Maryam hanya berdiam diri. Tidak berani menjawab soalan Mikhael.

Mikhael mula mendengus geram. Semakin mendidih hatinya apabila Maryam hanya berdiam diri tanpa mengeluarkan sebarang kata untuk menjawab soalannya.

"Tak nak jawab? Okay!" Herdik Mikhael kuat. Kesabarannya menipis.

Kaki panjangnya mula mendaki tangga menuju ke bilik Maryam laju. Dia menghiraukan Maryam yang hanya menunduk daripada tadi.

Sedari Mikhael berlalu pergi, Maryam mengekori lelaki itu daripada belakang.

"Mikhael! Mikhael!" panggil Maryam sambil cuba mengejar langkah laju lelaki itu.

"Awak nak buat apa dalam bilik saya?" Maryam menyoal panik setelah Mikhael membuka pintu biliknya kasar. Bergema rumah mereka dengan bunyi hempasan pintu bilik mengenai dinding konkrit.

Maryam menutup matanya rapat. Berdoa agar Mikhael tidak menjumpai surat-surat yang dia kumpul dan disembunyikan olehnya.

"Awak cari apa ni Mikhael?" Tanya Maryam lagi setelah Mikhael tidak henti-henti mengeledah biliknya.

Jantungnya hampir terhenti tatkala Mikhael menjumpai sebuah kotak yang mengandungi surat-surat misteri yang dia sembunyikan di bawah katil.

"Apa ni?!" Tanya Mikhael kuat. Dia menghempas kotak itu ke lantai lalu satu persatu surat itu dibaca.

Maryam tidak berani mendekat mahupun bersuara. Risau jika Mikhael bertindak luar daripada kawalan.

"Aku tanya sekali lagi, apa ni Maryam?" Mikhael mengetap bibirnya kuat. Mukanya merah. Matanya tajam memandang Maryam bak pemangsa memandang mangsa.

"Su-surat." Gadis itu membalas perlahan. Matanya setia memandang lantai biliknya.

"Kenapa kau tak pernah beritahu aku?! Dah teringin sangat ke nak mati?! Kau tak tahu ke lelaki ni psiko?! Kau tak boleh bezakan antara surat ugutan dengan surat cinta ke hah?!" Mikhael menengking Maryam kuat. Rambutnya diraup kasar.

Surat-surat yang berada dalam genggaman dilempar kasar pada Maryam.

Air mata Maryam menitik perlahan. Rapuh sungguh hatinya tatkala ditengking oleh Mikhael.

"Maaf." Hanya itu yang terluah pada bibir Maryam. Dia tahu dia salah. Dia sedar. Silapnya kerana tidak memberitahu lelaki itu. Dia bodoh, terlalu terikut-ikutkan perasaan. Sebelum ini dia fikir bahawa dia mampu menyelesaikan masalah ini seorang sendiri tanpa bantuan Mikhael. Dia juga tidak mahu memyusahkan lelaki itu.

Namun dia salah, hakikatnya dia hanya perempuan yang lemah. Sekali ditipu, pasti dia sudah jatuh ke dalam perangkap si pemangsa.

"Kau tak sedar lagi ke yang lelaki ni boleh culik kau bila-bila masa? Boleh bunuh kau bila-bila masa?" Suara Mikhael kian mengendur namun masih terselit kedinginan juga ketegasan.

Bahu Maryam terhincut-hincut menahan tangis.

Mikhael mengeluh perlahan.

Ya Allah, air mata Maryam yang menitis membuatkan Mikhael sedar yang dia terlampau terikut-ikutkan perasaan marah dan benci sehingga dia menengking gadis itu tanpa sedar.

Wajahnya diraup perlahan lalu mula menghampiri Maryam yang menangis. Badan gadis itu didakap lembut.

"Sorry." Mikhael berbisik perlahan pada telinga Maryam. Wajah gadis itu disembamkan pada dada bidangnya.

"Saya tak nak menyusahkan awak." Teresak-esak gadis itu menutur kata pada dada Mikhael.

"Menyusahkan apanya? Aku suami kau kan. Masalah kau, masalah aku juga." Kata Mikhael jujur.

"Tapi awak tak sayang saya."

Mikhael terdiam.

"Siapa cakap aku tak sayang?" Mikhael mengangkat keningnya. Dia masih erat memeluk isterinya.

"Saya."

Jawapan Maryam yang kedengaran comel itu mendatangkan tawa kecil daripada bibir Mikhael.

"Aku dah janji dengan papa yang aku akan jaga dan lindungi kau. Aku tahu aku bukan suami yang terbaik. Selalu sakitkan hati kau. Selalu buat kau kecewa. Tapi aku cuba. Aku cuba untuk lindungi kau. Aku masih ingat tanggungjawab aku." Kata Mikhael sambil membelai rambut panjang Maryam.

"Kalau awak tahu awak bukan yang terbaik, kenapa awak masih sakitkan hati saya? Sengaja? Kenapa awak tak cuba untuk jadi yang terbaik? Kenapa awak masih dera perasaan dan hati saya? Awak sengajakan? Suka tengok saya sakit hati?" Maryam cuba menolak dada Mikhael untuk merungkai pelukan.

Namun lelaki itu hanya tersenyum tipis dan semakin mengeratkan pelukan.

"Kalau kau nak aku jadi yang terbaik, aku akan cuba Maryam. Tapi aku tak janji. Aku sayang kau, Maryam. Aku tak nak tengok kau sakit hati. Bukan niat aku nak dera perasaan dan hati kau, Maryam."

PLAYBOY PALING SWEET [C]Where stories live. Discover now