03 || ERDEN'S ✧.*

Start from the beginning
                                    

Baru saja Carl mahu membuka mulut, pintu bilik ini sudah dibuka dari luar. Pantas mereka menoleh ke arah pintu.

"Nama dia Carl.." Ujar Cadee yang baru masuk ke dalam ruangan bilik ini. Daren dan Xylon yang turut mengikut Cadee hanya diam dan membisu sahaja. Mereka melabuhkan punggung pada sofa yang diduduk oleh Carl.
Carl sudah mengeluh perlahan. Wajah abang dan rakannya itu dipandang. Mengapalah dia memberitahu Cadee bahawa dia mahu kesini. Tak pasal-pasal mereka datang serbu.

"Nama aku Erden.." Ucap Carl tanpa memandang wajah sesiapa. Matanya focus memandang telefon bimbitnya.

Cadee, Xylon dan Daren terus memandang Carl. Mereka terkejut apabila Carl mengeluarkan kata-kata begitu.

Ayeshah sudah menggaru kepalanya. "Mana satu ni? Erden ke Carl?"

"Panggil aku Erden, Zahra.." Pinta Carl dan terus beredar dari situ. Mereka yang mendengar itu hanya tersenyum senget. Faham sangat mengapa Carl menyuruh Ayeshah memanggilnya Erden.

Semakin pelik Ayeshah apabila Carl terus keluar dari bilik itu. Kini matanya beralih pada tiga orang jejaka yang masih berada di dalam bilik ini.

Cadee melabuhkan punggungnya pada kerusi yang berada di sebelah katil yang Ayeshah duduk. Ayeshah memandang Cadee pelik. Dah kenapa ni?

"Awak ni siapa?" Soal Ayeshah hairan. Sejak dia kemalangan, makin ramai pula jejaka yang datang menemuinya.

"Aku Cadee. Abang kepada Carl.." Ujar Cadee dalam nada yang rendah.

Ayeshah hanya mengangguk faham. Matanya kini beralih pada Daren dan Xylon yang leka bermain dengan telefon bimbit masing-masing.

"Itu kau tak perlu kenal. Cukup untuk kau tahu yang dia orang berdua kawan kepada Carl." Jelas Cadee dalam nada tegas. Perlahan-lahan Ayeshah mengangguk kepalanya.

"Apa hubungan awak semua dengan saya?" Soal Ayeshah hairan. Sejak hari pertama dia kemalangan, hanya Carl saja yang datang menjenguknya. Ahli keluarganya langsung tidak datang menziarahinya.

"Kau tahu kan yang Carl punca kau jadi macam ni?" Cadee merenung wajah Ayeshah sedalam yang boleh.

"Tahu.." Perlahan saja nada Ayeshah mengatur ayatnya. Walaupun perlahan, ianya cukup jelas di telinga Cadee.

"Kau tak marah?" Laju saja Ayeshah menggeleng kepalanya.

"Ini semua takdir. Siapalah saya nak melawan takdir Tuhan.." Ayeshah mula mengeluh. Perit ataupun tidak, dia tetap perlu terima. Ini semua takdir yang sudah tertulis untuknya. Dia hanyalah manusia biasa, jadi tiada hak untuk dia menolak takdir yang Tuhan turunkan untuknya.

Terdiam Cadee tatkala medengar ayat yang meluncur keluar daripada mulut Ayeshah. Dia tidak sangka jawapan itu yang bakal keluar.

"Saya nak tanya boleh?" Soal Ayeshah perlahan. Risau juga kalau jejaka ini tidak memberi keizinan untuk dia bertanya.

Xylon mengerutkan dahinya. "Banyak pula mulut perempuan ni.."

Daren terus mengangkat wajahnya lalu dia memandang Xylon yang berada di sebelahnya. Walaupun ayat yang dinyatakan oleh Xylon itu diujar dalam nada yang rendah, tetapi ia cukup kuat di telinga Daren.

𝐄𝐑𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐁𝐄𝐄 ©Where stories live. Discover now