𝓠𝓪𝓻𝓲𝔃𝓱 𝓝𝓾𝓻𝓪𝓲𝓷 18

128 17 0
                                    

Dari jauh aku nampak Zakwan menapak menghampiri aku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dari jauh aku nampak Zakwan menapak menghampiri aku. Aku tak tahulah nak rasa apa. Aku nampak dia aku rasa nak marah. Rasa nak cekik tu menggila sebab dia dengan penuh rasa tak bersalah kata dekat aku dia lah yang bagi cadangan dekat Qarizh untuk mengahwini aku. Sungguh aku rasa nak lempang wajah kacak Zakwan.

"Morning." Kata Zakwan bersama senyuman trademark. Aku juling mata. Buang pandang ke arah lain. Tubuh sendiri dipeluk. Malas nak cakap dengan Zakwan. Aku benci dia. Aku benci semua orang!

"Marah I lagi?" Suara Zakwan mula diselit rasa bersalah. Dia cuba mencuri perhatian aku. Aku malas nak layan. Tapi aku tak salahkan dia. Aku lebih bencikan seorang lelaki bernama Aza Qarizh. Sebab aku memang tak suka dia!

"Tak saya tak marah. Cuma saya rasa dikhianati." Balasku tanpa memandang wajah Zakwan. Kalau kami langsung tidak bertegur sapa memang sunyi sesunyinya aku dalam rumah besar ni. Aku? Nak cakap dengan Qarizh? Lambat lagi. Aku pandang muka dia pun rasa nak tembak.

Dari hujung mata aku nampak Zakwan mengulum senyum. Kedengaran lelaki itu melepaskan nafas lega. Lega mungkin sebab aku tak merajuk dengan dia. Mana mungkin aku nak merajuk dengan Zakwan. Dia lah diantara yang paling memahami aku dalam rumah ni selain Cik Ana. Nak harap Qarizh? Memang mintak kaki. Silap-silap perasaan aku pun dia tak kesah. Pandang sebelah mata pun tak nak. Apa yang dia nak mesti benda tu bagi kepentingan untuk dia. Pentingkan diri!

Selfish bagi dia ja!

Seronok kutuk dia sampai tak sedar bibirku melebar senyum. Tak sedar tengah kutuk suami sendiri. Eh, aku tak pernah lah nak anggap dia suami. Tak hingin langsung! Niat pun tak! Bagi aku dia hanyalah seorang lelaki yang tidak berperikemanusiaan. Terpaling selfish!

"Lebar betul senyum. Kutuk Tuan Muda lah tu." Tebak Zakwan memang tepat mengena sasaran. Entah macam mana dia tilik muka aku. Dari mana dia belajar pun tak tahu. Macam tahu-tahu ja yang aku tengah kutuk bos dia. Yalah dia ja yang paling faham aku.

"Kenapa? Tak boleh saya nak kutuk mamat tu?" Aku angkat kening kepada Zakwan sambil tersengih. Baru rasa lapang segala urat saraf aku. Mana taknya asyik menegang sahaja bila dengan Qarizh. Tak pernah rasa nak senyum langsung. Bagi aku senyuman aku langsung tak layak untuk dia. Dia hanya suami atas kertas. Langsung tiada makna bagi aku.

"Memang tak boleh." Tegas Zakwan bersama satu pandangan tajam. Amboi sayang betul ya dia dengan Qarizh. Zakwan merapat sebelum menyambung kata. "Kalau tak ajak I." Terhambur tawa Zakwan. Aku juga sama. Amboi kena ajak dia dulu baru boleh memulakan sesi kutuk mengutuk. Baik, lepas ni kalau nak kutuk aku ajak dia, ajak Damien, kalau Cik Ana nak join jugak baru lagi meriah kan? Semakin lebar mulut aku ternganga. Betul-betul terhibur dengan lawak kering Zakwan.

Sekurang-kurangnya dia untuk menggembirakan hari aku.

Bunyi dehaman buatkan tawa aku dan Zakwan mati serta-merta. Zakwan terus berdiri. Pucat lesi wajah dia. Aku pula yang melihat terasa seram sejuk melihat perubahan wajah Zakwan. Kenapa?

Zakwan tunduk sekali sebelum berlalu meninggalkan aku. Itu tanda tunduk hormat. Bermakna dibelakang aku ada Qarizh. Aku mendengus geram. Terus punggung diangkat. Aku nak naik atas. Masuk bilik. Kehadiran Qarizh buatkan hati aku kembali membara. Daripada aku tengok muka dia baik aku tengok muka aku yang lawa ni. Mana tahu naik jerawat sebab terlalu tertekan?

Belum sempat aku mulakan langkah pergelangan tangan aku direntap kasar. Tubuh aku terdorong kebelakang sebelum selamat bersandar pada dada bidang Qarizh. Kedua belah tangan lelaki itu memeluk erat pinggang aku. Tajam sepasang coklat cair itu merenung aku. Bagai memberi satu amaran keras. Aku membalas renungan tajam dia. Ingat aku tak berani?

"Gatal eh?" katanya. Aku angkat sebelah kening. Siapa gatal? Kalau gatal garu lah.

"Dengan aku bukan kemain susah bibir ni nak senyum." Sebelah tangannya naik menyentuh ulas bibir aku. Aku menepis tangannya sebelum tangannya yang lagi satu mengunci kedua belah tangan aku. Tak guna! Aku cuba lepaskan diri namun pegangan tangan Qarizh lebih ketat mengunci pergerakan aku. Aku pandang muka dia.

"Tapi dengan orang lain," wajah Qarizh merapat. Matanya terkunci kemas pada bahagian bibir aku. Nafas aku terus berubah sesak saat nafas hangatnya menampar lembut wajah aku. "Senangnya kau senyum ya?" Matanya naik pula merenung mata aku. Menghantar satu rasa yang aku tak pasti apa. Aku masih berusaha untuk melepaskan diri. Namun tak terdaya.

"Kau tahu kan yang aku benci kau bagi lelaki lain layanan lebih dari aku? Kalau boleh aku tak nak kau cakap dengan dia langsung. Jangan sampai aku kurung kau dalam bilik, Medina." Anak mata coklat cair itu tidak lepas meratah setiap inci wajah aku. Buatkan aku tidak selesa. Dah kenapa dia nak kawal aku ketat sampai macam ni? Dah la kena paksa tolong. Lepastu kena paksa kahwin. Sekarang dia nak sekat kebebasan aku pula?

Manusia jenis apa dia ni?

"Awak tak dak hak nak buat macam tu, Qarizh!" balasku keras. Anak mata aku bergetar.

"Aku suami kau!" balas Qarizh tidak mahu kalah. Nada suaranya keras.

"Suami? Suami atas kertas! Kau tak layak jadi suami aku! Sikit pun tak layak. Aku hanya ada satu suami dan suami aku Qash Arsyad! Dia satu-satunya lelaki yang aku sayang dan kau satu-satunya lelaki yang paling aku benci!" Ternoktah ayat aku terus air mata aku mengalir lesu. Aku tak dapat nak memaafkan diri sendiri sebab dah berlaku curang terhadap Qash Arsyad. Aku benci diri sendiri.

Benci yang teramat benci!

Dapat aku lihat rahang Qarizh bergerak-gerak. Lelaki itu mengetap kuat rahangnya. Aku nampak. Kenapa? Dia nak marah? Marah lah! Sikit pun aku tak heran!

Namun jangkaan aku meleset. Tautan pada tangan aku terlerai. Aku terdiam. Wajah Qarizh dipandang menanti tindakan seterusnya dari lelaki itu. Qarizh menunduk seketika sebelum mata kami kembali bersabung. Aku terpanar.

Anak mata itu jelas membiaskan perasaan sedih yang berganda. Buatkan aku rasa sedikit menyesal di atas ketelanjuran kata-kata aku sebentar tadi. Kenapa dia perlu tunjukkan emosi dia kepada aku? Aku tak nak tahu pun!

Kenapa dia bagi reaksi macam dia yang jadi mangsa? Seolah-olah aku pulak yang jahat dalam cerita ni.

"You really hate me that much?" Sedih nada suaranya. Sayu pandangan matanya. Namun itu langsung tidak melembutkan sekeping hati aku.

"So much." balas aku dingin tanpa memandang dia. Tubuh sendiri dipeluk. Aku memandang ke arah lain. Aku tak tahu kenapa tapi hati aku seolah-olah tidak setuju dengan apa yang terzahir dari mulut aku. Kenapa? Hati aku dah pandai khianati tuan badan ya?

Sunyi untuk beberapa ketika buatkan kepala aku menoleh semula ke arah Qarizh. Namun figura lelaki itu sudah tiada disisi. Buatkan mata aku tiba-tiba sahaja berair. Hati aku dicengkam rasa sakit yang maha hebat. Satu perasaan mengisi ruang hati yang sudah empat tahun tidak berpenghuni.

Aku sudah berjanji akan terus setia dengan Arsyad.

Tapi mengapa hati aku menginginkan sebaliknya?

Tapi mengapa hati aku menginginkan sebaliknya?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
His Imperfect MemoryWhere stories live. Discover now