"Kau tak ada bini senanglah cakap!" Pecah tawa Nik akhirnya.

"Dah... sekarang ni kita kena pergi cari bini aku. Tak sabar aku nak pukul muka binatang tu" Zafriel melangkah ke motornya. Helmet disarung lalu motor dihidupkan.

"Jom"

"Tasya naik dengan aku aje lah" Kata Nik dengan nakal.

"Kau tak tahu halal dengan haram ke?" Tanya Danial dengan sinis.

"Tak payah aku ada motor sendiri" Motor Ninja H2R dihampiri, tangan naik memakai helmet. Sengaja grip motor dipulas menimbulkan bunyi ekzos yang kuat.

"Stylo betul awek aku ni" Bisik Danial kepada Hanif.

🪐

"Pintu tak kunci tak ada orang ke ni?" Zafriel masuk kedalam rumah Adam bersama Nik, Hanif, dan Danial yang lain tunggu diluar.

"Macam tak ada orang aje. Kau pasti ke Adam yang culik Nadia?" Soal Hanif serius.

Zafriel terdiam.

"Zafriel!" Suara Danial bergema memanggil Zafriel.

Dengan pantas Zafriel melangkah naik ke tangga diikut Hanif dan Nik.

"Sini"

Mengeras badan Zafriel melihat gambar-gambar Nadia yang dipenuhi pada dinding. Penumbuk digenggam kuat amarahnya meledak saat dapat tahu yang selama ini isterinya sudah lama diperhatikan oleh Adam.

"Eh, ni bukan ke phone Nadia?" Hanif menunduk mengambil telefon di atas lantai.

Tak sempat berkata Zafriel sudah rampas.

"Sial"

"Memang sah Adam punya kerja. Dia tu psycho" Kata Nik.

"Sekarang ni macam mana kita nak cari dia?"

🪐

Perlahan mata Nadia dicelik rasa berat kepalanya, dia melihat sekitar tempat yang begitu asing baginya. Bukan rumah tapi sebuah bangunan lama yang tidak terpakai.

Tangan dan kaki yang diikat pada kerusi membuatkan dia susah begerak. Bila tersedar sepenuhnya baru dia perasan yang kepalanya terdedah tiada seurat benang pun menutup kepalanya.

"Tolong!"

"Tolong!"

Nadia menjerit minta tolong berharap akan ada yang selamatkan dirinya.

"Sayang dah bangun?" Tegur satu suara garau yang mendekati Nadia dengan senyuman diukir di bibir.

Tatapan tajam dilontar pada Adam. Rasa benci kini membuak dalam dirinya.

"Sayang mesti laparkan?" Soal Adam dengan lembut. Kerusi diseret berhadapan Nadia sebelum melabuhkan punggunya.

"Abang Adam ada bawa nasi goreng special untuk Nadia"

"Abang suapkan ya" Nasi ditangan Adam ditepis kasar.

"Aku tak nak" Memerah muka Adam dengan perbuatan Nadia. Dia melempar sudu kerana geram.

SENIOR TU, SUAMI AKU!Where stories live. Discover now