𝑴𝒓𝒔. 𝑯𝒂𝒏'𝒔 // 𝟎𝟒

Start from the beginning
                                    

"Ih, tak nak dengan perempuan tak senonoh perangai macam dia tu. Tunggu lah ayah umi. Riel ada rasa suka dekat seorang perempuan ni. Tapi tunggu masa je. Sekarang tengah ambil hati beku dia tu aje"

"Mungkin juga Riel yang akan bersanding dulu dari Aniq dengan Izwan" ingat prinsip Zafriel!

Aniq dan Haidar hanya mengangguk-angguk sambil memandang satu sama lain je mendengar perbualan dua beranak tu. Begitu juga dengan umi Zafriel atau Puan Aaira

"Tapi kena ingat, kamu jangan pandang lawa aje. Kena ingat keturunan kita mementingkan ajaran agama. Bukannya perempuan perangai kurang senonoh" tanpa rasa bosan Encik Zaquan yang bertukar mode Ustaz Zaquan memperingati anaknya

"Baik ayah, kali ni Riel jamin yang dia berbeza dengan perempuan yang sebelum ni. Confirm sekali pandang ayah dengan umi berkenan untuk meminang" hidup kena confident dengan diri sendiri yer anak-anak.. Barulah benda boleh menjadi. Tiberrr..

╭──────♪୨୧♔⊹♡⊹♔୨୧♪──────╮
~𝑇𝑢𝑎𝑛 𝐵𝑢𝑎𝑦𝑎~
╰──────♪୨୧♔⊹♡⊹♔୨୧♪──────╯

Ding Dong~ Jeykeyh! Eh? Eh?

Awal-awal pagi Natasya dikejutkan dengan bunyi bell rumahnya. Entah siapa yang datang pagi-pagi buta ni. Eh wait! Pagi-pagi buta!? Setelah sedar seketika, Natasya terus melirik ke arah jam. Ya Allah! Dah lambat setengah jam!

Ni mesti gara-gara malam tadi dia tengok live concert F4 Thailand nya. Natasya memang minat dengan F4. Lagi-lagi dengan Dew Jirawat, heh memang pantang orang sebut nama tu ada aje nak diborak kan. Bahkan wallpaper pun gambar Dew. Agaknya kalau Zafriel nampak, apa reaksinya?

"Aku lambat!" katanya tergesa-gesa bangun dari katil

Ding Dong! Ding Dong!

"Allah, siapa pula yang dari tadi depan rumah aku ni?" Natasya bertanya pada dirinya sendiri sambil melilitkan tudung shawl dan tidak lupa supaya menutupi dadanya

"Ha, asalamualaikum. Kenapa lambat sangat buka pintu? Abang yang sampai lambat lagikan penat lepas sampai Malaysia ni pun segar" tutur Safiqe yang terpacak di depan pintu rumah Natasya

"Waalaikumsalam.. Awat abang Fiqe datang pagi-pagi ni?" tanya Natasya depan muka berkerut

"Abang nak tumpang masak Maggie sebab dapur rumah Faris tu kotor bebenor entah apa yang dia masak malam semalam"

Punya ingatkan besaq masalah, rupanya pasal pinjam dapoq ja? Awat tak beli dapoq kecil ja? Untuk spare dalam rumah?

"Lah.. Pasal tu ja ka? Tekan bell macam kebakaran" Natasya menghela nafas kasar dan berlalu pergi

"Ni, Sya nak pergi mandi dulu. Nanti Sya nak kerja. Abang Fiqe layan lah diri dulu" pamit Natasya. Main tinggal nanti kurang akhlak kan? Walaupun abangnya. Yang muda harus menghormati yang tua..

Safiqe hanya sekadar mengangguk sahaja. Dan dia terus memulakan aktiviti memasak Maggie. Maklumlah... Bini tinggal Korea

Ding! Dong! Ding! Dong! Ding! Dong!

Bunyi loceng rumah ditekan laju macam nak rosakkan aje loceng rumah tu. Ia menghentikan aktiviti Safiqe yang memasak Maggie

"Sape yang tekan loceng macam bangunan ni nak roboh? Ni mesti kerja Faris senget tu" senduk yang dipegang diletakkan kasar kerana ada yang mengganggu aktivitinya

"ABANG! BUKAKAN PINTU TU! TENGOK SIAPA YANG DATANG!" jerit Natasya dari dalam biliknya

"Assalamualaikum, saya datang nak jemput Natasya" sopan aje nada suara jejaka yang berdiri di depan Safiqe ni macam lelaki Melayu terakhir. Eh?. Segak, bergaya, tegap, tinggi lampai dan baju yang berjenama agak mahal Louis Vuitton!

[𝐒𝐔]-𝐒𝐔𝐀𝐌𝐈𝐊𝐔 𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐀𝐘𝐀Where stories live. Discover now