Marsha membuka lembaran pertama iqra' jilid pertama. Dia perlu membaca alif ba ta. Dia perlu mengenal huruf Al-quran terlebih dahulu dan bermula dari basic.

"Sebelum tu...baca bismillah dulu." beritahu Arshad.

"Bismillahirahmanirahim..." Arshad dan Marsha melafazkan kalimah basmalah secara serentak.

"Alif." Arshad membaca terlebih dahulu kemudian diikuti Marsha.

"Alif."

"Ba."

"Ba."

"Ta."

Sehinggalah huruf ya kemudian Arshad minta Marsha ulang semula.

"Alif...ba...ta...hmm.." Marsha mula lupa huruf yang seterusnya. Semasa di tadika dia pernah belajar. Tapi hanya tiga huruf di awal saja yang masih melekat dalam kepalanya.

"Sa." Arshad bersuara.

"Sa....hmmm..." Huruf seterusnya pun dia lupa.

"Takkan dah lupa?" Arshad sudah mula on mood garangnya.

"Okay...fokus! Abang ajar sekali lagi. Lepas ni sayang kena ingat semua huruf ni. Nanti kena ulang semula. Kalau tak ingat satu huruf, kena rotan."

Marsha gelabah. Dia mula tumpukan perhatian.

.

TSK...tskk...tskk...

Marsha menangis teresak-esak di kepala katil sambil menerkup mukanya dengan bantal.

"Sayang...sakit sangat ke abang rotan tadi? Mari sini tengok tangan tu."

"Pergilah sana! Tak nak kawan...abang dah tak sayang sha. Sanggup abang pukul sampai merah telapak tangan sha ni." Marsha menepis tangan Arshad yang cuba menyentuh dia.

"Sayang yang asyik lupa. Abang dah banyak kali ajar. Sayang ni banyak makan otak udang kut. Tu yang asyik lupa." Arshad ketawa kecil.

Marsha mencerlung tajam ke arah Arshad. Arshad sikit pun tak takut dengan renungan isterinya. Lagi Arshad tergelak ada lah. Lalu Marsha memukul Arshad dengan bantal.

"Eh, tadi cakap tangan sakit. Sekarang kuat pula pukul abang." Arshad cuba mengelak dari terkena pukulan Marsha.

"I hate you!" Marsha merengus geram.

"I love you..." Arshad sengaja mengejek.

'Baru belajar alif ba ta dah kena smackdown macam ni. Sabar Arshad...kau nak hidup dengan dia lama lagi.' gumam Arshad.

.

PADA hujung minggu, Arshad mengajak Marsha ke shopping mall. Dia membelikan Marsha baju longgar dan juga tudung. Sikit pun Marsha tak berkenan dengan baju yang Arshad pilihkan untuk dia. Terlalu 'old school' bagi dia.

"Tak nak lah baju ni...nanti nampak gemuk kalau pakai baju besar-besar." Marsha meletak semula baju itu ke tempat asal.

"Mana ada besar. Okay lah ni. Kalau nak baju kecik-kecik, lebih baik pakai baju baby." Sengaja Arshad mahu mengusik.

Marsha menjegilkan bola matanya. Rasa nak jentik saja mulut suaminya. Ada saja ayat perlian yang keluar dari mulut Arshad. Arshad selalu keluarkan ayat sentap.

"Nah...pakai yang ini. Ni tak besar sangat. Janji tutup aurat." Arshad menghulurkan lagi blouse muslimah yang labuhnya mampu menutup bahagian punggung.

"Tak panas ke awak?"

"Tak...sayang try dulu. Kalau nak fikir panas, neraka lagi panas tau." Sekali lagi ayat sentap keluar dari mulut suaminya.

Jodoh Tersalah Alamat (COMPLETE)Where stories live. Discover now