₊˚ʚ Zhafran Aurel : 47 ⨾ଓ

Start from the beginning
                                    

"Tapi abang tak tahu! Aurel pun nak merasa juga jadi seorang ibu.. Aurel nak.."

Suara Aurel yang kian bergetar itu tiba-tiba melayar di mindanya. Dia bersalah kerana tersalah cakap. Itulah orang kata, terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata buruk padahnya.

"I'm sorry flower.. Abang tiada niat pun nak lukakan hati bunga.. Cuma abang taknak awak sakit lagi.."

Sedang Zhafran melayan perasaan bersalahnya, pintu bilik kerjanya diketuk berkali-kali. Walaupun pintu ofisnya kalis bunyi, dia masih boleh mendengari bunyi ketukan itu.

"Masuk." Sepatah Zhafran berkata, fikirannya masih terlayar mengenai perasaan isterinya.

Bunyi heels kepunyaan Ilya menuju ke meja kerja Zhafran. Kelihatan Ilya lagi memegang banyak fail di tangannya.

"Tuan?"

"Ha, apa dia?"

"Sign fail ni."

Usai menurunkan tanda tangan, Zhafran menghadap wajah Ilya. Mungkin wanita ini boleh membantu dirinya untuk memujuk hati isterinya.

"Erm Ilya,"

Berkerut dahi Ilya tatkala mendengar namanya diseru perlahan oleh Tuan Mudanya.

"Ya Tuan?"

"You ada tips tak nak pujuk hati perempuan ni?" Ujar Zhafran dengan penuh berharap. Dia harap Ilya boleh menolong dirinya untuk memujuk hati isterinya.

Ilya mendiamkan dirinya sejenak apabila mendengar permintaan Tuan Mudanya. Lain macam je..

"Tuan boleh je pujuk dengan bunga ke.. Makanan ke.." Cadang Ilya perlahan, tetapi macam tak sweet je kan?

Zhafran mengangguk berkali-kali. Boleh try.

"But, I know ni mesti wife Tuan kan?" Tebak Ilya sambil mengangkat alis keningnya. Zhafran mengeluh, setelah itu dia hanya mengangguk mengerti.

"Tuan buat lah surprise.. Mesti wife Tuan suka tu.."

"Macam mana?"

Ilya mendengus kasar. Takkan lah buat surprise pun taktau?

"Nanti I bagi suggestion and location yang sesuai. I plan dulu ya? Nanti I beritahu if I dah siap plan." Panjang Ilya bersuara, lagipun dia bukannya ada kerja lepas ni. Bolehlah tolong bosnya juga.

Zhafran hanya mengangguk perlahan. Setelah itu, Ilya melangkah keluar dari ofis bosnya.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Zhafran Auden ©️Where stories live. Discover now