04 || ERDEN'S ✧.*

Start from the beginning
                                    

"Oh dekat sini rupanya kau.." Ucap Stephen sambil menggelengkan kepala. Patutlah sewaktu Stephen mengetuk pintu biliknya, tiada respon diberi. Rupanya disini Carl bermalam bersama buah hati.

"Kan aku dah cakap, katil dia yang empuk dekat rumah tu dia dah tak pandang. Dia lagi rela tidur dekat atas sofa semata-mata nak dekat dengan buah hati.." Xylon tersenyum sinis. Tajam saja renungan Carl padanya.

"Diamlah. Kalau datang sini nak memekak, baik kau balik." Ucap Carl sebelum dia memutarkan bebola matanya. Orang nak tidur pun tak senang!

Stephen dan Eric mendekati Ayeshah yang sudah terpinga-pinga di atas katil. Senyuman manis dihadiahkan kepada Ayeshah. Ayeshah membalas senyuman mereka dengan kekok.

"Hi! Saya Stephen. Dia ni Eric.." Stephen menunjuk Eric yang berada di sebelahnya. Eric hanya melambai saja Ayeshah yang kekok itu.

"Ha-hai.." Balasnya tergagap-gagap. Dia sedikit kekok apabila dia tidak pernah menjumpai dua jejaka ini. Ini adalah pertama kali dia melihat mereka berdua.

"Awak macam mana? Okay tak?" Soal Stephen ramah. Matanya turun pada tangan Ayeshah yang masih berbalut itu.

"Ok-okay.." Ayeshah setia memandang wajah Stephen dan Eric. Mungkin sebab Stephen dan Eric ini sedikit lain daripada yang lain.

"Awak dah makan ke? Kalau belum saya boleh tolong belikan.." Ujar Eric bersama senyuman yang tidak pernah lekang dari bibir.

"Be-belum.." Masih sama. Ayeshah masih tergagap-gagap menjawab soalan mereka.

"Kalau macam tu, saya pergi belikan-"

"Tunggu kejap, aku pergi beli.." Potong Carl. Mereka memandang Carl yang sudah keluar dari bilik ini dengan pandangan yang seakan tidak percaya.

Membulat mata Eric dan Stephen tatkala mendengar ayat yang dilontarkan oleh Carl. Lebih mengejutkan adalah bila Carl terus keluar dari bilik ini untuk membelikan makanan untuk Ayeshah.

"Kan aku dah cakap, orang kalau tengah mabuk cinta ni memang tak nak mengaku." Ujar Xylon sebelum dia tergelak kecil. Jarang-jarang dapat melihat Erden Carl dalam mood caring. Dulu caring dengan Clara, sekarang dengan cinta hati.

Cadee menghampiri Ayeshah yang sedang duduk di atas katil. Kerusi ditarik lalu dia melabuhkan punggungnya.

"Kau tak payah pelik sangat. Dia orang semua ni kawan Carl juga.." Jelas Cadee apabila melihat Ayeshah yang terpinga-pinga itu.

Perlahan-lahan Ayeshah mengangguk kepalanya. Bukan apa, cuma sedikit terkejut dan tidak selesa apabila Stephen dan Eric tiba-tiba mendekatinya.

"Kau dah okay ke ni? Tangan kau sakit lagi ke?" Soal Cadee lalu dia memandang tangan Ayeshah. Nampaknya macam sudah beransur pulih. Mujurlah tidak berapa teruk.

"Okay. Dah boleh gerak.." Balas Ayeshah tanpa memandang wajah Cadee. Dia hanya memandang tangannya sahaja.

"Doktor cakap kau dah boleh keluar hari ni.." Pantas Ayeshah mengangkat wajahnya lalu dia memandang wajah Cadee. Terus lebar senyumannya tatkala mendengar berita baik itu.

"Be-betul ke? Saya dah boleh balik rumah?" Soalnya dalam nada teruja. Akhirnya dia sudah boleh bersuka-ria di rumahnya sendiri dan tak perlu menyusahkan orang lain.

Cadee mengangguk kepalanya. "Nanti bapa kau ambil."

Ayat yang keluar dari mulut Cadee itu membuatkan Ayeshah memandangnya hairan. "Macam mana awak kenal papa saya?"

𝐄𝐑𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐁𝐄𝐄 ©Where stories live. Discover now