STSA 32

31.6K 1.4K 218
                                    


Grip dipulas laju mengejar kereta Adam yang telah jauh daripadanya. Nik disebelah ikut mengejar dengan yang lain dibelakang.

Sampai di traffic light light tidak sempat lampu hijau sudah bertukar lampu merah Zafriel terus memulas grip langgar lampu merah begitu sahaja. Nik yang dibelakang terhenti kerana ada sebuah kereta melintas dengan laju, mujurlah dia tidak mengikut Zafriel langgar lampu merah.

"Bodohlah" Desis Nik.

Dia sambung mengejar kereta Adam dan Zafriel yang sudah jauh darinya.

Bukan dia sahaja namun kawan-kawannya yang lain juga ikut.

Adam tak sengaja memandang side mirror kereta, sebuah motor laju ke arahnya. Tersedar akan ada yang mengikutinya kereta dipandu dengan laju.

Dia belok ke kanan ingin memastikan sama ada motor itu betul-betul mengikutinya.

Zafriel belok kanan.

"Sial" Carut Adam.

Disebalik helmet Zafriel mengukir senyum sini mungkin Adam sudah mengetahui dia.

Jadi dia teruskan bermain.

Adam sengaja masuk kedalam lorong gelap dan sunyi. Beberapa kotak di tepi kedai orang berterabur dilanggar olehnya namun dia teruskan memandu. Lantak lah.

Zafriel sedaya upaya mengelak dari benda yang menghalangi jalannya.

Jalan mati. Adam menekan break secara mengejut lalu dipusing balik menghadap Zafriel.

Break ditekan secara mengejut Zafriel terkaku seketika apabila kereta laju datang ke arahnya. Teringat akan Nadia dia cuba bergerak ke tepi kereta. Malang sekali bahagian belakang motornya dirempuh sehingga dia tercampak di atas jalan.

Penglihatan buram sebelum semuanya gelap.

Adam tersenyum sinis melihat dari cermin sisi kereta puas melihat Zafriel rebah dirempuh.

Bunyi enjin motor yang lain sempat terkejut melihat Zafriel sudah terlantar di atas jalan. Adam terus menekan pedal minyak lari dari mereka.

"Hanif kau kejar Adam biar aku dengan Tasya tolong Zafriel" Semua angguk tanda faham.

"Zafriel!" Melihat Zafriel terlantar mujurlah tiada darah mengalir dari kepalanya.

"Zafriel!"

"Na...Nadia.." Perlahan Zafriel menyebut nama Nadia. Rasa berat kepalanya.

Nik membuka helmet yang dipakai.

"Aku...kena selamatkan Nadia tolong aku" Zafriel cuba bangun dari baringnya dia melihat sekitar hanya ada Nik dan Tasya. Diamana Adam?

"Kita pergi hospital dululah" Ujar Nik sambil mengangkat Zafriel perlahan untuk berdiri.

"Taknak aku kena kejar Adam!" Zafriel menepis tangan Nik dia mengangkat kembali motornya yang terjatuh.

"Kau baru kena langgar Zafriel! Keselamatan kau lagi penting kita kena sabar dulu aku dah suruh yang lain kejar Adam"

"Nadia lebih penting dari nyawa aku! Aku takkan maafkan diri aku jika apa-apa yang terjadi pada isteri aku!" Bentak Zafriel.

Tanpa memandang Nik dan Tasya, Zafriel mula menghidupkan enjin motor sebelum berlalu pergi.

"Keras kepala" Tasya memandang Nik yang masih berdiam diri.

"Jomlah kita kejar"

🪐

"Adam! Lepas aku! Kau nak bawa aku pergi mana!" Nadia menggelupur minta dilepaskan. Adam membawanya masuk kedalam kereta.

SENIOR TU, SUAMI AKU!Where stories live. Discover now