17.

9.6K 827 66
                                    

TERTEKAN UNPUBLISH AGSAKJLKJH 😭🔫

Time Stamp.

Langit ketika ini sedang mendung saat Sara menjejakkan kaki ke lantai lobi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Langit ketika ini sedang mendung saat Sara menjejakkan kaki ke lantai lobi. Tak ada bintang atau bulan yang menyinar, hanya lampu jalan dan lampu bangunan yang menjadi penyeri malam yang mula diguyur gerimis.

Sara melirik jam di pergelangan tangan kiri. Pukul sembilan malam. Hari ini dia stay back lagi sebab nak siapkan kerja. Belakangan ni memang Vision tengah tak menang tangan dengan semua hal. 

Memandangkan esok hujung minggu, Sara siapkan terus je kerja yang dia perlu buat. Dua hari ke depan dia tak perlu peningkan kepala dan hari Isnin nanti dah tak banyak sangat beban yang nak difikir.

Kurang dari setengah jam, Sara selamat tiba di depan pintu pagar rumah sewanya. Malam ni juga cuma ada dia sebab Fahin balik kampung. Kakinya terus menapak ke bilik. Nak mandi sebab hidung dia dah mula berair. Harapnya nyenyak la dia tidur malam ni.

Hampa. Lena Sara tak lama sebelum dia terjaga dengan kepala yang berdenyut. Entah demam atau sakit kepala biasa bahana tak cukup rehat, yang Sara tahu kepalanya rasa nak pecah. Payah kalau antibody tak boleh diajak kerjasama ni.

Perlahan dia bangun dan gagahkan kaki menapak ke dapur. Air putih ditadah dari mesin Coway. Ubat tahan sakit dan selsema yang biasanya disimpan dalam kabinet, dikeluarkan sebelum ditelan. 

Dengan pandangan cuba difokuskan, dia menatap jam dinding yang tergantung. Pukul sebelas malam. Tak lama mana pun dia tidur tadi rupanya. Sara membuang keluh, kepalanya disembamkan pada lipatan lengan di atas meja. Alamat kalau dah macam ni memang payah la nak tidur balik apalagi sayup-sayup telinganya mampu mendengar bunyi hujan lebat di luar.

Hampir 10 minit Sara dalam keadaan begitu, kepalanya diangkat dengan muka berkerut menahan pening. Pandangannya tiba-tiba jadi berbalam. Nafas panjang ditarik dan dihembus perlahan. Sedaya upaya Sara bangun untuk kembali semula ke biliknya.

Perlu perjuangan yang buat Sara nyaris jatuh tergolek dari anak tangga sebelum dia dapat merebahkan diri semula ke atas tilam. Itu pun bukan semua tubuhnya terletak dengan posisi yang betul. Kakinya terjuntai dan hanya kepalanya yang berlabuh pada gumpalan comforter.

Bzz. Bzz.

Getaran kuat dari telefonnya hanya mampu dijeling. Tak larat nak bangun. Sehingga la panggilan yang masuk itu terputus sendiri, Sara masih dengan posisi separa sedarnya menahan kepala yang berdenyut.

Bzz. Bzz.

Panggilan untuk kali ketiga dalam tempoh 10 minit. Nak tak nak Sara panjangkan tangan mencapai telefon yang sejak tadi terbiar di tepi bantal. 

Melihat sekilas nama pemanggil di skrin, jarinya menyentuh butang untuk menjawab panggilan. Telefonnya dibiar tersadai di atas tilam dengan loudspeaker terpasang.

   "Masih stay dekat office ke? Fahin cakap kau balik lewat lagi." Suara Ghaz menampar gegendang.

   "Dah sampai rumah." Sara menjawab dengan mata terpejam. Entah Ghaz tu faham atau tak dengan apa yang dia cakap sebab Sara sendiri rasa yang suaranya kembang, bercakap tak larat nak buka mulut punya pasal.

Sara IsabellaWhere stories live. Discover now