Ya Allah, usirlah rasa cinta berbaki dalam diriku ini. Lelah sejujurnya, dia bukan lagi mahram ataupun sesiapa lagi dalam hidupku. Namun aku juga sedari sesuatu, zuriat dalam kandunganku ini masih ada papanya. Tiada hak aku menghalang atau menolak kebenaran tentang lambang cinta bersama yang semakin subur dan sihat melewati detik waktu.

"Fiza," sapa suara lembut itu.

Bungkam. Perlahan-lahan Anan panggung kepala, terkedu hebat melihatnya. Lahar percikan pawaka mulai timbul di dada, cepat-cepat dia kemam bibir kawal rasa. Lama menatap wanita itu, pelbagai perasaan meladeni dirinya.

Mengapa mesti dia?

Berkali-kali Anan mengerjap bundar pada gerangan wanita, anak mata pelan kendur berubah layu. Mohon sekelumit kekuatan agar redakan rasa bertakhta di jiwa. Cukup-cukuplah apa yang telah terjadi, dia cuba untuk lepaskan meskipun perit.

"Kak Alia," balas Anan separa berbisik. Berbahang lensa diserang lautan emosi, kekal kuat dipujuk diri untuk hadapi.

Kerana dia tahu, pasti ada hikmah disebalik kejadian yang berlaku.

"Memang Fiza kan ni?" soalnya lagi.

Anan jujut nafas dalam. Resah mahu berhadapan Alia setelah sekian lama. Sementelah terlalu banyak menghuni minda, serasa dia harus selesaikan semua secepat mungkin.

Sekilas, salah seorang pekerja butik turut mendekati. Alis nipis diangkat tinggi, seakan menilai fitur Alia dari belakang sebelum mampir dekati Anan.

"Awak boleh tak jagakan sekejap sini?" Anan menanya pinta keizinan, gadis itu sekadar angguk benarkan. Dia mulai ambil alih bahagian Anan. Senyum tipis terbit di bibir, Anan bangun dari kerusi tinggi tadi lantas keluar hampiri Alia.

"Anan ada urusan peribadi," ujarnya perlahan. Memberi isyarat mata kepada Alia, tanda tidak seharusnya di sini.

"Kita bincang kafe dekat-dekat sini. Anan nak selesaikan semuanya." Tidak menunggu Alia, Anan juju ke hadapan. Kecil langkahnya dek sarat mengandung. Tidak lama sudah, anak ini bakal lahir melihat dunia.

Alia melihat belakang Anan dengan tatapan misteri. Cangkir bibir mengherot sedikit, sinis.

"Aku memang nak tamatkan semua ni Fiza," desisnya jengkel. Kaki mulai angkat, mengekori Anan.

SET sandwic jadi pilihan, sekadar mengikut rentak Alia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SET sandwic jadi pilihan, sekadar mengikut rentak Alia. Mengambil tempat hujung kafe, agak selesa kerusi belakang terus bersandaran dengan dinding. Berbeza berbanding lain, Anan liarkan sekeliling sementara Alia ralit mengacau cawan kapucino miliknya dari tadi.

"Fiza."

Anan kalihkan perhatian tepat dan lurus pada Alia. Menjungkit alis dengan dahi berkerunyut seribu, menanti Alia memulakan dikuksi.

Seminit.

Dua minit.

Tiga minit berlalu Anan perhatikan Alia tanpa suara. Tenang Alia ambil sandwic yang ada di piring lantas mengacip sedikit rotinya. Alia kunyah perlahan, nikmati hidangan. Anan cuba sabar, tetapi endak perlulah seumpama tiada apa-apa berlaku sebentar tadi.

Penawar Kasih Pawana | CWhere stories live. Discover now