₊˚ʚ Zhafran Aurel : 54 ⨾ଓ

Depuis le début
                                    

"Abang tahu bunga kuat. Tahan ya?"

"Argh abang.. Sakitt!!"

Tanpa membuang masa, pedal minyak dipijak kuat lalu kereta Audi RS7 miliknya mula membelah jalan raya.

Zhafran memegang tangan isterinya lalu dia membacakan selawat bagi meredahkan kesakitan itu. Dia tidak sanggup melihat isterinya sakit seperti ini.

SETIBANYA di kawasan hospital, Zhafran melangkah ke arah kaunter lalu dia menanyakan beberapa soalan

Oups ! Cette image n'est pas conforme à nos directives de contenu. Afin de continuer la publication, veuillez la retirer ou télécharger une autre image.

SETIBANYA di kawasan hospital, Zhafran melangkah ke arah kaunter lalu dia menanyakan beberapa soalan. Dah macam wawancara.

Aurel yang berada di dalam kereta itu menjerit kuat sambil air matanya merembes laju. "Abang!! Sakit!"

Zhafran semakin gelabah. Aduh mana doktor ni?!

Zhafran kembali ke arah isterinya lalu tubuh isterinya dicempung.

"Doktor!! Isteri aku dah nak beranak ni!!!" Jeritnya membuatkan semua doktor dan jururawat yang lalu lalang itu terkejut. Lalu, seorang doktor perempuan berlari ke arah mereka. Tidak lupa dengan kerusi roda untuk menempatkan isterinya.

"Tolak isteri awak pergi ke labour room!" Arah doktor Humaira selaku salah satu doktor perempuan. Zhafran mengangguk lalu kerusi roda itu ditolak untuk pergi ke labour room.

"Bunga kuat okay? Abang akan teman bunga semasa nak lahirkan anak kita..."

Air mata Aurel tidak henti-henti mengalir, dia takut sangat.

"Dah bersedia?" Hanya anggukkan yang mampu dibalas oleh pasangan itu.

"Tuan ke yang akan temankan isteri Tuan kejap lagi?" Soal Dr. Humaira kepada Zhafran sambil tangannya sibuk menyarungkan sarung tangan yang disediakan oleh pihak hospital.

"Ya saya.."

Dr. Humaira angguk lalu kerusi roda yang menempatkan Aurel ditolak olehnya, lalu jururawat perempuan lain menolong untuk memindahkan Aurel ke katil pesakit.

"Dah jom."

Sebelum melangkah ke dalam bilik bersalin, Zhafran sempat lagi text adiknya, Zayyan agar segera memberitahu ibu dan bonda mengenai hal ini.

Setelah itu, Zhafran melangkah ke dalam bilik bersalin itu. Dapat dia lihat dari ekor mata betapa sakitnya Aurel menahan sakit itu. Senak di perut semakin menjadi-jadi.

"Bismillah.." Belum lagi isterinya nak melahirkan anaknya, sudah pucat lesi muka lelaki itu. Nampak sangat takut.

"Semoga semuanya berjalan dengan lancar."

Suasana di bilik bersalin itu riuh dengan jeritan isterinya. Zhafran mengucup berkali-kali pergelangan tangan isterinya bagi menenangkan isterinya.

Pengorbanan seorang ibu sangatlah besar. Dapat dia lihat bagaimana pengorbanan seorang isteri yang sedang bertarung nyawa demi melahirkan anak mereka.

Kedengaran jelas tangisan si kecil itu, Aurel melepaskan genggaman di lengan suami. Sungguh, dia tidak bermaya untuk semua ini.

"Welcome Zhufairah Aleena.." Ujar Aurel perlahan lalu pemandangannya bertukar gelap. Zhafran yang terleka dengan genggaman yang telah dirungkaikan itu terkejut.

"Bunga!"

AUREL mencelikkan kedua-dua kelopak matanya

Oups ! Cette image n'est pas conforme à nos directives de contenu. Afin de continuer la publication, veuillez la retirer ou télécharger une autre image.

AUREL mencelikkan kedua-dua kelopak matanya. Lalu, sosok suaminya yang menggendong anak kecil itu direnung lama.

"Bunga okay?" Zhafran berkata lalu dia membelai si kecil yang lagi nyenyak tidur. Comel. Seperti mamanya.

Aurel tersenyum nipis. "Okay.."

"Abang nak iqamatkan little flower kita dulu okay?"

Aurel mengangguk lagi. Kini, statusnya berubah menjadi seorang ibu. Wajah anaknya direnung lama, mukanya iras dengan dirinya.

Lalu, Zhafran memulakan sesi iqamat itu. Suara merdu suaminya kedengaran jelas di cuping telinganya, Aurel hanya mengulum senyuman manis.

Setelah itu, Zhafran meneruskan dengan membaca doa untuk bayi yang baru lahir.

جَعَلَهُ اللهُ مُبَارَكًا عَلَيكَ وَعَلَى أُمَّةِ مُحَمَّدٍ - صلى الله عليه وسلم -

"Semoga Allah menjadikannya anak yang diberkahi untukmu dan untuk umat Muhammad shallallahu 'alaihi wa sallam."

"Assalamualaikum, little flower." Seluruh wajah si kecil itu dikucup oleh Zhafran. Tanpa sedar, air mata lelakinya jatuh membasahi pipi si kecil. Aurel turut sebak apabila melihat air mata suaminya jatuh. Dia menahan sebak di hati.

"Zhufairah Aleena.."

"Anak mama dan babah.." Tiba-tiba, si kecil itu mencelikkan matanya. Seakan-akan tahu akan namanya. Zhafran tersenyum kecil. Comelnya anak mereka berdua.

Setelah itu, Zhafran memalingkan wajahnya untuk menghadap wajah isterinya. Senyuman turut dilakar di bibirnya, isterinya, Aurel Zea Rose sanggup bertarung nyawa demi melahirkan anak mereka. Itulah pengorbanan seorang ibu yang tidak dapat ditandingi.

"Sayang..? Do you want to hug our little flower?" Hanya anggukkan yang menjadi responnya. Dengan penuh berhati-hati, tubuh si kecil itu bertukar tangan.

"Jadi anak yang baik, solehah dan comel ya, anak mama.."

"Mama babah love you, Zhufairah Aleena." sambung Aurel lalu dia mengucup dahi anaknya dengan lama. Begitu juga dengan Zhafran.

Pukul 7 malam semalam, Zhufairah Aleena telah selamat melihat dunia. Semoga Allah merahmati kelahirannya. Aamiin.

sorryy for late update, love ')

Oups ! Cette image n'est pas conforme à nos directives de contenu. Afin de continuer la publication, veuillez la retirer ou télécharger une autre image.

sorryy for late update, love ')

ZHAFRAN AUDEN ©️Où les histoires vivent. Découvrez maintenant