₊˚ʚ Zhafran Aurel : 48 ⨾ଓ

Comenzar desde el principio
                                    

Laju sahaja Aurel menekan punat pada remote control itu lalu siaran 395 ataupun dikenali sebagai siaran TVN.

Drama Can We Be Strangers menarik minat Aurel, walaupun dia bukanlah kdrama lovers, hatinya membuak-buak ingin melayan kdrama yang baru-baru di recommended dalam media sosial.

Dengan penuh perasaan Aurel melayan kdrama, dia mengesat air matanya yang membasahi pipi tatkala melihat scene yang sedih.

"Dahlah, baru lapan episod dah nangis." Pantas Aurel bangun lalu kakinya menghayun ke arah kamar mandi. Tekaknya mula loya, tubuh badannya juga lesu. Perutnya terasa seperti dicucuk-cucuk oleh sebilah pisau.

Aurel memuntahkan semua isi perutnya apabila dia tidak mampu menahannya. Dia memandang ke arah cermin yang berada di hadapannya ini. Mukanya kelihatan pucat lesi.

"Ya Allah.." Aurel tidak mampu untuk mengeluarkan apa-apa perkataan lagi. Dia keluar dari ruangan kamar mandi lalu IPhone 13 Pro Max miliknya dicapai walaupun tangannya berketar-ketar.

Ikon kenalan suaminya ditekan lalu dia membuat panggilan. Namun, hampa. Panggilan itu diabaikan begitu sahaja.

"Abang please jawab panggilan saya..." Air mata yang bercucuran jatuh dari tubir matanya dibiarkan begitu saja.

Akibat terlalu lemah dan sakit yang tiba-tiba menyerang dirinya, tubuhnya melorot jatuh. IPhonenya turut terjatuh, jarinya turut berketar-ketar ketika Aurel ingin menghantarkan mesej ringkas kepada suaminya.

Syurga 🤍

- Assalamualaikum abang..
- Boleh tolong belikan saya ubat?
- Saya tak sihat..
- Thankyou abang, take care there.
- Love you.

Matanya mula pedih, belum sempat lagi Aurel mahu bangun semula untuk menuju ke arah sofa, sepantas itu sahaja dia pengsan akibat terlalu sakit.

ZHAFRAN berasa tidak sedap hati tentang keadaan isterinya yang berada di rumah seorang diri itu, namun dia menggelengkan kepalanya berkali-kali

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.


ZHAFRAN berasa tidak sedap hati tentang keadaan isterinya yang berada di rumah seorang diri itu, namun dia menggelengkan kepalanya berkali-kali.

'Semoga bunga baik-baik saja..'

Tinggg!

IPhone nya berdering menandakan ada notifikasi whatsapp, Zhafran mengecilkan matanya untuk melihat pesanan itu daripada siapa.

My Precious Flower ❤️

- Assalamualaikum abang..
- Boleh tolong belikan saya ubat?
- Saya tak sihat..
- Thankyou abang, take care there.
- Love you.

Isterinya ada mesej dia? Pantas sahaja Zhafran membalas mesej itu. Jarinya laju mengetik skrin iPhonenya.

Me,

- Waalaikumussalam bidadari.
- Why hm? Are you okay my love?
- Hey, love.. Reply please?
- Abang on the way.
- Wait for me, love you too.

Zhafran Auden ©️Donde viven las historias. Descúbrelo ahora