BAB 29

9.6K 449 4
                                    

DAHLIA termenung sendiri. Sejak kejadian pada malam itu, Irsyad dan dia langsung tidak bersua muka apatah lagi berbual.

Selalunya ada juga lelaki itu cuba untuk menelefonnya walaupun sudah beberapa kali Dahlia mengugut untuk menyekat nombor lelaki itu jika dia terus-terusan menelefonnya.

Namun Irsyad tetap Irsyad, tidak pernah kenal apa itu erti berputus asa. Akan dia berjuang untuk mendapatkan apa yang dia mahukan.

Namun kini, Irsyad seolah-olah berubah. Tiada lagi usikan nakal dariapada lelaki itu.

Sudah mengalahkah Irsyad? Sudah tawar hatikah lelaki itu terhadap Dahlia?

Dahlia mengeluh perlahan.

Dia menatap telefonnya. Menunggu panggilan dariapada lelaki itu.

Kata-kata Irsyad sebelum ini ibarat kata-kata terakhir daripada lelaki itu. Ada yang tidak kenakah pada lelaki itu?

"Haish Dahlia, kau kan tak suka dia." Dahlia mengetuk kepalanya perlahan.

Namun dia tidak mampu menipu diri sendiri, kepalanya hanya dipenuhi dengan gurauan dan usikan nakal lelaki itu. Tawa Irsyad ibarat melodi yang sentiasa berputar dalam kepalanya. Kejadian di mana lelaki itu menyatakan cinta padanya seperti wayang yang sentiasa terlayar pada ruangan mata.

Dahlia menampar pipinya perlahan. Dahlia, kau dah angau.

DI sisi lain, Irsyad turut termenung di jendela biliknya. Bibirnya mengoyak senyuman nipis tatkala dia teringat perbuatan berani matinya meluahkan cinta pada Dahlia.

Ahh, pasti dia sudah gila pada malam itu. Nasib baiklah tangan Dahlia tidak melekat pada pipinya.

Namun, kini dia semakin menjauhi gadis itu.

Entahlah,

Hatinya seperti kerap meminta dan merayu pada dirinya untuk menjauhi gadis itu dan memberitahu dirinya bahawa akan ada perkara buruk yang bakal berlaku.

Irsyad buntu.

Adakah menjauhi gadis itu adalah yang terbaik?

MIKHAEL melangkah keluar daripada keretanya dengan tergesa-gesa setelah memakirkan keretanya di hadapan pintu rumahnya. Surat yang ditujukkan oleh Irsyad sebentar tadi dipegang erat bersama wajah yang tegang.

Sejak kebelakangan ini, anginnya tidak begitu baik. Asyik mahu meletup sahaja kerja. Salah sikit, mulalah melenting tidak tentu pasal.

Mikhael mendengus tatkala pintu utama tidak berkunci. Pintu rumahnya dibuka kasar mengejutkan Maryam yang sedang menonton televisyen.

Mata bulat gadis itu memandang wajah Mikhael yang tegang sahaja, sedikit sebanyak membuatkan dia berasa takut.

"Awak kenapa ni?" Soal Maryam lembut. Gadis itu mula melangkah ke arah Mikhael yang sedang bercekak pinggang.

"Kenapa tak kunci pintu?" Mikhael menyoal agak kasar. Pintu itu dihempas kuat membuatkan bahu Maryam terhinjut dek terkejut.

"Dah kemaruk sangat nak suruh jantan lain masuk?" Lelaki itu menyambung sinis membuatkan Maryam terkedu.

"Apa awak cakap ni? Saya lupa nak kunci lepas saya buang sampah tadi. Bukannya saya sengaja." Balas Maryam sedikit geram. Hatinya agak terguris dengan kata-kata tajam dan berbisa yang keluar daripada mulut Mikhael.

Bukannya dia sengaja tidak mahu mengunci pintu. Dia lupa. Tidak bolehkah lelaki itu memahami? Tidak bolehkah bertanya dahulu sebelum mengeluarkan apa-apa tuduhan?

"Ini apa?" Mikhael menunjukkan surat itu di hadapan wajah Maryam bersama wajah yang dingin.

Jantung gadis itu mula berdegup laju. Bagaimana surat itu boleh sampai ke tangan Mikhael? Adakah pengantar surat misteri itu menyasarkan Mikhael pula?

PLAYBOY PALING SWEET [C]Where stories live. Discover now