"Marsha?" Arshad terlopong melihat penampilan Marsha yang sangat berbeza daripada sebelum ini.

"Sekejap, bukan ke enti bertudung labuh? Apa dah jadi pada enti? Mana terbangnya tudung labuh tu?" Sungguh Arshad tidak menyangka Marsha yang dia temui tempoh hari sudah berubah penampilan.

"Hahaha... Hari tu aku cuma menyamar aje. Aku pakai tudung labuh tu untuk bersembunyi dari seseorang," jelas Marsha sambil ketawa.

"Jadi, enti bukan Marsha Afrina?"

Marsha menggeleng. "Kau dah silap orang. Nama aku Marshatilla Deniz binti Mukriz Diaz." Dengan nama penuh sekali dia sebut.

"Patutlah..."

"Patutlah apa?"

"Patutlah girlfriend ana tak beri jawapan untuk lamaran ana minggu lepas. Rupanya enti yang menyamar sebagai dia." Arshad mengetap bibir kerana geram.

"Aku tak menyamar jadi awek kau. Tapi kau yang tersilap sangka yang aku ni awek kau." Marsha membela dirinya. Bukan niat dia nak menipu lelaki itu.

Arshad mengeluarkan telefon bimbit dari saku seluarnya. Dia cuba menghubungi Marsha Afrina. "Assalamualaikum Marsha..."

Marsha hanya perhatikan lelaki di depannya sambil berpeluk tubuh.

"Ana nak tanya... Enti ada datang tak masa kita janji untuk jumpa tempoh hari?" soal Arshad sambil menggigit bibir.

"Ana datang tapi enta yang tak datang. Ana tunggu enta dari pagi hingga petang di situ. Enta langsung tak mesej ana. Ana sangka enta tak suka ana sebab tu enta tak munculkan diri pada hari tu." Marsha Afrina meluahkan rasa kecewanya.

"Maafkan ana. Sebenarnya ana dah tersalah jumpa orang. Boleh tak kita berjumpa sekali lagi?"

"Maaf, ana tak boleh berjumpa enta lagi. Ana bakal bernikah dengan seseorang pada hujung minggu ni."

"Hah??" Terbeliak mata Arshad.

"Ana terpaksa terima calon jodoh yang mak ayah ana tentukan. Ana sangka enta tak sukakan ana. Tak apa lah, Arshad. Anggap saja kita tak berjodoh. Jodoh ana dengan orang lain. Ana tak boleh batalkan majlis nikah tu. Kita lupakan saja kisah antara kita. Ana harap enta bertemu dengan seorang gadis yang lebih baik dari ana."

Hancur luluh hati Arshad apabila kekasih hatinya Marsha Afrina memilih lelaki lain sebagai peneman hidup. Air matanya mula mengalir keluar dari kelopak mata. Panggilan telefon itu terus dia matikan.

"Kau menangis ke weh? Seriously?" Marsha terkejut melihat lelaki itu menangis.

"Tak lah. Ana happy gila." ucap Arshad sinis. Dia tak dapat mengawal air mata jantannya daripada terus mengalir. Dia duduk di kerusi yang berdekatan dengan mereka. Pandangan tunduk ke lantai. Air mata diseka dengan telapak tangan.

"Sabar lah bro..." Marsha mengambil tempat duduk di sisi lelaki itu sambil tangannya menyentuh lembut bahu lelaki itu.

"Jangan sentuh! Haram!" Arshad bergerak sedikit menjauhi Marsha.

"Opss... Sorry..." Marsha tersengih. Marsha terlupa pula lelaki itu seorang lelaki alim.

"Bunga bukan sekuntum bro. Berlambak lagi perempuan kat Malaysia ni. Aku tahu kau patah hati dengan awek kau. Tapi mungkin lepas ni kau akan jumpa dengan awek yang lebih baik. Yang lebih cun."

Arshad menjeling tajam ke arah gadis di sebelahnya. Dia sudah lah tengah sedih akibat putus cinta. Gadis di sebelahnya ini suruh cari awek baru pula. Dia dah serik untuk mengenali gadis lain. Mungkin ini balasan Allah terhadapnya kerana tidak menjauhi zina.

"Ana dah berkawan dengan dia hampir dua tahun. Takkan mudah untuk lupakan dia."

"Selama dua tahun tu, kau orang tak pernah jumpa?"

Arshad menggeleng. "Sengaja kami tak berjumpa kerana niat kami untuk menjaga batas. Ana tahu perbuatan ana salah. Couple tu haram. Tapi ana tetap nak bercouple. Mungkin ini balasan Allah kepada ana sebab dah langgar perintah Dia. Jadi, ana rasa lebih baik berkahwin dahulu baru bercinta."

"Kau nak kahwin?" soal Marsha sambil menjungkit kening.

"Mestilah nak."

"Kalau macam tu kau kahwin aje lah dengan aku." Arshad tergamam. Selamba betul gadis itu mengajaknya berkahwin.

"Hari tu kau dah lamar aku kan. So, jawapan aku 'yes'. Aku nak kahwin dengan kau."

"Tapi..." Arshad memandang penampilan Marsha. Pakaiannya cukup sendat dan ketat. Rambut pula berwarna merah. Seluar jeans koyak rabak.

"Kenapa? Aku bukan taste kau? Mesti kau nampak aku ni jahat kan di mata kau?"

"Tak... Bukan macam tu..." Arshad jadi serba salah. Dia bukan nak menilai hati seseorang dari segi penampilan. Tapi sebolehnya bakal isterinya biarlah yang menutup aurat dengan sempurna.

"It's okay kalau kau tak setuju dengan cadangan aku. Aku saja nak try nasib. Mana lah tahu kau suka aku. Sebenarnya masa hari kita jumpa tu, aku lari dari majlis kahwin aku. Aku tak nak kahwin dengan pilihan papa aku. Aku kalau boleh nak kahwin dengan seorang lelaki yang boleh bimbing aku dan curahkan sepenuh perhatian pada aku."

"Calon suami enti tu kenapa? Apa kesalahan dia sehingga enti reject dia?"

"Dia tu kaki perempuan. Tak nak lah aku dapat lelaki macam tu. Nanti tak sampai setahun kahwin, aku dah ada tiga orang madu."

Arshad mengangguk faham. "Kalau macam tu kita kahwin."

Marsha hampir terjatuh dari kerusi. Dia tak sangka lelaki itu bersetuju dengan cadangannya tadi.

"Ana akan bimbing enti. Ana akan pastikan enti tutup aurat dengan lebih sempurna lepas ni. Ana tahu enti memiliki hati yang baik. Enti nak berubah jadi lebih baik tapi enti tak jumpa seseorang yang boleh bawa enti dekat pada Pencipta. Jadi, izinkan ana untuk menjadi salah seorang yang akan memimpin tangan enti ke syurga Allah. Enti sudi jadi permaisuri hidup ana?"

Marsha hanya mampu menjerit dalam hati. Kenapa sweet sangat ustaz muda di depannya ini? Siapa aje tak sudi bila dilamar begini. Marsha mengangguk sambil tersenyum malu.


Jodoh Tersalah Alamat (COMPLETE)Kde žijí příběhy. Začni objevovat