14 || ERDEN'S ✧.*

Start from the beginning
                                    

"Carl.. Aku tahu kau baik. Kau layak dapat jodoh yang lebih baik daripada anak aku.." Carl menggeleng laju. Dia tetap mahukan Ayeshah Azzahra.

"Aku nak dia. Aku tetap nak Ayeshah. Dia cinta pertama aku. Susah untuk aku lepaskan dia.." Carl menunduk. Dia tidak tahu adakah dia masih sempat untuk membetulkan semuanya. Dia takut dia tidak sempat.

Datin Asyfa memandang sayu ke arah Carl. Dia tahu apa yang Carl rasa. Dia tidak mahu melihat Carl bersedih.

Pintu dibuka dari luar. Pantas mereka mengalihkan pandangan ke arah pintu. Ayeshah tersentak. Dia seakan terkaku melihat Carl berada di rumahnya. Baru saja dia mahu lari, dia sudah ditegur oleh Dato' Ahmad Idrus.

"Esha. Duduk sini dulu."

Ayeshah mengeluh. Mahu ataupun tidak, dia tetap perlu duduk berhadapan dengan Carl. Dengan hati yang tidak rela, dia duduk di sebelah Datin Asyfa. Wajah Carl sedikitpun tidak dipandang.

"Carl nak jumpa Esha. Esha bagi dia peluang ya?" Datin Asyfa cuba memujuk anaknya. Dia tidak mahu anaknya bermusuh dengan siapa-siapa.

Ayeshah memandang wajah Bondanya sebelum dia menggeleng perlahan. Datin Asyfa terus memandang wajah Dato' Ahmad Idrus.

"Esha.. Cukuplah Esha tahu yang gambar yang Esha nampak tu semua adalah fitnah. Bagi Carl peluang untuk jelaskan semuanya.."  Dato' Ahmad Idrus memandang anaknya dengan penuh harapan. Dia tidak mahu menghampakan Carl.

Ayeshah memandang Carl sekilas sebelum dia menunduk. Dia tidaklah benci pada Carl, cuma dia kecewa. Dia tidak sangka dia sudah berpisah dengan jejaka yang bernama Erden Carl.

"Dekat gazebo.." Ucap Ayeshah sebelum dia melangkah meninggalkan mereka semua. Datin Asyfa tersenyum. Dia tahu anaknya tidak akan menghampakan mereka.

Dato' Ahmad Idrus memandang Carl yang sudah terdiam itu. "Pergi. Jangan sakitkan hati dia lagi."

Carl mengangguk sebelum dia melangkah ke luar rumah.

CARL memandang Ayeshah yang diam tidak bersuara itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

CARL memandang Ayeshah yang diam tidak bersuara itu. Keadaan menjadi kekok. Tidak seperti sebelum ini. Sebelum ini, mereka sentiasa dipenuhi dengan perbualan dan gelak tawa. Namun kini, hanya bunyi air kolam saja yang kedengaran.

"Zahra.." Panggil Carl sayu tanpa memandang wajah Ayeshah. Ayeshah dengar. Dia tidak mampu melihat wajah Carl. Dia hanya menunduk.

"Aku minta maaf.." Ucap Carl sebelum dia menoleh ke arah Ayeshah. Carl memusingkan badannya menghadap Ayeshah. Ayeshah masih sama. Diam dan tidak memandang wajah Carl.

"Aku minta maaf atas semua yang dah jadi. Aku tak sangka benda akan jadi macam ni, Zahra.." Carl kalah dengan tangisannya. Pertama kali dia menangis di hadapan perempuan yang bukan darah daging ataupun keluarganya.

Ayeshah tersentak. Dia menoleh sekilas ke arah Carl tatkala mendengar tangisan Carl. Dia mengalihkan pandangannya semula ke arah lain. Hatinya tidak cukup kuat untuk meneliti wajah tampan jejaka itu.

𝐄𝐑𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐁𝐄𝐄 ©Where stories live. Discover now