪐

Sejak pada hari itu, hubungan Nadia dan Zafriel menjadi renggang. Zafriel tak banyak bercakap dengan Nadia. Bercakap bila perlu saja. Nadia pula untuk menerangkan hal sebenar tapi Zafriel masih tidak percaya dengannya.

"Hiks...Nadia tolak saya masa saya nak terangkan pasal saya dan awak kawan je tapi dia ingat saya nak rampas awak dari dia" Arissa menangis tersedu-sedu selepas bangun dari pengsan.

"Kenapa dengan dia sekali terjatuh?" Tanya Zafriel dingin.

"Se-sebab dia taknak orang syak yang dia tolak saya. Dia nak orang ingatkan dia selamatkan saya. Dia betul-betul nak bunuh saya!" Jawab Arissa.

Zafriel bangun dari duduknya keluar dari bilik Arissa.

Arissa tersenyum sinis melihat kepergian Zafriel.

🪐

"Nadia!" Jerit Zafriel dengan lantang.

Nadia yang mendengar jeritan Zafriel pun turun kebawah dengan hati berdebar-debar.

"Kau nak jadi pembunuh ke?" Soal Zafriel dingin matanya tajam menusuk kearah Nadia.

"Apa maksud abang?" Zafriel tergelak.

"Kau tak payah nak abang-abang sangat lah! Jerkah Zafriel.

Terhinjut bahu Nadia. Air mata dibendung.

"Dengar Nadia explain dulu" Nadia memegang lengan Zafriel.

"Explain apa? Explain yang kau cuba nak bunuh Arissa sebab tak nak dia rampas aku dari kau?" Balas Zafriel mendatar.

"Aku tak tahu pula yang kau ni jenis play victim dan aku betul-betul kecewa dengan perangai sebenar kau" Ujar lagi Zafriel lalu meninggalkan Nadia seorang diri menangis.

Tbc

Ramai yang minta author update malam ni. So author tunaikan lah.

So macam mana dengan Zafriel pada chapter kali ni?😏




SENIOR TU, SUAMI AKU!Where stories live. Discover now