8.

9.4K 827 84
                                    

Minta maaf sebab tak update semalam 😭🙏 terharu ramai yang tanya dan tunggu haha.

Dia bukan sebab komen tapi semalam saya dalam perjalanan ✨musafir✨ payah nak taip dalam kereta. Nak inform pun line ciput.

Time Stamp.

Jika ada hal yang lebih menyiksa dan buat Sara rasa bengap dengan diri sendiri, hal itu adalah dia yang entah kenapa dengan mudah menyetujui ajakan Ghaz untuk keluar pagi Sabtu ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jika ada hal yang lebih menyiksa dan buat Sara rasa bengap dengan diri sendiri, hal itu adalah dia yang entah kenapa dengan mudah menyetujui ajakan Ghaz untuk keluar pagi Sabtu ini.

Sara menghela nafas. Perbualan singkat dia dan lelaki yang katanya tengah on the way itu kembali teringat. Tak ada perbualan bermakna selain Ghaz yang tiba-tiba ajak Sara untuk keluar. Katanya nak berbincang dengan erti serius tanpa ada maksud terselubung macam tempoh hari.

    “Nak keluar ke?” Umi yang ketika itu tengah bersiap untuk aktiviti menyiram pokok bunganya menegur.

    “Ha'ah. Sekejap je.” Sara senyum segaris. Aiseh, boleh pula terserempak dengan umi. Ingatkan umi masih sibuk di dapur.

     “Keluar dengan Fahin?” Bukan nak menyibuk, tapi saja nak bertanya. Lagipun Sara dah besar, bukan budak yang perlu diperhati 24 jam.

     “Tak la, dengan kawan. Umi, Sara pergi dulu. Dia dah sampai.” Sara pantas menarik tangan umi dan disalam. Sempat pipi wanita itu dikucup singkat sebelum dia bergegas keluar menghampiri pagar utama.

Nasib baik timing Ghaz tepat. Nasib baik juga awal-awal lagi dia dah suruh Ghaz tu tunggu depan pagar utama je. Mahu terjerut leher dia nak berdalih menjawab kalau umi bertanya lagi.

Ghaz memang kawan baik Eilyas dan hakikat yang satu itu dah dimaklum oleh mereka sekeluarga, tapi tidak dengan Sara dan Ghaz walau apa pun hubungan mereka berdua.

Sebelum ni Ghaz dan Sara memang tak pernah berbual mesra acah rapat pun. Tak ke mengundang namanya tu kalau tiba-tiba Sara bagitau dia keluar dengan Ghaz?

     “Kenapa kalut semacam je ni?” Ghaz melirik Sara sekilas. Tangannya melepas hand brake sebelum menekan pedal dan memandu meninggalkan perkarangan rumah dua tingkat itu.

     “Risau umi nampak.” Sara membalas pendek. Wajah Ghaz tak berani dipandang.

Apa pun topik yang berbangkit antara mereka berdua, hujungnya nanti pasti akan menyentuh isu sensitif dan boleh memicu perdebatan. Sara dah tak larat nak berperang. Mentally draining asal buka mulut kena bertekak.

Lagipun Ghaz cakap nak selesaikan semua hal mereka hari ini dengan kepala dingin, alias secara damai.

    “Umi tak tanya ke kau keluar dengan siapa?” Ghaz menjeling ke sisinya.

     “Tanya.” Sara menjawab pendek. Tak nak menghurai lebih lanjut dan semoga Ghaz pun tak memancing soalan yang boleh buat aura permusuhan mereka menguar.

Sara IsabellaWhere stories live. Discover now