𝓠𝓪𝓻𝓲𝔃𝓱 𝓝𝓾𝓻𝓪𝓲𝓷 16

113 14 0
                                    

Aku benci dengan diri aku yang tidak mampu untuk mengambil sebarang tindakan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku benci dengan diri aku yang tidak mampu untuk mengambil sebarang tindakan. Aku benci diri aku yang tak mampu nak buat apa-apa.

Aku benci! Aku benci! Aku benci!

Aku nak keluar dari rumah ni!

Tok! Tok! Tok!

Aku tersentak kecil. Mata aku memandang ke arah pintu yang diketuk dari luar. Mesti Qarizh.

"Kau nak apa?" Soalku sebelum memcapai apa-apa barang yang boleh aku buat sebagai senjata. Aku memang betul-betul geram dengan Qarizh.

Lelaki itu memang tak guna!

"Cik Ana ni." Aku dengar suara Cik Ana dari luar. Terus senjata tadi perlahan diturunkan. Cik Ana tak salah, yang salah Qarizh. Aku turun dari katil menghampiri pintu bilik. Selak pintu aku tarik sebelum tombol pintu aku pulas. Maka terpaculah wajah Cik Ana dengan gaun labuh berwarna hitam di dalam dakapannya.

Aku kerut dahi. Pandang wajah Cik Ana yang kelihatan sugul itu. Nampak matanya macam sedih dengan sesuatu. Aku tarik tangan Cik Ana ke dalam bilik aku sebelum pintu bilik kembali dikunci. Aku suruh Cik Ana duduk bersebelahan denganku di atas katil.

"Cik Ana, kenapa Cik Ana sedih ni?" Soalku sambil mata membelek gaun labuh berwarna hitam yang ada di dalam dakapan Cik Ana. Cantik gaun. Dihias dengan corak keemasan dengan berlabuci sampai bawah. Nampak ringkas tetapi sangat cantik dimataku. Perfect combination black and gold.

Cik Ana tidak menjawab. Dia diam sambil wajah menunduk memandang lantai. Aku semakin pelik.

"Cik An-"

"Medina kena pakai gaun ni." Ujar Cik Ana sekali lafaz. Nampak dia tidak kuat untuk menuturkan sebarang bicara. Cik Ana kelihatan sangat sedih.

"Kenapa saya kena pakai gaun ni?" Soalku tidak mengerti. Takkan nak keluar dari rumah ni pun kena berhias bagai?

"Medina akan kahwin dengan Tuan Muda." Luruh jantung aku mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Cik Ana. Apa ni? Dia melawak ja kan? Cik Ana main-main ja kan?

"Cik Ana tipu Medina kan?" Kataku perlahan. Wajah Cik Ana semakin dibelenggu dengan rasa bersalah. Perlahan kepalanya digelengkan tanda dia tidak main-main dengan kata-katanya. Aku terpanar.

"Ke-kenapa saya kena kahwin dengan dia? Saya tak nak Cik Ana." Aku merayu. Kahwin dengan mamat beku tu? Tak pernah terlintas langsung dalam otak aku. Tidak pernah sama sekali! Sejak dia melampaui batas aku sudah hilang kepercayaan kepada lelaki itu. Hilang sama sekali.

"Cik Ana minta maaf Medina. Keluarga Medina semua tunggu dekat bawah." Seluruh sarafku bagaikan berhenti berkerja. Laju tubuhku melorot jatuh ke bawah.

Tidak percaya.

| QarAin |

Aku melihat Aza Qarizh menghampiri aku dengan senyuman. Dia nampak segak dengan baju kemeja berwarna hitam dipadankan dengan seluar slack berwarna hitam. Rambut panjang miliknya diikat ekor kuda dengan songkok terletak cantik di atas kepala. Aku menggeleng. Ini bukan masa yang sesuai untuk aku puji-puji dia.

Aza Qarizh berhenti melangkah dihadapan aku buat aku mendongak pandang wajah dia yang lebih tinggi dari aku. Dia pandang gaun hitam aku. Sekali lagi bibirnya mengukir senyum.

"It's suit you very well." Kata Aza Qarizh sambil bibirnya tersenyum senang dengan aku. Aku menunduk. Tak kuasa nak pandang lelaki yang sudah sah menjadi suami aku 30 minit lepas. Aku benci Aza Qarizh.

Semasa akad nikah tadi. Semua keluarga aku hadir. Ayah, ibu, Abang Nael dan Abang Naim dan isteri. Wajah mereka berseri-seri daripada aku. Aku tak faham apa yang Aza Qarizh dah buat tapi nampaknya apa yang dia dah buat memang berjaya sepenuhnya. Seluruh keluarga aku merestui kami berdua. Mengingatkan itu aku mengetap gigi. Geram dengan keluarga aku yang termakan dengan perbuatan Aza Qarizh.

Aku kecewa dengan mereka.

Tiba-tiba lelaki itu ketawa. Aku angkat wajah. Aza Qarizh merapatkan bibirnya disebelah telinga aku. Dia berbisik.

"Yang penting my kitten. Aku boleh pegang kau tanpa rasa bersalah." Aku mengetap bibir. Kata-kata Aza Qarizh tadi memang betul-betul menyakitkan hati.

Apa dia ingat aku ni barang dagangan? Barang mainan yang boleh dia main bila-bila dia nak?

"Kau tak happy ke?" Soal Aza Qarizh sambil kedua belah tangannya merangkul pinggang aku. Naik turun dadaku. Soalan bodoh apa yang dia suarakan ni? Aku pandang tajam wajahnya yang masih tenang itu. Seolah-olah gembira dengan kejayaan mengahwini aku. Bibir sensual itu mula bersiul kecil.

Aku senyum sinis. Kedua belah tangan aku pula diletakkan di atas bahu Aza Qarizh. You started this game, Qarizh. Sedaya upaya aku tahan air mata aku. Tajam mataku menikam wajahnya.

"Saya happy sangat. Siapa ja yang tak happy bila kena kahwin paksa kan?" Perli aku.

Aku tahan perasaan. Tak mahu buat kerja gila bunuh orang malam ni. Dalam masa yang sama aku rasa aku dah curang dengan Qash Arsyad walaupun aku tak rela. Aku tak tahu apa yang Aza Qarizh buat sampai semua keluarga aku setuju untuk kahwinkan aku dengan dia.

"Apa yang awak dah buat?" Soalku sambil memandang jauh ke dalam anak mata coklat cair miliknya. Aku nak tahu dia cakap apa dekat keluarga aku.

Terserlah senyuman megah Aza Qarizh sambil melihat aku. Tiba-tiba mamat beku ni murah dengan senyuman pulak.

Bitter. But. Sweet.

"Nothing. Aku tak cakap apa-apa pun." Aku pasrah. Malas nak soal banyak.

"Saya menyesal tolong awak." Kataku serius. Itu apa yang aku rasakan. Aku tak sepatutnya mengenali lelaki bernama Aza Qarizh. Tiba-tiba tubuhku ditarik ke dalam dakapan lelaki itu. Seluruh tubuhku terus mengeras dengan tindakan spontannya.

"Je ne regrette rien (I regret nothing)" Kata Aza Qarizh perlahan. Aku tak faham apa yang dia cakap tapi dia macam nak cakap yang dia dah menang dalam permainan ni. Mataku perlahan-lahan berair. Laju sahaja tangan aku menumbuk tubuh sasa itu.

"Awak jahat! Kenapa awak seksa saya macam ni, Qarizh?" Aku menyembamkan kepalaku di atas dadanya. Air mataku laju mencurah-curah. Biarlah hari ini aku tampak lemah di depan mata dia. Sungguh aku tak terdaya.

Aku. Curang. Dengan. Arsyad.

Qarizh diam. Membiarkan aku menangis di dalam dakapannya.

 Membiarkan aku menangis di dalam dakapannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
His Imperfect MemoryWhere stories live. Discover now