BAB 7

10.6K 463 19
                                    

Kad kecil berwarna emas yang terletak di seat penumpang kereta diambil oleh Mikhael. Selepas itu dia mengalih pandang pada kotak kecil berbaldu merah. Dia mengeluh seketika sambil merenung kotak cincin itu lama.

"Tak sangka aku dah nak jadi suami orang." Keluhnya. Kad perkahwinannya dengan Maryam ditatap tanpa perasaan. Kosong apa yang dia rasai.

Dia menggeleng perlahan. Perlahan-lahan lelaki itu melangkah keluar dari keretanya lalu menjejakkan kakinya ke dalam cafe setelah mengunci keretanya.

"Irsyad...." panggil Mikhael tatkala kelibat yang dicari terlayar di ruang mata.

Lelaki yang sedang ralit melayari instagram itu mengangkat muka.

"Sampai pun kau. Kenapa lambat?" Irsyad menjeling. Sesungguhnya, dia paling pantang dengan orang yang tidak menepati masa seperti Mikhael. Rasa-rasanya sudah 30 minit juga dia tercongok di dalam café ini..

Mikhael menggaru belakang kepalanya sambil tersengih.

"Aku hantar Maryam tadi." Jawab Mikhael. Kerusi di hadapan kawan baiknya ditarik lalu dilabuhkan punggungnya.

"Maryam? Girlfriend kau yang ke berapa tu?" Gurau Irsyad. Dia ketawa perlahan tatkala wajah Mikhael berubah keruh.

"Bukan girlfriend aku. Tapi bakal isteri aku." Jelas Mikhael.

Irsyad tercenggang. Bakal isteri?! Sejak bila Mikhael si buaya ini mengenal erti setia? Bukankah hati-hati perempuan bagaikan permainan buat dirinya? Ini lagikan nak mendirikan rumah tangga? Dia salah dengarkah?

"Sejak bila kau dah insaf ni Mikha? Ya Tuhan bersyukurnya aku kalau kau dah berubah ke jalan yang benar." Ucap Irsyad bersama tawa besar. Tangannya sekali-sekala menghentak meja cafe dan berjaya mengundang mata-mata pelanggan lain.

Mikhael mendengus.

"Daddy yang paksa aku kahwin. Kalau ikutkan hati aku, memang taklah aku nak kahwin awal. Bukan style Eshan Mikhael okay!" Bentak Mikhael geram. Dia hanya memandang Irsyad yang masih ada sisa tawa.

"Eleh, tapi kau setuju jugak.." Kutuk Irsyad sambil menghirup jus epalnya. Sahabat karibnya ini memang kaki perempuan. Sudah berbuih mulutnya menasihati lelaki itu tetapi langsung tidak dihiraukan oleh Mikhael. Lagi dibuatnya adalah. Sampaikan dia sekali terpalit dengan gelaran kaki perempuan Eshan Mikhael, padahal dia seorang yang setia. Jatuh standard dia!

"Aku setuju sebab daddy ugut aku yang dia akan tarik semua harta yang dia beri dekat aku. Kalau dia tak ugut, memang dah lama aku tolak perempuan tu."

Irsyad menggeleng. Mikhael, Mikhael, bilalah kau nak berubah?

"Teruk sangat ke perempuan tu sampai kau tak boleh terima dia? Aku kenal ke? Aku rasa aku kenal semua perempuan yang kau pernah keluar, tapi rasanya tak ada lah pulak nama Maryam.." soal Irsyad. Terlintas juga difikirannya, kenapa Mikhael menentang habis-habisan pilihan Uncle Malik? Teruk sangatkah pilihan Dato Malik?

Mikhael mendengus kuat.

"Dia tak seksi! Kau tahu, setiap hari dia pergi class pakai baju kurung! Memang style-style makcik kampung!" Sedap mulut Mikhael mengutuk Maryam. Kalau kata-katanya didengari oleh gadis itu, pasti mulutnya dicili habis-habisan.

"Kira bagus la tu dia tak seksi, maknanya dia pandai jaga maruah diri. Buatnya dia pakai macam tak cukup kain dan keluar dengan jantan memanjang? Tak ke naya hidup kau dapat isteri playgirl? Haaa, kalau dapat pun memang padan sangatlah dengan kau yang playboy." Kutuk Irsyad tanpa menghiraukan mata tajam Mikhael.

Mikhael menjeling. Eishh, sekali dia tak suka, dia tak akan suka selama-lamanya! Titik! Noktah! Muktamad!

"Ah, kisah apa aku. Lagi senang aku nak ceraikan dia kalau dia dengan jantan lain memanjang."

PLAYBOY PALING SWEET [C]Where stories live. Discover now