𝓠𝓪𝓻𝓲𝔃𝓱 𝓝𝓾𝓻𝓪𝓲𝓷 04

319 43 11
                                    

Kelip-kelip aku pandang lelaki dihadapan aku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kelip-kelip aku pandang lelaki dihadapan aku. Sebenarnya aku tak faham kenapa dari tadi aku duduk dekat dalam bilik ni dengan Mr Ice tu tak buat apa-apa. Bosan.

Mr Ice tu pulak dari tadi dok tenung aku macam nak kasi tembus. Aku pulak tak senang duduk saat matanya tidak lepas meratah mata dan bibir aku.

"You're so beautiful young lady." Aku pandang wajah Mr Ice tu. Aku nampak hujung bibir dia naik sedikit sebelum wajahnya kembali tiada riak. Mamat tu senyum ke?

"With that gorgeous eyes." Aku terkelu. Dia cakap mata aku cantik? Buta ke apa mamat ni. Punya lah banyak manusia dekat dunia ni sama mata dengan aku, sama-sama hitam. Kenapa aku pulak yang cantik? Aku sepatutnya yang cakap dekat dia mata dia yang cantik.

Serius, lelaki itu mempunyai sepasang mata helang berwarna coklat cair. Sumpah lawa gila. Sesuai dengan muka dia yang dingin 24 jam. Tapi aku yakin kalau dia senyum mahu lembik lutut aku kalau tengok. Haha. Amboih aku pulak yang terlebih eksaited.

"Tapi kenapa kau tak terkejut bila nampak aku?" Soal lelaki itu dengan memandang aku atas bawah. Dahi aku sedikit berkerut. Kenapa aku nak terkejut bila tengok dia? Aku mengaku aku terkejut sikit waktu tengok muka dia yang hensem tu tapi takkan lah aku nak cakap dekat dia kot.

Dia seorang lelaki yang mempunyai sepasang iris coklat cair. Rambut sepanjang paras bahu. Kumis halus disekitar rahangnya yang tajam. Pendek kata, lelaki dihadapan aku ni sempurna.

"Kenapa pulak saya nak terkejut? Saya tak kenal siapa awak." Aku pandang dia. Jelas terpancar riak tidak percaya pada wajah lelaki itu. Bebola matanya dikecilkan ke arah aku. Apa? Betul lah. Aku memang tak kenal dia. Ini first time aku jumpak dia tahu?

"Liar." Kelopak mataku sedikit meluas. Dia kata aku menipu? Aku raup wajah. Aku pandang tepat ke arah wajahnya yang menunjukkan tiada riak. Aduh kenapa dengan mamat ni?

"Apa yang membuktikan bahawa kita pernah kenal dulu?" Aku tanya dia. Tangan aku dilipat. Sebelah keningku terangkat. Geram.

Aku nampak dia capai telefon pintarnya yang berada di atas meja. Butang hidup ditekan sebelum jemarinya menari-nari di atas skrin telefon. Aku tak tahu apa yang dia tengah buat. Aku pula hanya tunggu. Berdiri terpacak tak buat apa-apa. Huh!

"This." Dia tunjukkan sesuatu di dalam telefonnya yang membuatkan aku mahu pengsan kat situ jugak. Tak mau bangun dah! Nafasku terasa tersekat apabila melihat gambar aku sendiri berada di dalam telefon lelaki itu. Itupun tidak bertudung! Allahu mana nak letak muka ni. Namun aku hanya tayang muka selamba. Hati masih pelik macam mana gambar aku boleh ada dalam phone dia. Itupun gambar tidak bertudung!

"Explain." Aku dan lelaki itu berkata serentak. Aku pandang dia, dia pandang aku. Aku mengemam bibir. Tahan geram. Oh sekarang ni aku yang patut minta penjelasan dari mamat ni. How my sexy pictures was in your phone huh?

"Macam mana gambar saya boleh ada dalam phone awak?"

"Macam mana gambar kau boleh ada dalam phone aku?"

Sekali lagi? Aku pandang tajam wajah kacak dia. Eh jap.

"Macam mana awak boleh tak tahu?" Soalku. Curiga. Pandang dia minta penjelasan walaupun aku tahu dari riak wajah dia aku tahu dia macam rahsiakan sesuatu dari aku.

"Aku tak sama macam orang lain." Ringkas ja jawapan dia tapi boleh buat aku tertanya-tanya. Apa yang lainnya? Kau ada mata, aku ada mata. Aku ada kaki, kau pun ada kaki. Aku tak nampak apa yang bezanya. Tiba-tiba otakku memberi isyarat. Terus bulat mataku. Aku pandang dia lagi. Riak wajah lelaki tenang mahupun jelas terpancar riak sinis dan beku.

"Awak alien ke?" Damien dibelakang aku sudah melepaskan ketawa. Aku toleh belakang. Zakwan hanya menggeleng sambil bibirnya mengorak senyuman senget.

"Aduhai, awak memang anak pak lawak ke?" Aku kecilkan bebola mataku memandang Damien yang masih belum berhenti ketawa. Bila dia nampak aku terus dia buat-buat zip mulut. Namun bibirnya masih lagi tersenyum. Huh!

Bila Mr Ice tu pulak yang pandang dia terus dia terdiam. Lah tahu senyap pulak mamat ni. Aku nampak Mr Ice tu memberi isyarat kepada Zakwan dan Damien untuk tinggalkan kami berdua di dalam bilik ni. Hanya kami berdua! Aku telan liur.

Aku dengar langkah lelaki itu menghampiri aku. Aku kejung kat tempat aku berdiri. Apabila aku nampak kaki panjang dia berdiri betul-betul dihadapan aku, terus kepala aku dongak pandang muka dia. Hensem seh.

Aku tenung mata dia. Dia tenung mata aku. Jadi mari sama-sama kita berpandangan mata. Tenetnetnetnet. Heh kuban-kuban je hengko.

Lama kami berpandangan mata sebelum aku rasa tangan kasar dia mendarat kat atas pipi aku. Aku tergamam seketika. Aku tak tahu nak buat apa. Otak suruh tepis tapi hati menghalangnya. Aduh, demi maruah, agama dan bangsa, tangan kanan aku diangkat kemudian tepis jemari lelaki itu. Aku nampak dia terkejut. Macam biasa lah. Sekejap sebelum wajahnya kembali tiada riak.

"So young lady," aku pandang dia. Dia sedang pandang aku. Terbias sesuatu di dalam anak matanya itu. Aku nampak anak matanya sedikit bergetar. Dah, apahal pulak mamat ni?

"You look so beautiful, young lady. Will you be mine little kitten?" Bulat mata bundarku tenung dia. Apa maksud dia? Dia nak aku jadi perempuan dia? Untuk apa? Huh?

Wajah lelaki dihadapan aku pandang tajam. Rasa nak cekik sampai mati lelaki tidak bernama ini. Akal warasku menghalang sekeras-kerasnya. Masih belum bodoh untuk melakukan itu.

"Saya nak balik." Tegas suaraku bersuara. Aku pandang dia. Dia hanya tayang muka biasa. Tak berperasaan. Seolah-olah tidak terkesan dengan tamparan aku tadi. Lagi sakit hati aku.

"Not that easy young lady." Aku nampak langkah kaki maskulinnya semakin menghampiriku. Bulu roma aku sudah terpacak naik. Dadaku naik turun. Laju jantungku mengepam darah. Dapat aku rasa helaan nafasnya menampar lembut pipiku. Aku telan liur lagi.

Sekarang ni aku dah tak tahu nak lari ke mana. Kalau aku terjun bangunan boleh? Teringin nak jadi macam Shah Rukh Khan. Aku dengar dia berbisik bersebelahan telingaku yang dilitupi dengan tudung.

"Because my heart won't." Sinis Mr Ice itu bersuara membuatkan langkah kaki aku laju mengundur kebelakang. Aku terjatuh ke atas katil empuknya.

Kalau diberikan peluang memang aku mintak kejap dekat dia untuk tidur lima jam! Empuk gila katil dia! Tapi sekarang ni bukan masa yang sesuai. Pantas aku bangun mengesot kebelakang. Takut. Dengan pandangan Mr Ice yang tidak lepas dari memandang aku. Aku telan liur lagi.

Entah berapa kali aku telan liur harini. Ah itu bukan masalah. Yang menjadi masalah sekarang ni-

"Kenapa kau lari dan kenapa kau duduk atas katil aku?" Mamat beku tu menyoal aku buat aku kejung di tempat aku duduk.

"Kenapa kau lari dan kenapa kau duduk atas katil aku?" Mamat beku tu menyoal aku buat aku kejung di tempat aku duduk

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
His Imperfect MemoryWhere stories live. Discover now