04 || ERDEN'S ✧.*

ابدأ من البداية
                                    

Puas sudah Carl meluahkan segala perasaannya. Dia hanya mampu meluahkan pada Ayeshah sewaktu gadis ini tidur sahaja. Dia tidak cukup kekuatan untuk meluahkan depan-depan. Lebih kepada malu.

Carl menoleh ke arah meja yang berada di sisi katil. Matanya tertarik pada telefon bimbit milik Ayeshah. Tangannya mencapai telefon itu.

"Aku pinjam handphone kau tau? Aku pinjam je. Tak curi pun.." Carl terus membuka telefon itu. Sayangnya, Ayeshah tidak meletakkan sebarang password pada telefon bimbitnya.

Ikon kenalan ditekan. Laju sahaja tangannya memicit butang tambah pada skrin. Nombor telefonnya disimpan pada telefon Ayeshah.

'Bakal masa depan' Itulah nama yang disimpan pada telefon Ayeshah. Tak tahu malu! Yakin saja Ayeshah itu adalah masa depannya.

Telefon Ayeshah diletakkan semula di atas meja. Mata digosok perlahan. Rasa mengantuk mula terbit.

"Bagi aku tidur sebelah kau sekejap boleh? Aku janji.. Sekejap je.." Ujarnya dalam nada yang rendah. Cukup dirinya saja yang mendengar.

Kepala diletakkan di atas katil Ayeshah. Mata dilelapkan seketika. Penat lelahnya seharian ini masih belum hilang. Namun sedikit demi sedikit ianya hilang tatkala sudah melihat wajah insan yang dicintai.

 Namun sedikit demi sedikit ianya hilang tatkala sudah melihat wajah insan yang dicintai

اوووه! هذه الصورة لا تتبع إرشادات المحتوى الخاصة بنا. لمتابعة النشر، يرجى إزالتها أو تحميل صورة أخرى.

MATA dibuka perlahan-lahan tatkala ada suara yang masuk ke ruang telinganya. Matanya digosok perlahan. Ayeshah memukul bahu Carl menggunakan bantal. Mahu pukul guna tangan, haram pula.

Carl mengangkat kepalanya. Wajah Ayeshah dipandang sekilas sebelum matanya digosok buat kali kedua. Ayeshah memandang Carl hairan. Sejak bila pula mamat ni ada dekat sini?

"Awak? Kenapa tidur dekat sini? Kenapa tak tidur dekat atas sofa?" Soal Ayeshah prihatin. Carl hanya menggelengkan saja kepalanya.

"Sorry. Aku tertidur." Carl terus bangun dari duduknya. Sofa dihampiri lalu dia menyambung semula tidurnya. Rasa mengantuk masih tersisa.

"Eh kenapa nak tidur lagi? Kan dah pagi ni.." Ucap Ayeshah lalu dia menggelengkan kepalanya.

"Aku ngantuk lagi, Zahra. Bagi aku tidur sekejap boleh?" Perlahan saja nadanya membalas percakapan Ayeshah. Ayeshah hanya tersenyum kecil. Carl menutup matanya.

"Macam mana awak boleh ada dekat sini? Kenapa awak sanggup tidur dekat sini? Kenapa tak tidur dekat rumah?" Bertalu-talu soalan yang keluar dari mulut Ayeshah. Berkerut dahi Carl tatkala mendengar soalan yang dituju oleh Ayeshah. Matanya masih ditutup rapat, hanya telinga saja yang mendengar.

"Dah hati aku dekat sini.." Kini giliran Ayeshah pula mengerutkan dahinya. Walaupun Carl bercakap dalam nada yang perlahan, namun cukup jelas untuk Ayeshah mendengar.

"Hah? Hati awak dekat sini? Hati awak dah terkeluar dari badan ke?" Ayeshah menggaru kepalanya. Susah betullah nak faham.

Carl terus membuka kedua matanya tatkala pintu bilik dibuka dari luar. Pantas dia menoleh ke arah pintu. Keluhan dilepaskan. Siapa lagi kalau bukan Cadee dan rakannya yang lain. Biasanya hanya Xylon dan Daren saja yang ikut, namun kini Stephen, Eric dan Leron turut ada disini.

𝐄𝐑𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐁𝐄𝐄 ©حيث تعيش القصص. اكتشف الآن